PERMOHONAN, DAFTAR & SEMAKAN I-SURI KWSP 2020 UNTUK SURI RUMAH RM480 SETAHUN

PERMOHONAN, DAFTAR & SEMAKAN I-SURI KWSP 2020 UNTUK SURI RUMAH RM480 SETAHUN

I-SURI KWSP 2020

Insentif i-Suri KWSP yang diperkenalkan pada 2018 telah memberi manfaat kepada golongan suri rumah kerana ia memberi jaminan masa depan dimana suri rumah diberikan bantuan dalam bentuk skim KSWP sama seperti ahli lain yang bekerja.

Kini suri rumah juga boleh menikmati dividen tahunan, layak untuk bantuan hilang upaya, bantuan kematian, pengeluaran simpanan dan pelepasan cukai tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

BACA : SEMAKAN PENERIMAAN BAYARAN i-LESTARI KWSP

APA ITU INSENTIF I-SURI KWSP 2020

Insentif i-SURI adalah program yang berbentuk usaha sama dimana ia melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) dan Kementerian Kewangan (MOF).

Justeru, pada fasa pertama skim ini telah dilancarkan pada Ogos 2018 dan telah mula berkuatkuasa pada tahun tersebut yang dilaksanakan oleh KWSP, iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan.

Untuk pengetahuan lanjut, skim ini adalah skim bantuan bagi menggalakkan para suri rumah untuk mula menabung bagi kegunaan semasa, hari tua atau ketika menghadapi kesusahan dan ditimpa musibah seperti penceraian, kematian suami, suami hilang upaya dan lain-lain.

APA FAEDAH I-SURI

Berikut adalah antara faedah bantuan i-Suri:

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM 200* pada tahun 2018, dan RM480 pada setiap tahun yang berikutnya
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Menerima dividen tahunan KWSP
  • Bantuan Kematian: RM2,500
  • Bantuan hilang upaya

 

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu suri rumah penuhi untuk membuat pendaftaran Bantuan Suri Rumah i-Suri:

  • Warganegara Malaysia
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
  • Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu insentif sahaja pada satu masa. Jika telah berdaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya terlebih dahulu sebelum membuat permohonan baru i-Suri.

SIAPAKAH GOLONGAN YANG BOLEH MENCARUM?

Individu yang boleh mencarum adalah:

  • Suami kepada pasangan yang layak
  • Suri rumah (isteri)

CARA DAFTAR SKIM I-SURI 2020

Pendaftaran boleh dibuat oleh kumpulan sasar yang berkelayakan dan tersenarai di dalam senarai eKasih. Pendaftaran sebagai ahli KWSP dan Skim i-Suri boleh dibuat di mana-mana kaunter KWSP seluruh Malaysia.

Untuk membuat pendaftaran, beberapa dokumen diperlukan iaitu:

  • MyKad
  • Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)

CARA KAEDAH PEMBAYARAN CARUMAN

  • Pembayaran caruman boleh dibuat melalui kaedah-kaedah berikut:
  • Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
  • Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP iaitu Maybank, Public Bank, Bank Simpanan Nasional dan RHB Bank;
  • Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik iaitu Maybank dan Public Bank.

BAGAIMANA SUMBANGAN KERAJAAN DIKREDITKAN KE DALAM AKAUN KWSP?

Sumbangan kerajaan akan dikreditkan ke Akaun KWSP pencarum sebanyak 2 kali bagi tempoh Januari hingga Jun dan Julai hingga Disember setiap tahun.

Sumbangan kerajaan akan dikreditkan seperti berikut:

  • Akaun 1 dan Akaun 2 – peserta yang berumur bawah 55 tahun
  • Akaun Emas – peserta yang berumur 55 tahun ke atas.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai caruman suri rumah, i-Suri KWSP, anda boleh layari laman rasmi KWSP atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-8922 6000.

Tags: #APA FAEDAH I-SURI #APA ITU INSENTIF I-SURI KWSP #BAGAIMANA SUMBANGAN KERAJAAN DIKREDITKAN KE DALAM AKAUN KWSP? #CARA DAFTAR SKIM I-SURI 2020 #CARA KAEDAH PEMBAYARAN CARUMAN #DAFTAR & SEMAKAN I-SURI KWSP 2020 UNTUK SURI RUMAH RM480 SETAHUN #PERMOHONAN #SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN #SIAPAKAH GOLONGAN YANG BOLEH MENCARUM?

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    LOG MASUK CIMS 3.0(miti.gov.my):PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLOG MASUK CIMS 3.0(miti.gov.my): PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP Kepada syarikat yang
    HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN (epenawaran.moe.gov.my)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinHADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN (epenawaran.moe.gov.my) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
    TRRF BNM:CARA PERMOHONAN DANA PEMULIHAN PKS SEHINGGA RM500,000
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinTRRF BNM:CARA PERMOHONAN DANA PEMULIHAN PKS SEHINGGA RM500,000 Untuk makluman kepada PKS,Bank
    LESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA 
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA  Program lesen motosikal percuma diteruskan
    1. author

      Roslina binti mustofa9 months ago

      Saya nk semak sa6a dpt x bantuan rm480

      Reply
    2. author

      Miskinah binti Dahlan2 months ago

      cara mohon isuri

      Reply

    Leave a reply "PERMOHONAN, DAFTAR & SEMAKAN I-SURI KWSP 2020 UNTUK SURI RUMAH RM480 SETAHUN"