PERMOHONAN BANTUAN RM600 PERKESO BAGI PEKERJA TERJEJAS
Bantuan ini di bawah program Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Program – ERP). Melalui program ini majikan dan pekerja yang terjejas dengan wabak Covid-19 akan diberi bantuan RM600 PERKESO.
BAGAIMANAKA PROGRAM ERP/BANTUAN RM600 PERKESO DILAKSANAKAN?
Program ini yang dilaksanakan oleh PERKESO yang akan membantu majikan terjejas akibat Covid-19 yang terpaksa mengambil langkah mengurangkan kos operasi dengan pendekatan mengeluarkan notis Cuti Tanpa Gaji (CTG) kepada pekerja yang terlibat bagi tempoh antara 1 hingga 6 bulan mengikut tempoh notis CTG daripada majikan tersebut.
Langkah ini secara tidak langsung merupakan salah satu perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja apabila kehilangan sumber pendapatan kesan daripada keadaan luar jangka (kesan Covid-19) untuk meneruskan kelangsungan kehidupan mereka dan keluarga.
Anda tiada pekerjaan? baca tentang Insentif bagi penggangur sebanyak RM800/RM1000
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM600 PERKESO BAGI PEKERJA TERJEJAS
- Pekerja yang diberi notis cuti sementara tanpa gaji (unpaid leave) oleh majikan berkuatkuasa mulai 1 Mac 2020;
- Pekerja sektor swasta yang berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO;
- Terhad kepada pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah;
- Majikan membuat permohonan bagi pihak pekerja; dan
- Majikan hendaklah menyalurkan RM600 terus kepada akaun pekerja.
*Nota:
Pekerja yang telah diberhentikan kerja, pekerja di sektor awam, mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasuk freelancers, pekerja asing dan pegawai dagang tidak diliputi di bawah program ERP.
JUMLAH BANTUAN & TEMPOH LAYAK BANTUAN RM600 PERKESO BAGI PEKERJA TERJEJAS
Jumlah bayaran bantuan kewangan adalah bergantung kepada tempoh notis mula CTG. Sekiranya tarikh notis mula CTG adalah sebulan mengikut tarikh tamat CTG tersebut, bayaran mengikut kadar rata sebanyak RM600 sebulan akan dibayar kepada setiap pekerja yang terlibat.
Sekiranya tempoh notis mula CTG adalah dua (2) bulan mengikut tarikh tamat CTG tersebut, bayaran mengikut kadar rata sebanyak RM600 bagi setiap bulan akan dibayar kepada setiap pekerja yang terlibat membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1,200.
Jumlah kelayakan bagi setiap satu permohonan tempoh notis mula CTG adalah antara 1 bulan hingga maksimum jumlah 6 bulan bergantung kepada notis mula CTG yang dikeluarkan oleh majikan sama ada secara sekali gus atau berturutan.
Majikan yang telah menerima peruntukan bayaran ERR daripada PERKESO secara bulanan, adalah bertanggungjawab untuk mengkreditkan bayaran bulanan sebanyak RM600 ke dalam akaun bank pekerja yang terlibat dalam masa 7 hari dan i tarikh bayaran yang diterima daripada PERKESO
Majikan yang mengemukakan apa-apa maklumat palsu, tidak benar atau mengelirukan kepada PERKESO atau majikan yang gagal untuk menyalurkan bayaran bulanan tersebut kepada pekerja, boleh menyebabkan permohonan berikutnya digantung dan tindakan undang-undang akan dikenakan ke atas majikan.
CARA PERMOHONAN BANTUAN RM600 PERKESO BAGI PEKERJA TERJEJAS
- A) PERMOHONAN ONLINE
Permohonan boleh dibuat secara online di portal rasmi PERKESO bermula 20 Mac 2020. Borang Permohonan ERR C-19 (Lampiran 1) dan melampirkan dokumen mandatori surat Notis CTG yang mengandungi senarai pekerja terlibat.
Senarai pekerja hendaklah beserta butiran berikut:
- Nama Penuh Pekerja
- Nombor Kad Pengenalan Warganegara Malaysia (No KPPPN)
- Nama Jawatan (job title)
- Maklumat Gaji Bulanan Terakhir Pekerja (RM)
- Maklumat emel dan no telefon untuk dihubungi
Permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui emel erpc19 (perkeso.qov.my atau melalui online sekiranya sistem online telah dibangunkan.
- B) PERMOHONAN SECARA BORANG
Borang permohonan yang dikemukakan kepada mana-mana pejabat PERKESO oleh majikan bagi pihak pekerja yang terlibat dan majikan tersebut hendaklah bertanggungjawab untuk menyalurkan bayaran bulanan RM600 kepada pekerja yang terlibat.
Majikan hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap melalui Borang Permohonan ERR C-19 (Lampiran 1) dan melampirkan dokumen mandatori surat Notis CTG yang mengandungi senarai pekerja terlibat.
Senarai pekerja hendaklah beserta butiran berikut:
- Nama Penuh Pekerja
- Nombor Kad Pengenalan Warganegara Malaysia (No KPPPN)
- Nama Jawatan (job title)
- Maklumat Gaji Bulanan Terakhir Pekerja (RM)
- Maklumat emel dan no telefon untuk dihubungi
Permohonan yang lengkap boleh dihantar ke pejabat PERKESO yang berdekatan.
TARIKH BAYARAN BANTUAN RM600 PERKESO BAGI PEKERJA TERJEJAS
Majikan yang telah menerima peruntukan bayaran ERP daripada PERKESO secara bulanan, adalah bertanggungjawab untuk mengkreditkan bayaran bulanan sebanyak RM600 ke dalam akaun bank pekerja yang terlibat dalam masa 7 hari dan dari tarikh bayaran yang diterima daripada PERKESO. Tarikh bayaran adalah bergantung kepada proses permohonan yang diuruskan oleh majikan.
SENARAI FAEDAH SIP BAGI PEKERJA YANG TIDAK DIPANGGIL BEKERJA SEMULA SELEPAS TAMAT NOTIS CUTI TANPA GAJI
Bagi pekerja yang masih tidak dipanggil bekerja semula selepas notis CTG tamat, pekerja tersebut hendaklah menganggap beliau telah kehilangan pekerjaan dan layak menuntut Faedah SIP ( Sistem Insurans Pekerjaan ).
Antara faedah kehilangan pekerjaan termasuklah program penempatan semula pekerjaan dan program latihan kemahiran di mana yuran latihan dan elaun menjalani latihan akan ditanggung sepenuhnya oleh PERKESO.
Pekerja yang diberhentikan juga boleh mendaftar dengan EISJobs Portal eisjobs.perkeso.gov.my untuk mencari pekerjaan.
MAKLUMAT TERKINI
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, layari laman web rasmi PERKESO
Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan, 1-300-22-8000 atau kemukakan persoalan anda menerusi email ke [email protected]