PERBEZAAN ANTARA TEMCO & EMCO
Untuk memudahkan rakyat tahu istilah-istilah ini dengan lebih mudah. Mari kita fahami perbezaan penguatkuasaan di antara TEMCO dan EMCO
Keberkesanan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran, TEMCO dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, PKPD atau EMCO masih dalam kajian.
Pakar Perubatan dan Dasar Kesihatan Awam, Dr Khor Swee Kheng memaklumkan ia memerlukan masa untuk memahami keberkesanan dua penguatkuasaan tersebut namun pada masa sama, rakyat perlu mengetahui perbezaan antara TEMCO & juga EMCO.
TEMCO adalah singkatan kepada Targeted Enhancement Movement Control Order
Kerajaan Kedah telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Peningkatan Sasaran (Temco) di empat mukim, dalam usaha untuk membendung kluster Sivagangga.
APA ITU EMCO
Emco bermaksud/bermakna Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
Sekarang ini ada beberapa kawasan yang diumumkan sebagai Emco (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) atau Temco (PKPD Secara Pentadbiran) atau semi Emco dan lokal Emco.
Untuk pengetahuan anda,kerajaan menyediakan BANTUAN KHAS COVID19 RM100 SEHARI kepada mereka yang kehilangan sumber pendapatan / tiada gaji sepanjang tempoh Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19,boleh mohon jika layak
PERBEZAAN SOP ANTARA TEMCO & EMCO
- TEMCO, kawasan yang dikawal memang sangat bersasar dan lebih kecil kalau dibandingkan dengan EMCO
- Kawasan TEMCO lebih ketat seperti kuarantin rumah 28 hari seperti di Perlis buat masa sekarang atau jangka masa perniagaan kalau dibenarkan beroperasi adalah lebih singkat dalam TEMCO berbanding EMCO.
- Penguatkuasaan yang lebih ketat lebih rapi dalam kawasan TEMCO berbanding EMCO.
- Ujian COVID atau kegiatan KKM lebih rapi dan mantap.
Adakah korang tahu apa PERBEZAAN PKPD & PKPD PENTADBIRAN?
MASALAH UTAMA PELAKSANAAN NORMAL BARU
Kelalaian dan kealpaan rakyat adalah satu masalah rumit untuk diselesaikan kerana normal baharu akan ambil masa yang sangat lama untuk diterapkan.
Juteru, kerajaan mempunyai insentif atau sebab untuk melabur lebih banyak tenaga dan penyelesaian yang lebih komprehensif untuk menangani maslaah tersebut.
PERANAN PEMIMPIN DI MALAYSIA
Semua pemimpin di Malaysia harus menunjukkan kepimpinan melalui teladan dalam mematuhi SOP dan menjalankan penguatkuasaan undang-undang agar ia tidak menimbulkan keraguan di segenap lapisan masyarakat.
Pengamalan penguatkuasaan undang-undang yang tidak konsisten ini akan melumpuh atau melemahkan perlawanan antara COVID dengan kita kerana tiada kepimpinan melalui teladan yang ditunjukkan oleh kerajaan dan pemimpin Malaysia.
Sehubungan itu, beliau mewakili pihak di bidang kesihatan menyeru semua pemimpin Malaysia untuk bertindak dengan lebih bertanggungjawab dan menunjukkan teladan yang lebih baik untuk sama-sama melawan COVID-19.
Tags: #APA ITU EMCO #MASALAH UTAMA PELAKSANAAN NORMAL BARU #PERBEZAAN ANTARA TEMCO & EMCO