PERMOHONAN BARU STR 2023 (Kemaskini Maklumat Pemohon)

PERMOHONAN BARU STR 2023 (Kemaskini Maklumat Pemohon)

PERMOHONAN BARU STR

Sekiranya anda belum membuat permohonan SPR, di sini kami akan kongsikan mengenai tarikh terkini permohonan baru MySTR 2023 dan cara membuat  permohonan. Semoga membantu.

 

APA ITU STR

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

 

KELAYAKAN STR

Pemohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

ISI RUMAHWARGA EMAS TIADA PASANGANBUJANG
  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  •  Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

 

JUMLAH BAYARAN STR

Berikut adalah merupakan jumlah bayaran asas STR yang akan diterima mengikut katagori iaitu:

KATEGORIPENDAPATAN

BILANGAN ANAK / NILAI BANTUAN

0

1-23-4

≥5

Isi RumahRM2,500 dan ke bawah

RM1,000

RM1,500RM2,000

RM2,500

RM2,501 – RM5,000

RM500

RM750RM1,000

RM1,250

Warga Emas Bujang / Tiada PasanganRM5,000 dan ke bawah

RM600

BujangRM2,500 dan ke bawah

RM350

Bayaran tambahan sebanyak RM600 akan diterima oleh kategori miskin tegar:

  • Bantuan tambahan RM600 dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan
  • Kumpulan miskin tegar layak terima sumbangan sehingga maksimum RM3,100

 

TARIKH BAYARAN STR

Berikut adalah merupakan tarikh pembayaran STR mengikut fasa iaitu:

BILFASA PEMBAYARANTARIKH PEMBAYARAN
1Fasa 1Bermula 17 Januari 2022 secara berperingkat
2Fasa 2April 2023*
3Fasa 3Julai 2023*
4Fasa 4November 2023*
5Tambahan RM600

(RM100 sebulan baucar untuk barangan makanan asas)

  • Julai 2023*
  • Ogos 2023*
  • September 2023*
  • Oktober 2023*
  • November 2023*
  • Disember 2023*

Nota: *Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

 

KELAYAKAN TAMBAHAN RM600 STR

Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:

  • Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
  • Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan

 

TARIKH PERMOHONAN BAHARU STR

Permohonan baharu boleh dibuat pada:

  • iSecara dalam talian mulai 01 Mac 2023 – 31 Mac 2023
  • Secara borang kertas mulai 08 Mac 2023 – 31 Mac 2023

*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

 

SIAPA YANG PERLU MEMBUAT PERMOHONAN BARU STR

Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu STR adalah seperti berikut:

  • Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta
  • Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
  • Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:

  • Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021 dan BKM 2022
  • Penerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini

 

CARA PERMOHONAN BARU STR

Kaedah permohonan STR adalah seperti berikut:

Permohonan Secara Dalam Talian

Permohonan Melalui Borang

  • Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR LHDNM; atau Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
  • Anda boleh menghantar Borang STR di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM Atau Penghantaran secara Pos. Namun, terhad kepada borang permohonan yang diterima sehingga tarikh akhir permohonan ke alamat seperti berikut:
    • Peti Surat STR, GPO Shah Alam, 40800 Shah Alam, SELANGOR
  • Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:

  • Pemohon:
    • Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN;
    • Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN;
    • Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN
    • Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
    • Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • Pasangan:
    • Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS);
    • Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
  • Anak:
    • Anak Kandung
      • Salinan Sijil Lahir; dan
      • Salinan MyKad / MyKid
    • Anak Angkat
      • Salinan MyKad / MyKid; dan
      • Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

NOTA: Borang Serahan Dokumen Sokongan STR (BK-04) perlu dilengkapkan dan diserahkan semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke Pejabat LHDNM ATAU boleh memuat naik ke sistem STR semasa permohonan secara dalam talian.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan Baru STR, anda boleh layari pautan rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/

ARTIKEL BERKAITAN:

 

3 thoughts on “PERMOHONAN BARU STR 2023 (Kemaskini Maklumat Pemohon)”

Leave a Comment