PERMOHONAN BPN 2.0 ONLINE

PERMOHONAN BPN 2.0 ONLINE

PERMOHONAN BPN 2.0 ONLINE

Permohonan baharu BPN 2.0 akan dibuka kepada semua yang layak bermula 15 Oktober sehingga 15 November 2020.

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan BPN baharu ini, anda boleh membuat permohonan BPN 2.0 online  melalui portal rasmi bpn.hasil.gov.my

Selain itu, anda juga boleh membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 secara manual dengan menghantar borang ke mana-mana cawangan LHDNM.

Nak mohon BPN 2.0 secara manual? sila MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN BPN 2.0

Tak sabar dah nak buat SEMAKAN BPN 2.0?Kini anda boleh mula buat semakan Harap-harap layak ler

SIAPAKAH YANG LAYAK MEMOHON BPN 2.0?

Berikut antara kategori mereka yang layak memohon:

Kategori B40

Isi Rumah:

  • Sudah berkahwin
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah

Bujang:

  • Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahundan ke atas)
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah

Kepada mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara,boleh mohon bantuan melalui Musaadah Khaira Siswa PPZ sebanyak RM200 jika layak

Kategori M40

Isi Rumah:

  • Sudah berkahwin
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,001 hingga RM8,000

Nak tahu cara TUKAR STATUS PERKAHWINAN BPN 2.0? Bujang kepada Berkahwin atau Berkahwin kepada bujang

Bujang:

  • Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahundan ke atas)
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,001 hingga RM4,000

Anda perlukan info tentang tarikh pembayaran BPN 2.0? Berikut adalah dikongsi tentang  tarikh-tarikh penting dan kaedah pembayaran BPN 2.0.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pemohon tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan semasa permohonan BPN 2.0 online / manual

Kesemua permohonan akan disemak berdasarkan data agensi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

CARA PERMOHONAN BPN 2.0 ONLINE

Boleh rujuk tutorial permohonan BPN 2.0

PEMBAYARAN PERMOHONAN BPN 2.0

Bagi anda yang layak menerima BPN 2.0 melalui permohonan baharu ini, pembayaran akan dibuat sekali gus pada bulan Januari 2021.

Info terbaru tentang TARIKH BPN 2.0 DIKREDITKAN BERMULA 26 OKTOBER 2020

Berbeza dengan penerima BPN sedia ada di mana mereka akan menerima pembayaran bermula penghujung bulan ini dan bulan Januari 2021 nanti.

Jumlah bantuan adalah seperti berikut:

SEMAKAN STATUS KELULUSAN BPN 2.0

Semakan status permohonan BPN 2.0 online boleh dibuat di portal rasmi https://bpn.hasil.gov.my/.Anda perlu log masuk ke dalam sistem tersebut untuk menyemak status kelulusan.

Sekiranya terlupa kata laluan, sila ikut panduan di bawah:

Pemohon perlu menunggu 10 minit untuk mencuba semula menjawab soalan keselamatan. Jika masih terlupa pemohon diminta untuk menghubungi talian LHDNM Hasil Care Line (HCL) di talian 03- 89111000 (bagi tindakan set semula akaun dan soalan keselamatan) atau hubungi Cawangan / PKH / UTC LHDNM yang berhampiran.

KEMASKINI PERMOHONAN

Untuk makluman, tiada sebarang kemaskini diperlukan dalam permohonan BPN 2.0 online termasuklah akaun bank.

Sekiranya akaun anda sudah “dormant”, anda boleh membuat tuntutan tunai di mana-mana cawangan BSN berhampiran.

Kepada yang tengah cara bagaimanakah cara untuk check BPN 2.0?Baca CARA CHECH BPN 2.0

SOALAN LAZIM BPN 2.0

Sebagai pelajar sepenuh masa adakah saya layak memohon?

Tidak layak kecuali anda pelajar separuh masa.

Adakah elaun & bonus dikira sebagai pendapatan?

Ya, kesemua pendapatan anda dikira sebagai pendapatan.

Bolehlah saya menukar kategori permohonan dari M40 ke B40?

Tidak. Kategori permohonan adalah berdasarkan kelulusan terakhir BPN.

Anda nak tahu apa apakah maksud status permohonan BPN 2.0 diterima?Baca MAKSUD STATUS PERMOHONAN BPN 2.0 DITERIMA / DIPROSES

Tags: #PERMOHONAN BPN 2.0 ONLINE

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    PENDAFTARAN PROGRAM SARINGAN PRIHATIN MYEG
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPENDAFTARAN PROGRAM SARINGAN PRIHATIN MYEG APA ITU PROGRAM SARINGAN PRIHATIN MYEG? Program
    STATUS PEMBAYARAN BPN 2.0 MENGIKUT BANK
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSTATUS PEMBAYARAN BPN 2.0 MENGIKUT BANK Ramai yang tengah cari maklumat tentang
    PENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK Untuk makluman, setiap permohonan rumah mampu
    RUMAH SELANGORKU:SEMAKAN PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinRUMAH SELANGORKU:SEMAKAN PERMOHONAN APA ITU RUMAH SELANGORKU Skim ini merupakan perumahan yang
    1. author

      JENNO WINSON1 week ago

      Bujang

      Reply
    2. author

      Vanitha Arumugam1 week ago

      Thanks

      Reply
    3. author

      Jobdin Jamius1 week ago

      Saya ingin bertanya, adakah saya boleh mengemaskini pembayaran bank yang baru.
      Sebab no akaun lama sudah luput dan saya ingin mengemaskini no akaun yang baru.

      Reply
    4. author

      Tan1 week ago

      Salam sejahtera. Saya nak tanya, saya tidak pernah memohon sebarang bantuan semenjak dari BR1M dulu atas sebab tahun yang terakhir bantuan tersebut telah ditolak atas sebab bekas isteri telah buat permohonan pada masa yg sama. Jadi semenjak itu sya tidak mohon apa apa pun. So nak tanya sekarang ni kalau saya nak buat permohonan baru pada BPN ni.. Apa kah yang harus saya lakukan? Harap sesiapa pun boleh memberi penerangan pada saya. Terima kasih..

      Reply
    5. author

      Siti nor faziha binti nordin1 week ago

      Assalamualaikum dn selamat pagi sy baru nk daftar bagaimana caranya ye minta tolong tunjuk ajar kan

      Reply
    6. author

      Alqasim bin Abdul moin1 week ago

      Saya alqasim bin Abdul MOIN..
      Tahun lepas saya x dapat bantuan 2.0

      Reply
    7. author

      Alqasim bin Abdul moin1 week ago

      Saya alqasim bin Abdul MOIN tahun lepas saya x dapat bantuan

      Reply
    8. author

      Mizz Yaya7 days ago

      Saya nak bertanya ,kenapa saya dapat 1000 utk bpn yg lps ,dan yg baru ni 600 shh ..total 1600 trmsuk yg lepas.. bagaimana hendak memastikannya ?

      Reply
    9. author

      Mohd Rashidi bin Mohd Sharip7 days ago

      Saya baru di berhentikan kerja pada bulan Sept. 2020. Bolehkah saya memohon BPN 2.0? Jika boleh bagaimana caranya. Terima kasih

      Reply
    10. author

      Zikri fahmi7 days ago

      Bujang pendapatan kurang 2000 kebawah

      Reply
    11. author

      Mohd Shahrul anuar bin marchikin6 days ago

      Salam saya baru nak daftar permohonan baru,macam mana cara nya buat online..Sebb Sya xberpandai dlm internet

      Reply
    12. author

      sitti noorhani binti jadda6 days ago

      salam saya sitti noorhani binti jadda ingin membuat permohonan baharu BPN.

      Reply
    13. author

      Mohd syahrizan bin junior5 days ago

      Saya mohd syahrizan bin junior ingan membuat permohonan baharu BPN sbb sya punya status belajar sedangkan saya sudah tidak belajar

      Reply
    14. author

      Hassan albasri5 days ago

      Saya Hasan albasri dan pasangan Dewi mazuita binti bakar sudah bercerai 1.10.2020 sya mahu daftar baru ketegori bujang

      Reply
    15. author

      Madihi4 days ago

      Sya pn sma..padahal gji x la bsr mna.bru 1 ribu ke 2 ribu…yg sya tauk,tu trpulang kepada lhdn..mrka yg cek

      Reply
    16. author

      Madihi4 days ago

      Masuk ke Google n tulis2 KITA PRIHATIN PERMOHONAN BPN 2.0 Sdh tu plh la untk PERMOHONAN Bru…p semak status Bru klw xda relod Alan Ada terpapar PERMOHONAN Bru sana

      Reply
    17. author

      ARIFFIN BIN HASHIM4 days ago

      Semasa BR1M saya telah berdaftar dan menikmati 3 kali bayaran, kemundian BR1M saya telah ditolak
      untuk penerimaan kali 4. Permohonan saya RM 4,000 hingga RM 8,000

      Reply

    Leave a reply "PERMOHONAN BPN 2.0 ONLINE"