PERMOHONAN e-GTUKAR 2020/2021

PERMOHONAN e-GTUKAR 2020/2021

PERMOHONAN e-GTUKAR 2020/2021


PERMOHONAN e-GTUKAR 2020/2021

e-GTukar merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru. Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.

Modul ini melibatkan pengurusan pertukaran guru di Malaysia yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan guru.

e-Gtukar merupakan satu sistem yang dibangunkan bagi urusan pertukaran guru di Malaysia yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu:

Guru – Hanya pengguna yang telah DIDAFTARKAN oleh Pentabir Sistem sahaja dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan modul ini, dan;

Pentadbir Sistem – Hanya pentadbir sistem yang telah DILANTIK oleh KPM sahaja dibenarkan untuk  menggunakan modul ini mengikut peranan yang telah ditetapkan.

Permohonan eGTUKAR boleh diakses melalui Klik Disini

Laman utama e-GTukar memaparkan beberapa maklumat penting iaitu Pengumuman, Laluan Masuk, Bantuan & Info, Paparan Ralat, Hakcipta dan Penafian. Pengguna boleh memperoleh maklumat terkini dari ruangan pengumuman dan bantuan. Laluan Masuk ke e-GTukar adalah dengan memasukkan ID Pengguna, Kata Laluan, dan Kad Pengenalan yang telah didaftarkan.

Paparan mesej ralat bertujuan memaklumkan pengguna sekiranya butiran yang dimasukkan di Laluan Masuk tidak tepat. Bantuan & Info yang disediakan di e-GTukar adalah berkaitan borang manual, syarat pertukaran, panduan permohonan, guru tidak layak, analisa pertukaran, semakan kekosongan, soalan lazim, dan senarai nombor telefon yang boleh dihubungi.

Modul e-GTukar akan dibuka pada 17 Februari 2020 hingga 17 Mac 2020 bagi sesi pertukaran JUN 2020 dan JANUARI 2021.

Sebelum anda mengisi e-GTukar,anda perlu  mengemaskini maklumat diri dalam sistem pengurusan Sekolah Modul Pengurusan Guru Eoperasi sebelum 16 Februari 2020.

Maklumat seperti :

Maklumat Peribadi,Maklumat Pasangan,Maklumat Subjek Yang Diajar Semasa,Maklumat Perkhidmatan,Maklumat Tarikh Perkhidmatan, Maklumat Sejarah Perkhidmatan, Maklumat Sejarah Pengalaman Mengajar dan lain-lain.

SESI PERMOHONAN e-GTUKAR 2020/2021

Operasi pertukaran guru dilaksanakan dua kali setahun iaitu sesi Jun dan Januari dengan sekali permohonan sahaja.

SYARAT-SYARAT UMUM PERMOHONAN e-GTUKAR 2020/2021

-Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) tidak akan mempertimbangkan permohonan jika didapati negeri yang dimohon tidak terdapat kekosongan jawatan.

-Guru tidak boleh bertukar sebelum menerima surat pemakluman kelulusan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri asal dan surat penempatan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri yang diluluskan.

-Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) tidak akan mempertimbangkan permohonan jika didapati negeri yang dimohon tidak terdapat kekosongan jawatan.

-KPM tidak akan mempertimbangkan permohonan pembatalan pertukaran setelah permohonan pertukaran diluluskan.

-Penempatan ke sekolah adalah ditentukan oleh jabatan pendidikan negeri / pejabat pendidikan daerah / bahagian-bahagian yang berkenaan di KPM

GURU-GURU YANG TIDAK LAYAK MEMOHON e-GTUKAR

  • Guru interim yang sedang mengikuti kursus dalam cuti (kdc).
  • Guru yang sedang bercuti tanpa gaji / separuh gaji
  • Guru yang sedang mengikuti kursus / cuti belajar.
  • Guru yang dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib
  • Guru dg42 yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat.
  • Guru cemerlang yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat

SISTEM TRAFFIC LIGHT e-GTUKAR

Pemohon perlu menggunakan sistem lampu isyarat dalam mendapatkan maklumat berkaitan kekosongan jawatan dan opsyen di negeri pilihan sebelum membuat permohonan.

Sistem lampu isyarat adalah petunjuk jika terdapat kekosongan atau sebaliknya. Jika lampu berwarna hijau maka terdapat kekosongan dan sebaliknya.

ANALISA PERTUKARAN GURU SESI JANUARI 2020

Pemohon boleh merujuk statistik  ANALISA PERTUKARAN GURU SESI JANUARI 2020 sebagai panduan memilih tempat dan negeri untu berpindah.

PANDUAN MENGISI e-GTUKAR 2020/2021

1. Dapatkan ID PENGGUNA dan KATA LALUAN

2. Baca Panduan Pengunaan e-Gtukar

3. SOAL JAWAB e-Gtukar

4. Semak Kekosongan Jawatan dan Opsyen Terkini

5. Lengkapkan Permohonan dan Hantar

6. Pengesahan secara online oleh pengetua / guru besar.

7. Semua salinan dokumen yang berkaitan hendaklah diserahkan kepada pengetua / guru besar untuk pengesahan.

8. Hantar borang permohonan dan dokumen kepada Pejabat Pendidikan Daerah.

Semua keterangan yang diberikan dalam borang ini hendaklah lengkap dan benar. Jika terdapat sebarang pemalsuan keterangan, permohonan tidak akan dilayan dan sebarang kelulusan yang telah diberikan akan dibatalkan.

KRITERIA UTAMA MEMPENGARUHI KELULUSAN e-GTUKAR

1.Kepentingan Perkhidmatan

2.Kekosongan Jawatan

3.Keperluan Opsyen di Negeri Yang Dipilih

CARA MENYEMAK KEPUTUSAN e-GTUKAR

Untuk tujuan menyemak keputusan e-Gtukar, layari talian klik disini . Kebiasaanya, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia akan memaklumkan kepada guru tarikh dan masa untuk tujuan menyemak keputusan e-Gtukar. Jadi pemohon perlu peka kepada pengumum tersebut.

1. Untuk tujuan login, anda perlu gunakan maklumat kad pengenalan, kad laluan, ID pengguna yang anda telah daftar bagi mengetahui keputusan eg tukar guru.Pastikan anda menyimpan maklumat ini dengan baik dan selamat untuk memudahkan urusan e-GTukar anda.

2.Jikalau permohonan anda lulus, anda sama sekali tidak boleh menukarkannya dengan tempat yang lain. Keputusan adalah muktamad. Permohonan Rayuan pertukaran guru sama sekali tidak akan diterima.Pemohon perlu membuat keputusan yang tepat bagi urusan eGTUKAR

3.Jikalau anda tidak berjaya pada sesi JUN boleh cuba pada sesi JANUARI.Jika pemohon gagal sesi JUN, anda mungkin berjaya sesi JANUARI bergantung kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, rujuk soalan lazim eGTUKAR atau download manual penggunaan sistem

Sila baca surat siaran rasmi tentang pertukaran guru melalui eGTUKAR sebagai panduan kepada pemohon.

Pemohon juga diingatkan menjaga kerahsian kata ID pengguna dan kad laluan supaya tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan menimbulkan kesusahan kepada pemohon.

ARTIKEL BERKAITAN GURU 2020

Untuk murid-murid, baca DISINI 
Untuk pelajar sekolah menengah, baca DISINI

Tags: #ANALISA PERTUKARAN GURU SESI JANUARI 2020 #CARA MENYEMAK KEPUTUSAN e-GTUKAR #GURU-GURU YANG TIDAK LAYAK MEMOHON e-GTUKAR #KRITERIA UTAMA MEMPENGARUHI KELULUSAN e-GTUKAR #PANDUAN MENGISI e-GTUKAR 2020/2021 #PERMOHONAN e-GTUKAR 2020/2021 #SESI PERMOHONAN e-GTUKAR 2020/2021 #SISTEM TRAFFIC LIGHT e-GTUKAR #SYARAT-SYARAT UMUM PERMOHONAN e-GTUKAR 2020/2021

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    SEMAKAN KELAYAKAN PEKA B40 UNTUK PENERIMA BSH/BPR
    SEMAKAN KELAYAKAN PEKA B40 UNTUK PENERIMA BSH/BPR   Skim bantuan kesihatan yang pertama
    PINJAMAN PERNIAGAAN 2021(Permohonan Pembiayaan Mula Bisnes)
    PINJAMAN PERNIAGAAN 2021(Permohonan Pembiayaan Mula Bisnes)   Anda usahawan yang ingin memulakan bisnes
    APA ITU CREDIT GUARANTEE CORPORATION(CGC)?
    APA ITU CREDIT GUARANTEE CORPORATION(CGC)?   Untuk menyokong penyampaian inisiatif PRIHATIN, portal IMSME.COM.MY
    BANTUAN BAITULMAL KAMEK : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN TABUNG BAITULMAL SARAWAK
    BANTUAN BAITULMAL KAMEK : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN TABUNG BAITULMAL SARAWAK   Jika

    Leave a reply "PERMOHONAN e-GTUKAR 2020/2021"