PERBEZAAN KAEDAH BAYARAN AUTO DEBIT DAN DIRECT DEBIT(PTPTN)

PERBEZAAN KAEDAH BAYARAN AUTO DEBIT DAN DIRECT DEBIT(PTPTN)

PERBEZAAN KAEDAH BAYARAN AUTO DEBIT DAN DIRECT DEBIT(PTPTN)

Sebenarnya masih ramai keliru dengan kaedah bayaran Auto Debit dan  Direct. Terkini pula, isu berkaitan kebimbangan pelanggan CIMB mengenai beberapa transaksi yang dinyatakan sebagai ‘direct debits’ atau debit langsung di aplikasi telefon bimbit CIMB Clicks atau laman sesawang bank itu.

CIMB menjelaskan insiden terpencil ini adalah berkenaan dengan transaksi tidak lengkap yang dibuat oleh pelanggan dengan peniaga luar negara seperti langganan atau perkhidmatan penstriman dalam talian.Bagaimanapun, transaksi tersebut telah dilabel semula sebagai ‘direct debits’ menyebabkan kekeliruan kepada pelanggan kami.Bank berkenaan turut memohon maaf di atas kekeliruan dan akan menghubungi pelanggan terbabit secara langsung.

Auto debit – hanya bank saja boleh buat transaksi ini. Contohnya loan dengan bank dll

Direct debit – melibatkan agen-agen. Contohnya langanan netflix, astro(autobilling) dll.

Pos debit – pembayaran belian online.Contohnya macam shoppee, lazada dan kalau kita bayar secara kad(etunai) di kedai-kedai. Maksudnya kita gores saja la kad kita, nanti  dia tolak amaun belian daripada akaun bank.

Kedua-duanya adalah perkhidmatan atas talian yang disediakan untuk memudahkan potongan dibuat melalui akaun bank sama ada simpanan atau semasa.

PERBEZAAN KAEDAH BAYARAN AUTO DEBIT DAN DIRECT DEBIT

Apa yang membezakan antara keduanya adalah:

Adakah pemotongan boleh dibuat melalui akaun bank pemilik lain?

Auto Debit -Tidak boleh. Tertakluk kepada pemilik akaun yang berdaftar sahaja. Hanya pendeposit sahaja yang boleh memohon pemotongan melalui akaun bank sendiri. Tidak boleh melalui akaun bank pemilik lain.

Direct Debit- Boleh. Pendeposit boleh membuat pemotongan melalui akaun bank sesiapa sahaja asalkan pemilik akaun bank tersebut mempunyai perbankan online (online banking) dan akaun tersebut aktif.

Agen bank pembayar bagi perkhidmatan ini?

Auto Debit – Biasanya ada bank tertentu sahaja yang dilantik sebagai agen bank pembayar.

Direct Debit – Terdapat banyak agen bank pembayar

Caj perkhidmatan?

Auto Debit – bergantung kepada bank

Direct Debit – Tiada caj perkhidmatan yang dikenakan.

Bagaimana cara untuk memohon?

Auto Debit -Perlu mengisi borang yang disediakan

Direct Debit  – Boleh memohon secara atas talian

Jadual pemotongan transaksi?           

Auto Debit -Pemotongan akan berlaku setiap 01hb, 10hb dan 27hb setiap bulan.

Direct Debit  -Pemotongan akan berjalan setiap 1hb setiap bulan, sekiranya pemotongan tidak berjaya dilakukan pada tarikh tersebut, transaksi akan dilakukan sekali lagi pada 10hb dan seterusnya 27hb.

Antara kelebihan direct debit :

1. Direct Debit tak sama dengan Loan

2.Direct Debit aktif dengan pengesahan pemilik sahaja.

3.Direct Debit tidak perlu maklumat kad bank anda

4.Direct Debit bayar bila anda ada baki yg cukup.

5.Direct Debit tak ganggu slip gaji anda

6.Direct Debit tak kisah komitment/tanggungan anda

7.Direct Debit tak perlu penjamin

 

CONTOH PENGGUNAAN DIRECT DEBIT ONLINE PTPTN

Untuk memudahkan anda memahami tentang penggunaan direct debit, cuba baca dan fahami satu contoh urusan penggunaan direct debit untuk membayar PTPTN :

Permohonan Direct Debit Online PTPTN

Direct Debit adalah kemudahan bayaran balik pinjaman PTPTN dan deposit SSPNi yang mana peminjam / pendeposit memberi kebenaran kepada PTPTN membuat sejumlah potongan secara berkala daripada Akaun Simpanan / Akaun Semasa mereka.

Syarat-Syarat Permohonan Direct Debit PTPTN

  • Permohonan Direct Debit bagi bayaran balik pinjaman atau deposit simpanan adalah untuk Akaun Pinjaman yang berbaki hutang/ Akaun Simpanan yang masih aktif.
  • Amaun permohonan bagi bayaran balik mestilah sama atau melebihi ansurans bulanan yang ditetapkan. Bagi deposit simpanan amaun minimum yang dibenarkan adalah RM20.
  • Akaun bank yang dipilih untuk perlaksanaan direct debit mestilah berstatus aktif.

Cara Memohon Direct Debit PTPTN

  1. Daftar permohonan Direct Debit 
  2. Klik pada ikon Permohonan Direct Debit

Permohonan Direct Debit Pinjaman

– Klik mohon Direct Debit Pinjaman

– Masukkan nombor kad pengenalan > klik link Penyata Pinjaman yang dipaparkan.

Permohonan Direct Debit SSPNi

– Klik mohon Direct Debit Deposit SSPNi

– Masukkan nombor pengenalan pendeposit

– Klik semakan penyata SSPNi

– Masukkan nombor pengenalan pendeposit

– Masukkan kata aluan

– Setelah login ke penyata simpanan, klik Pendaftaran Direct Debit

Nota : Klik TERLUPA KATA LALUAN untuk mendapatkan Kata Laluan baharu pada alamat emel yang dimasukkan. Setelah login ke penyata simpanan berjaya, klik Pendaftaran Direct Debit.

Untuk membuka akaun SSPN-i anda boleh ke pautan ini : https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/

 

Cara Melakukan Transaksi Melalui Direct Debit Online PTPTN

  • Mempunyai Akaun Semasa / Simpanan daripada bank-bank yang dinyatakan di atas dan berdaftar perkhidmatan perbankan elektronik.
  • Mempunyai akaun Pinjaman (Bayaran Balik Pinjaman) / Simpanan (Deposit SSPN-i di PTPTN.
  • Untuk bayaran balik pinjaman, anda perlu mengetahui jenis akaun pinjaman anda sama ada akaun Ujrah atau akaun pinjaman konvensional.
  • Klik mohon Direct Debit Pinjaman untuk semua jenis akaun pinjaman dan buat bayaran balik.
  • Klik mohon Direct Debit SSPN-i untuk semak baki simpanan dan penambahan deposit.
  • Transaksi yang berjaya akan dikemaskini penyata pinjaman atau simpanan dalam masa 3 hari bekerja.

Senarai Bank Penyedia Pendaftaran Direct Debit Online PTPTN

Berikut adalah bank-bank yang menyediakan kemudahan untuk mendaftar Direct Debit Online PTPTN ;

 

  • Bank Islam
  • CIMB Bank
  • CIMB Bank Islamic
  • Maybank
  • Maybank Islamic Bank
  • Bank Rakyat
  • Public Bank
  • Public Islamic Bank
  • RHB Bank
  • Hong Leong Bank
  • Hong Leong Islamic Bank
  • HSBC
  • OSBC Bank
  • Standard Chartered

Sebab Permohonan Direct Debit Tidak Berjaya Diproses

Permohonan Direct Debit tidak berjaya diproses jika :

  • Akaun pemohon tidak aktif
  • Kegagalan semasa proses log masuk ke sistem perbankan internet bank pembayar
  • Kegagalan semasa proses pengesahan bayaran/deposit RM1 melalui sistem perbankan internet bank pembayar
  • Baki akaun tidak mencukupi semasa proses pengesahan bayaran/deposit RM1 melalui sistem perbankan internet bank pembayar
  • Sebab-sebab lain yang ditentukan oleh pihak bank pemohon.

Info Tambahan

Kemudahan Direct Debit adalah PERCUMA. Tiada caj dikenakan untuk permohonan dan setiap transaksi Direct Debit yang berjaya. Walau bagaimanapun, bayaran/ deposit pendaftaran dikenakan sebanyak RM1.00 pada setiap kali permohonan dibuat dan akan dipulangkan ke akaun pinjaman/ simpanan PTPTN dalam tempoh satu (1) hari bekerja.

1 thought on “PERBEZAAN KAEDAH BAYARAN AUTO DEBIT DAN DIRECT DEBIT(PTPTN)”

  1. hi..
    sy ada masalah dengan direct debit dari agent yg boleh membuat pemotongan tanpa sebarang kebenaran dari bank kerana saya telah register card debit tersebut kepada agent dan hanya agent sahaja yg boleh cancelkan direct debit tersebut..

    saya sudah menghubungi pihak bank dan meminta pihak bank membatalkan card debit tersebut,

    apabila sy meminta pandangan dan memberitahu masalah tersebut kepada pihak bank,mereka sarankan dengan cara membatalkan card debit dengan segera secara langsung segala direct debit transection tidak akan dpat lagi di proses.

    pihak bank juga meminta saya melaporkan kes ini di cawangan yang berdekatan serta meminta saya membuat card debit yang baru kerana detail card yg bru sama seperti memberikan fail yg kosong tanpa sebarang kebenaran melainkan pemilik card sendiri telah mendaftarkan 3 num rahsia yang terdapat di belakang kad tersebut kepada agent² yg berdaftar untuk melakukan pemotongan secara direct debit tanpa sebarang kebenaran dari pihak bank.

    soalan saya

    adakah pihak agent masih boleh melakukan direct debit tersebut sekiranya saya menggunakan card debit yg baru tetapi akaun bank yg sama, no tel juga menggunakan no yg sama dan email yg digunakan turut juga yg sama..

    Minta penjelasan

    sekian terima kasih

    Balas

Leave a Comment