PERKHIDMATAN PENGHANTARAN DI MALAYSIA

PERKHIDMATAN PENGHANTARAN DI MALAYSIA

Walaupun negara kita dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP), terdapat beberapa pengendali perkhidmatan penghantaran yang masih dibenarkan beroperasi untuk menghantar barangan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat mereka. Berikut adalah perkhidmatan penghantaran yang boleh membantu anda :

1)MR SPEEDY

PERKHIDMATAN PENGHATARAN DI MALAYSIA

Mr Speedy menawarkan penghantaran barang dalam tempoh satu hari sahaja. Menarik mengenai aplikasi ini anda boleh menempah penghantaran barang tanpa perlu membuat akaun sebaliknya hanya menyertakan nombor telefon pengirim dan penerima sahaja. Lebih baik lagi, anda membuat akaun bagi membolehkan anda mengakses setiap butiran pesanan termasuk pencetakan resit, sejarah pesanan dan banyak lagi.

JENIS BARANG/PRODUK YANG DIHANTAR

Barangan seperti dokumen penting, bungkusan, makanan dan banyak lagi. Anda hanya perlu bungkuskan sahaja dan tempah pemandu untuk mengambil barang anda. Ia menyediakan dua jenis kenderaan sahaja iaitu kereta dan motosikal.

KAWASAN PERKHIDMATAN

MrSpeedy membuat penghantaran di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Cyberjaya, dan Putrajaya sahaja.

CARA MENGGUNAKAN APLIKASI MR SPEEDY

  • Muat turun aplikasi MrSpeedy menerusi Google Play Store / Apple App Store
  • Daftar akaun (sekiranya tidak mahu mendaftar, anda hanya perlu klik pada create order)
  • Pilih jenis penghantaran (sama ada penghantaran barang atau penerimaan barang)
  • Pilih jenis kenderaan (sama ada motor atau kereta)
  • Masukkan maklumat yang diperlukan
  • Selesai mengisi maklumat, klik pada butang “create order” untuk sahkan pesanan anda dan memulakan penghantaran.

KADAR BAYARAN DIKENAKAN

  • Perkhidmatan menggunakan motor – Bermula RM5 untuk jarak 5km pertama dan RM1 untuk setiap km berikutnya. Caj sebanyak RM2 dikenakan untuk alamat tambahan. Berat maksimum 10kg.
  • Perkhidmatan menggunakan kereta – Bermula RM7 untuk jarak 7km pertama dan RM1.50 untuk setiap km berikutnya. Caj sebanyak RM4 dikenakan untuk alamat tambahan. Berat maksimum 40kg.

2)LALAMOVE

PERKHIDMATAN PENGHATARAN DI MALAYSIA

Lalamove menawarkan pelbagai perkhidmatan penghantaran barang termasuk dokumen, makanan dan banyak lagi.  Dengan aplikasi yang boleh diakses menerusi peranti pintar dan komputer, Lalamove sentiasa menghubungkan pengguna dengan penghantar sekaligus membolehkan anda menjejak penghantaran dalam masa nyata dan tempahan yang terjamin.  Tanpa rasa ragu dan was-was lagi kerana barang anda dijamin sampai cepat.

Lebih menarik, ia juga menjanjikan penghantaran jarak dekat yang pantas dalam tempoh satu jam. Syarikat ini juga mempunyai pelbagai jenis kenderaan bagi memenuhi keperluan yang berbeza seperti lori, kereta, van, dan motosikal.

KAWASAN PERKHIDMATAN

Buat masa ini, Lalamove hanya membuat penghantaran di Lembah Klang sahaja.

CARA MENGGUNAKAN APLIKASI LALAMOVIE

  • Muat turun aplikasi Lalamove menerusi Google Play / AppStore
  • Pilih kenderaan & tetapkan lokasi untuk pengambilan serta penghantaran
  • Pilih jenis penghantaran (sama ada penghantaran berjadual atau penghantaran segera)
  • Masukkan nota tambahan untuk perhatian penghantar Lalamove (sekiranya ada)
  • Pilih kaedah pembayaran
  • Sahkan pesanan anda untuk memulakan penghantaran.

KADAR BAYARAN DIKENAKAN

Bermula dari RM5 untuk penghantaran menggunakan motosikal dan RM100 untuk penghantaran menggunakan lori. Setiap harga penghantaran dikira berdasarkan jarak dan bukan berat sesuatu barang.

PERKHIDMATAN PENGHANTARAN DI MALAYSIA

3) GRAB EXPRESS

PERKHIDMATAN PENGHATARAN DI MALAYSIA

Terdapat pelbagai jenis perkhidmatan di Grab untuk memenuhi keperluan ramai termasuk penghantaran makanan, penghantaran ekspres seperti dokumen, pengangkutan, perlindungan insurans dan banyak lagi.

Aplikasi ini sangat mudah digunakan kerana ia menyediakan antaramuka yang senang difahami.

Bayaran boleh dibuat secara tunai ataupun dompet digital. Anda akan mendapat resit sejurus pembayaran dibuat yang dihantar menerusi emel berdaftar. Grab tersedia di seluruh bandar utama di Malaysia. Ikuti langkah mudah di bawah untuk menggunakan aplikasi ini.

CARA MENGGUNAKAN APLIKASI GRAB EXPRESS

  • Muat turun aplikasi Grab menerusi Google Play Store / Apple App Store
  • Pilih perkhidmatan yang anda perlukan
  • Mula menempah dengan memasukkan maklumat diperlukan (Pastikan alamat lokasi adalah tepat)
  • Sahkan tempahan untuk memulakan penghantaran
  • Kadar penghantaran

KADAR BAYARAN DIKENAKAN

Kadar penghantaran bermula dari RM 3.60 untuk motosikal dengan berat maksimum 10KG dan RM3.50 untuk kereta dengan berat maksimum 50KG. Namun begitu setiap bungkusan yang menggunakan Grab harus mempunyai berat maksimum 10KG sahaja setiap satu.

4.BUNGKUSLT

PERKHIDMATAN PENGHATARAN DI MALAYSIAPERKHIDMATAN PENGHATARAN DI MALAYSIA

Nama perkhidmatan ini  berimejkan Malaysia. Ia beroperasi dengan rangkuman yang luas di mana anda bebas untuk memesan makanan dari mana sahaja walaupun tidak terdapat dalam senarai mereka. Sebagai contoh, anda mahu membeli makanan di pasar malam atau mana-mana restoran yang tidak menyediakan servis penghantaran makanan, anda boleh menggunakan servis ini.  Apa yang penting, anda perlu tahu lokasi yang tepat dan masa operasi tempat berkenaan.

Bukan sekadar menghantar makanan, ia juga menawarkan perkhidmatan penghantaran barangan lain seperti dokumen penting, ubat-ubatan dan banyak lagi dalam tempoh yang pantas.

BungkusIt juga boleh menghantar barang yang anda terlupa atau tertinggal menyerahkannya kepada anda. Perkhidmatan BungkusIt menawarkan penghantaran sehingga 500km dan ia tersedia di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan.

CARA MENGGUNAKAN APLIKASI BUNGKUSLT

  • Muat turun aplikasi BungkusIt menerusi Google Play Store / AppStore
  • Daftar akaun untuk memulakan penghantaran
  • Pilih jenis penghantaran (sama ada penghantaran berjadual atau penghantaran segera)
  • Masukkan maklumat yang diperlukan (seperti : alamat untuk lokasi pick up dan drop off)
  • Selesai mengisi maklumat, tekan pada butang “Next Step”
  • Masukkan nota tambahan untuk perhatian penghantar mengenai apa yang anda mahu beli
  • Klik pada butang “submit” untuk sahkan pesanan anda dan memulakan penghantaran.

KADAR BAYARAN DIKENAKAN

Kadar asas bermula pada RM7.50. Setiap harga penghantaran bergantung pada jarak restoran / tempat dengan lokasi anda.

PERKHIDMATAN PENGHANTARAN DI MALAYSIA

5.GOGET

PERKHIDMATAN PENGHATARAN DI MALAYSIA
Ia juga menawarkan pelbagai tugas perkhidmatan bantuan penghantaran barang dengan kadar yang sesuai termasuk makanan, barang dapur, dokumen penting dan sebagainya.

Melalui GoGet, anda boleh memilih pelbagai perkhidmatan untuk digunakan seperti Dispatch (untuk pengambilan dan penghantaran barang)

Helper (sekiranya anda memerlukan kakitangan separuh masa untuk masa yang singkat), Food (untuk pembelian makanan), Shopping (untuk pembelian barang yang terdapat di pasar raya) dan banyak lagi.

Pada masa sama, ia juga dapat membantu anda mencari duit lebih dengan menjadi seorang ‘GoGetter’ yang mana anda akan dibayar untuk setiap tugasan yang dilakukan.

KAWASAN PERKHIDMATAN

GoGet menawarkan perkhidmatan di sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

CARA MENGGUNAKAN APLIKASI GOGET

  • Pergi ke lamagt GoGet atau muat turun aplikasi dari Google Play Store dan Apple App Store,
  • Pilih perkhidmatan yang anda perlukan
  • Masukkan maklumat yang diperlukan (Pastikan alamat dan jadual operasi lokasi adalah tepat. Sertakan deskripsi yang jelas seperti apa yang perlu, butiran item, saiz, berat dan sebagainya.)
  • Selesai mengisi maklumat tekan pada butang “Next”
  • Masukkan maklumat yang diperlukan sekali lagi (seperti : alamat untuk lokasi pick, drop off dan jenis pembelian – sama ada berjadual atau segera)
  • Buat pembayaran ke GoGetter (Pembayaran boleh dibuat melalui tunai / kredit GoGet)

KADAR BAYARAN DIKENAKAN

Kadar asas bermula dari RM6. Setiap harga penghantaran bergantung pada jarak dan masa di ambil oleh GoGetters

 

Tags: #BUNGKUSLT #GOGET #GRAB EXPRESS #LALAMOVE #MR SPEEDY #PERKHIDMATAN PENGHANTARAN DI MALAYSIA

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    ePenyata Gaji ANM :SEMAKAN SLIP GAJI/PAYSLIP (Bulan Disember 2022)
    ePenyata Gaji ANM :SEMAKAN SLIP GAJI/PAYSLIP (Bulan Disember 2022)   APA ITU ePenyata
    TESP MARA 2022 (Permohonan & Semakan Status Tajaan)
    TESP MARA 2022 (Permohonan & Semakan Status Tajaan)   Majlis Amanah Rakyat (MARA)
    DELIMa KPM 2022 (Cara Log Masuk Guna ID)
    DELIMa KPM 2022 (Cara Log Masuk Guna ID)   APA ITU DELIMa KPM
    SPLKPM LOGIN 2022(Log Masuk  Kemaskini dan Isi  splkpm.moe.gov.my )
    SPLKPM LOGIN(Log Masuk  Kemaskini dan Isi  splkpm.moe.gov.my )   Pernah dengar SPLG KPM?Biasanya

    Leave a reply "PERKHIDMATAN PENGHANTARAN DI MALAYSIA"