PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT DIUBAHSUAI(PKPBD)
MAKSUD PKPBD
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai (PKPBD) dengan pertambahan perincian yang membabitkan perniagaan makanan, industri pembinaan dan sektor sosial dan diubah suai mengikut kesesuaian situasi di negeri Selangor
SENARAI PELAKSANAAN PKPBD DI NEGERI SELANGOR
1.Restoran, para penjaja dan peniaga berpremis dibenarkan untuk beroperasi mulai 4 Mei 2020 terhad kepada urusan bawa pulang (take away) dan penghantaran (delivery) dari jam 7 pagi hingga 10 malam.
Manakala peniaga tiada berpremis termasuk penjaja tepi jalan dan trak saji (food truck) hanya dibenarkan untuk beroperasi selepas 12 Mei 2020 bagi memastikan pihak PBT dan peniaga mempunyai cukup masa untuk mengatur persediaan untuk penjarakan sosial dan ‘contact tracing’.
APA MAKSUD SELF REGULATION / KAWALAN KENDIRI
Namun, pasar malam, pasar pagi, jualan karnival, bazar Ramadan dan Aidilfitiri tidak dibenarkan sebagaimana yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan.
2.Industri pembinaan dibenarkan beroperasi pada kadar maksimum tetapi syarikat harus menyediakan Pelan Tindakan Keselamatan Kawalan Penularan Wabak Covid-19 untuk mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing terlebih dahulu.
3.Bagi sektor sosial, orang awam dibenarkan untuk melakukan aktiviti senaman di kawasan lapang dan taman komuniti dengan mengamalkan penjarakan sosial. Kegiatan di taman-taman awam seperti Tasik Shah Alam, Taman Jaya dan Tasik Cempaka tidak dibenarkan.
Semua kemudahan rekreasi dan sukan dalam kawasan berbumbung dan tertutup seperti kolam renang dan gimnasium masih ditutup. Aktiviti hiking seperti di Bukit Gasing juga tidak dibenarkan. PBT akan mengeluarkan notis susulan senarai taman awam yang dilarang buat orang awam sewaktu PKPB ini.
SENARAI KAWASAN TERTAKLUK KEPADA PELAKSANAAN PKPBD DI NEGERI SELANGOR
Keputusan ini terpakai kepada seluruh Selangor kecuali di zon merah Selayang Baru buat masa ini.
PELAKSANAAN SOP PEMBUKAAN SEMULA EKONOMI DI NEGERI SELANGOR
Manakala bagi butiran lain adalah berdasarkan ketetapan dan garis panduan MKN yang telah dikeluarkan terdahulu.
Semua sektor adalah ditegaskan untuk melaksanakan amalan penjagaan kesihatan yang baik seperti pemakaian topeng muka, amalan pencucian tangan yang kerap dan mengelakkan dari menyentuh muka.
INISIATIF KERJAAN NEGERI SELANGOR DALAM PELAKSANAAN PKPBD
Kerajaan Negeri turut memperkenalkan suatu system pengesanan kontak (contact tracing) yang komprehensif bagi melengkapi usaha-usaha KKM dan akan diperkenalkan hari ini.
Tags: #INISIATIF KERJAAN NEGERI SELANGOR DALAM PELAKSANAAN PKPBD #MAKSUD PKPBD #PELAKSANAAN SOP PEMBUKAAN SEMULA EKONOMI DI NEGERI SELANGOR #PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT DIUBAHSUAI(PKPBD) #PKPBD #SENARAI KAWASAN TERTAKLUK KEPADA PELAKSANAAN PKPBD DI NEGERI SELANGOR #SENARAI PELAKSANAAN PKPBD DI NEGERI SELANGOR