PERBEZAAN ANTARA  PS5 PS4

PERBEZAAN ANTARA  PS5 PS4

PERBEZAAN ANTARA PS5 PS4


PERBEZAAN ANTARA  PS5 PS4

Baru-baru ini Sony telah memberi bayangan bahawa console permainan popular keluaran mereka iaitu PlayStation 5 bakal dilancarkan tahun ini . Dalam temu ramah media yang berlangsung baru-baru ini , Mark Cerny yang juga bertindak selaku pereka konsol PlayStation  menyatakan bahwa PS5 tidak akan dilancarkan sebelum bulan April tahun 2020. Jadi , dijangka PS5 akan dilancarkan pada pertengahan tahun 2020 nanti.

CIRI-CIRI ISITIMEWA PS5

Antara perbezaan PS5  PS4 sudah tentu game-game yang ditawarkan juga menarik . PS5 dijangka akan hadir dengan beberapa ciri yang terbaru dan unik yang memberikan pengalaman bermain video game yang berbeza kepada pengguna .

1.Sony menyatakan bahawa PS5 akan menyokong sepenuhnya resolusi 8K untuk game-game yang boleh dimainkan di konsol tersebut.

2.Selain itu ,  konsol PS5 juga akan menggunakan SSD yang secara tidak langsung mempercepatkan loading game . Kepantasan ini telah diuji melalui game eksklusif PS4, Marvel Spider-Man dan ia hanya mengambil 0.8 saat berbanding PS4 Pro mengambil masa 8.1 saat. PS5 juga akan menyediakan sistem audio 3D tanpa perlu menggunakan sebarang alatan tambahan untuk menikmati ciri tersebut.

3.Dari segi GPU ,PS5 menggunakan GPU Radeon Navi Family manakala sistem yang digunakan adalah dari kalangan AMD generasi ketiga ryzen yang hadir dengan lapan cores pada 3.2 Ghz ,dengan 7nm Zen 2 microarchitecture terbaru .

GPU pula dipacu oleh rangkaian Radeon Navi yang akan menyokong ray tracing iaitu suatu teknik yang mengolah cahaya dunia sebenar ke dalam persekitaran tiga dimensi (3D) dalam sesebuah game seperti korang betul-betul berada dalam dunia game berkenaan.

Setakat ini, tiada konsol yang mampu mengolah ray tracing ini dan muncul dalam rangkaian Nvidia GeForce RTX untuk PC tetapi PS5 sah akan menyokong teknik ini.

4.Dari segi memori-ram , PS5 diramalkan akan hadir dengan 24 GB GDDR6 RAM +4 GB DDR4 RAM untuk sistem operasi.

5. Selain itu, alat kawalan PS5 juga menerima kemaskini dengan dilengkapi teknologi ‘adaptive trigger’ ke dalam butang L2/R2. Bersama-sama dengan tindak balas haptik, kedua-dua penambahan teknologi ini membolehkan pengguna merasakan pengalaman bermain yang lebih mengasyikkan.

Alat kawalan PS5 juga akan menyokong USB-C, bateri yang lebih besar dan pembesar suara yang dikemaskini.

Maklumbalas haptic

Controller baru bakal mempunyai maklumbalas haptic iaitu satu mekanik yang menterjemahkan deria sentuhan manusia ke dalam bentuk komputer.

Teknologi haptic ini akan menggantikan teknologi rumble yang digunakan untuk DualShock 4 iaitu mengesan pergerakan tangan pemain dan sensasi gegaran.

Ditambah dengan peningkatan pembesar suara di controller, haptic ini memberikan perasaan lebih mendalam ketika korang bermain game PS5. Jika karakter korang tengah berjalan di atas permukaan pasir ataupun di atas salji, korang boleh rasa geseran pasir kasar dan permukaan ais cair dan licin.

Picu adaptif

Selain itu, picu adaptif (adaptive triggers) kini diolah masuk ke dalam butang L2 dan R2. Melalui picu ini, korang boleh rasa ketegangan menarik busur dan anak panah ataupun memandu kereta laju di atas kawasan berbukit-bukau.

 

Dicaj menggunakan USB Type-C dan lebih berat

Controller PS5 baru akan dicaj menggunakan USB Type-C dan ia lebih berat berbanding DualShock 4 tetapi lebih ringan daripada controller Xbox dipasangkan bersama bateri.

 

GAME DALAM PS5

Antara game yang dilaporkan akan keluar pada konsol PS5 nanti adalah :

-Nioh 2
-Avengers Project
-Final Fantasy 7
-Beyond good and Evil event
-Elder Scrolls 6
-Cyberpunk 2077
-Ghost od Tsuhima
-Beyond Good and Evil II
-The Last of Us II

Banyak lagi game yang dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi.

 

TARIKH PS5 DILANCARKAN DI MALAYSIA

Kebiasaannya, PS5 akan dilancarkan di Malaysia selepas sebulan pelancaran di Amerika Syarikat. Jika anda ingin mendapatkan PS5 lebih awal. Buat pre order di laman web Sony.

HARGA PS5 DI MALAYSIA

Sony Malaysia belum lagi mengumumkan harga rasmi PS5 tetapi kami jangkakan ia akan dipasarkan dalam lingkungan harga RM1,500 ke 2,000.

Ketika dilancarkan pada tahu 2016, PS4 Pro dijual pada tanda harga RM1,799 serta hadir dengan sokongan grafik sehingga 4K. Maka, secara logiknya, PS5 yang bakal hadir dengan sokongan grafik 8K pasti akan dijual dengan harga lebih tinggi.

 

PS5 Menggunakan  Ultra Bluray (100GB untuk satu cakera)

PS5 akan menggunakan Ultra Bluray untuk memasarkan game fizikal yang mampu menampung 100GB dimasukkan ke dalam pemacu optik (optical drive) yang juga berfungsi sebagai pemain Bluray 4K.

Ini tidak mengejutkan kerana game AAA terbaru, Red Dead Redemption 2 (RDR 2) memerlukan dua cakera Bluray (Bluray asal boleh memuatkan sebanyak 50GB) yang mana satu cakera untuk pemasangan game dan satu lagi cakera untuk main RDR 2. Malah, The Last of Us Part 2 dikatakan bakal datang dengan dua cakera juga.

CARA Installation Game PS5

Salah satu peningkatan pemasangan game adalah korang diberi kebebasan untuk pasang komponen game mana satu terlebih dahulu. Sistem ini telah pun hadir dalam PS4 dan saya menjangkakan PS5 akan mengeluarkan pop-up window sebelum korang mulakan pemasangan seperti dalam gambar di atas.

Ini bermakna korang boleh menikmati dulu kempen single-player sementara PS5 tengah memasang mod multiplayer atau korang boleh pasang kedua-dua komponen sekaligus.

Antaramuka Pengguna (user interface) Baru

Setiap generasi konsol PlayStation akan ada antaramuka pengguna (UI) lain daripada yang lain dan ini juga sama seperti PS5.

Walaupun tiada gambar yang menunjukkan UI baru, UI PS5 kali ini akan memperincikan butir-butir pemain dengan game yang sedang dimainkan. Contohnya, korang boleh lihat rakan PS5 tengah bermain misi apa dalam game single-player dan apakah ganjaran atau langkah seterusnya yang mereka akan dapat manakala game multiplayer pula memberitahu pemain tentang aktiviti apa korang boleh sertai pada masa itu.

Diharap maklumat tentang perbezaan antara PS5 PS4 membantu anda mendapat gambaran awal tentang gadget ini. Untuk maklumat lanjut layari web SONY 

 

 

 

Tags: #CIRI-CIRI ISITIMEWA PS5 #GAME DALAM PS5 #HARGA PS5 DI MALAYSIA #PERBEZAAN ANTARA  PS5 PS4 #PS4 #PS5 #PS5 Vs PS4 #TARIKH PS5 DILANCARKAN DI MALAYSIA

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    SPESIFIKASI DAN HARGA GALAXY S20 PASARAN MALAYSIA
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedin  Terbaru, Samsung Galaxy S20 telah dilancarkan di San Francisco. Samsung Malaysia
    SPEKFIKASI DAN HARGA POCO X2
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedin SPEKFIKASI DAN HARGA POCO X2 PENGENALAN POCO X2 Poco telah memperkenalkan
    HARGA GADJET 5G MALAYSIA
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedin HARGA GADJET 5G MALAYSIA HUAWEI MATE 30 PRO 5G    

    Leave a reply "PERBEZAAN ANTARA  PS5 PS4"