PERBEZAAN PKPD & PKPD PENTADBIRAN
Anda nak tahu apa PERBEZAAN PKPD & PKPD PENTADBIRAN?
Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dibahagikan kepada dua jenis, PKPD dan PKPD Pentadbiran.
Bagi kawasan di bawah PKPD Pentadbiran, penduduk dibenarkan keluar dan masuk dengan pemeriksaan kesihatan
Bagi kawasan PKPD tidak dibenarkan keluar sama sekali.
APA MAKSUD TEMCO?
MENGAPA PKPD SECARA PENTADBIRAN DIKUATKUASAKAN?
Ini 9 perkara yang anda perlu tahu tentang PKPD Pentadbiran:
1.PKPD secara pentadbiran itu dikuatkuasakandi 28 mukim di daerah Kota Setar, Kedah dan Penjara Tawau, Sabah mulai jam 12.01 malam ini (11 September) hingga 25 September.
2.Penduduk tempatan yang belum disaring dibenarkan keluar masuk dan maklumat mereka dicatatkan di pintu keluar/masuk utama.
3. Setelah disaring dan diperintahkan untuk “home quarantine” selama 14 hari, penduduk tempatan tidak dibenarkan keluar dari point keluar/masuk kecuali untuk tujuan dibenarkan.
4.Bukan warganegara Malaysia tidak dibenarkan untuk keluar daripada point keluar/masuk utama.
5.Kedai menjual makanan dan keperluan harian di dalam kawasan kawalan dibenarkan beroperasi sepeti biasa untuk memudahkan pembelian barang makanan dan keperluan.
6.Berikutan itu kemasukan melalui pintu masuk antarabangsa di Bukit Kayu Hitam, Kedah dihentikan hingga tamat PKPD pentadbiran.
7.Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, berkata feri dari jeti Kuala Kedah tidak dibenar beroperasi sepanjang PKPD Pentadbiran daerah Kota Setar dikuatkuasakan.
8.Selain itu, masjid diarah tutup, aktiviti sukan, sosial dan budaya dilarang manakala semua institusi pendidikan turut ditutup.
9.Ismail Sabri turut mengumumkan bahawa tempoh PKPD Pentadbiran di Amanjaya, Sungai Petani, Kedah akan dilanjutkan tiga hari lagi hingga 13 September ini.
SENARAI 28 MUKIM KENA PKPD PENTADBIRAN
Sebanyak 28 mukim dalam daerah Kota Setar yang terbabit PKPD Pentadbiran berkenaan adalah seperti berikut:
(1) Langgar
(2) Bukit Pinang
(3) Gunung
(4) Kuala Kedah
(5) Sungai Baru
(6) Kota Setar
(7) Mergong
(8) Titi Gajah
(9) Alor Malai
(10) Pengkalan Kudor
(11) Padang Lalang
(12) Kubang Rotan
(13) Teluk Cengai
(14) Teluk Kechai
(15) Pumpong
(16) Derga
(17) Tajar
(18) Limbong
(19) Tebengau
(20) Teluk Mas
(21) Lengkus
(22) Kangkong
(23) Lepai
(24) Hutan Kampung
(25) Alor Merah
(26) Anak Bukit
(27) Sala Kechik
(28) Padang Hang
Untuk pengetahuan anda,kerajaan menyediakan BANTUAN KHAS COVID19 RM100 SEHARI kepada mereka yang kehilangan sumber pendapatan / tiada gaji sepanjang tempoh Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19,boleh mohon jika layak
Tags: #MENGAPA PKPD SECARA PENTADBIRAN DIKUATKUASAKAN? #PERBEZAAN PKPD & PKPD PENTADBIRAN #SENARAI 28 MUKIM KENA PKPD PENTADBIRAN