SIJIL SKM HILANG (Permohonan Kerja Di Portal PERKESO)

SIJIL SKM HILANG (Permohonan Kerja Di Portal PERKESO)

SIJIL SKM

Kepada calon dengan kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia boleh memohon jawatan dalam portal PERKESO. Tetapi bagaimana jika sijil SKM anda hilang? Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk dapatkan kembali dan cara permohonan kerja di Portal PERKESO, semoga membantu.

 

APA ITU SIJIL SKM

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) , Kementerian Sumber Manusia bagi program kemahiran yang ditawarkan oleh Penyedia Latihan samaada awam/swasta . Setiap peringkat /tahap dalam SKM ini menunjukkan pengiktirafan kebolehupayaan serta tahap pengetahuan seseorang dalam sesuatu program.

 

TAHAP SIJIL SKM

SKM kini menawarkan lima (5) tahap persijilan iaitu :

  • SKM Tahap 1 – Peringkat Operasi & Pengeluaran (SKM)
  • SKM Tahap 2 – Peringkat Operasi & Pengeluaran (SKM)
  • SKM Tahap 3 – Peringkat Penyeliaan (SKM)
  • DKM Tahap 4 – Peringkat Penyeliaan (Diploma Kemahiran M’sia)
  • DLKM Tahap 5 – Peringkat Pengurusan (Diploma Lanjutan Kemahiran M’sia)

 

KELEBIHAN SIJIL SKM

Berikut adalah merupakan kelebihan sijil ini kepada calon iaitu:

  • Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia
  • Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
  • Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.

 

KADAR HARGA PENGGANTIAN SIJIL SKM HILANG/ROSAK

Berikut adalah merupakan Bayaran penalti akan dikenakan iaitu:

  • Hilang: RM55.00
  • Rosak: RM20.00

 

PERMOHONAN PENGGANTIAN SIJIL SKM HILANG/ROSAK

Bagi permohonanpenggantian sijil yang disebabkan hilang atau rosak, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Muat turun dan isikan dengan lengkap borang JPK/S/PERSIJILAN/01 (Borang permohonan sijil ganti – hilang)
  2. Kemukakan dokumen yang dikehendaki seperti berikut
    • Salinan Kad Pengenalan;
    • Surat Akuan Sumpah – boleh menggunakan BORANG JPK/U/1022 
    • Surat Akuan dari Institut/Salinan Sijil/Rekod Penilaian Kumulatif/Portfolio
    • Bayaran Fi RM55 (Sijil SKM hilang) atau Fi RM20 (Sijil SKM rosak) atas nama Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran (Bank Draft / Wang Pos);
  3. Borang permohonan yang lengkap beserta dokumen sokongan hendaklah dihantar ke:
    • Jabatan Pembangunan Kemahiran, Tingkat 7 – 8, Blok D4, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62530 Putrajaya

Nota: maklumat berkaitan dengan sijil hilang ada diterangkan dalam laman web www.dsd.gov.my di bawah pautan Menu Perkhidmatan -> SLaPB -> Pendaftaran & Persijilan)

 

CARA CETAK PENGESAHAN SIJIL SKM

Salinan sijil SKM yang hilang atau Slip Pengesahan Pensijilan boleh dimuat turun di pautan:

 

CARA MOHON KERJA GUNA SIJIL SKM MELALUI PORTAL PERKESO

Kepada calon lepas SKM ingin mencari kerja, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari portal Perkeso: https://www.perkeso.gov.my/
  2. Pada paparan utama klik pada EIS
  3. Pilih pada Career Exploration
  4. Pilih Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
  5. Pilih Tahap SKM anda
  6. Pilih bidang kemahiran anda
  7. Klik pada pekerjaan pilihan dan buat permohonan dengan lengkap

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Sijil SKM, anda boleh melayari portal rasmi Jabatan Pembangunan Kemahiran

ARTIKEL BERKAITAN:

  • SKM ONLINE (Cara Daftar & Permohonan Bantuan Koperasi apponline.skm.gov.my)
  • LOGIN EIS (SIP PERKESO): CARA REGISTER,APPLY & SEMAKAN STATUS PORTAL SISTEM INSURANS PEKERJAAN PERKESO (eis.perkeso.gov.my)

Leave a Comment