PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETAT

APAKAH MAKSUD PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETAT(PKPD)?

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETAT

Bermaksud semua penduduk dari kawasan terbabit tidak dibenarkan keluar dari situ manakala orang luar pula tidak dibenarkan sama sekali masuk ke situ. Semua aktiviti perniagaan tidak dibenarkan. Penduduk tidak dibenarkan keluar rumah sama sekali.

Makanan akan dibekalkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terus ke rumah-rumah. Perintah ini adalah untuk tempoh 14 hari . Ini bagi membolehkan kakitangan kesihatan membuat pemeriksaan teliti dari rumah ke rumah.

TUJUAN PELAKSANAAN  PKPD

Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar dari kawasan tersebut dan kerajaan yakin langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.

1. Membendung jangkitan daripada menular keluar dari kawasan dan memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19.

2. Active case detection – mencari, menguji, mengasing dan merawat setiap kes dari rumah ke rumah.

3. Untuk menjalankan proses nyahkuman dan nyahjangkitan di semua kawasan awam dengan kerjasama KPKT dan MPSG.

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETAT

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETAT
CONTOH KAWASAN PELAKSANAAN
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETAT(PKPD)

Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor.Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan terdapat 83 kes positif jangkitan COVID-19 di Daerah Kluang, Johor dan daripada jumlah itu, sebanyak 61 kes adalah dari dua kawasan tersebut.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melibatkan 3,570 orang penduduk tempatan daripada 650 keluarga yang berkuatkuasa hingga 9 April nanti.

Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.

KRITERIA PEMILIHAN KAWASAN PELAKSANAAN (PKPD)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan antara kriteria utama sesebuah kawasan itu akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat(PKPD) adalah kawasan diwartakan sebagai Zon Merah. Zon Merah bermaksud kawasan yang mempunyai kes jangkitan positif Covid-19 yang  tinggi. Bagi kawasan diisytihar Zon Merah, KKM akan memperketatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agar kembali kepada pulih kepada Zon Hijau.

PKPD KEDUA

Kerajaan mengumumkan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan di Hulu Langat selepas sebahagian besar penghuni sebuah sekolah agama dijangkiti Covid-19.

Penguatkuasaan PKPD berkenaan melibatkan 3,918 orang penduduk merangkumi 700 buah rumah.Ini termasuk tujuh (7) kampung iaitu dua (2) perkampungan Orang Asli dan lima (5) perkampungan Melayu.Perintah ini akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini, 30 Mac 2020 hingga 13 April 2020.

Ini merupakan arahan kedua selepas dua kampung di Simpang Renggam dan Kluang dikenakan PKPD pada 26 Mac lalu. Pangkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPD, manakala semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khas 03-89254809 / 03-89114200.

Kementerian Kesihatan (KKM) percaya beberapa daerah selain Simpang Renggam, akan diisytihar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Adakah anda bersetuju dengan kaedah PKPD ini dilakukan dikawasan yang Zon Merah sahaja atau kepada seluruh negara?

Tags: #APAKAH MAKSUD PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETAT(PKPD)? #CONTOH KAWASAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETAT(PKPD) #KRITERIA PEMILIHAN KAWASAN PELAKSANAAN (PKPD) #PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETAT #PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETAT (PKPD) #TUJUAN PELAKSANAAN  PKPD

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    LOG MASUK CIMS 3.0(miti.gov.my):PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLOG MASUK CIMS 3.0(miti.gov.my): PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP Kepada syarikat yang
    HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN (epenawaran.moe.gov.my)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinHADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN (epenawaran.moe.gov.my) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
    LESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA 
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA  Program lesen motosikal percuma diteruskan
    BONUS PENJAWAT AWAM & PESARA 2021:TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS PENJAWAT AWAM
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBONUS PENJAWAT AWAM & PESARA 2021:TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS PENJAWAT AWAM Kepada

    Leave a reply "PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETAT"