PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN DI PORTAL GKP (gkp.hasil.gov.my)

PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN DI PORTAL GKP (gkp.hasil.gov.my)

PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN DI PORTAL GKP (gkp.hasil.gov.my)

Permohonan Geran Khas Prihatin untuk perniagaan mikro akan dibuka mulai 1 Mei 2020, demikian kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau berkata, proses permohonan akan diselaraskan dan diumumkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dalam masa terdekat.

Bermula 1 Mei 2020, kerajaan akan membuka permohonan GERAN KHAS PRIHATIN(GKP) secara atas talian melalui PORTAL GKP.Bagaimakah cara permohonan GKP?

GERAN KHAS PRIHATIN(GKP)

Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.

KADAR JUMLAH GERAN KHAS PRIHATIN

Jumlah nilai Geran Khas PRIHATIN adalah RM3,000 yang akan dibayar secara one-off.

SEMAKAN KELAYAKAN  GERAN KHAS PRIHATIN

1.Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan

2.Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:

– Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan

– Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik; dan

3.Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019; dan

4.Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat; dan

5.Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia

TARIKH PEMBAYARAN GERAN KHAS PRIHATIN

Pembayaran dijangka akan dibuat pada bulan Jun 2020.

KAEDAH BAYARAN GERAN KHAS PRIHATIN  

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif.

PERMOHONAN  GERAN KHAS PRIHATIN DI PORTAL GKP (gkp.hasil.gov.my)

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM. Permohonan secara manual tidak akan diterima.

TARIKH KEPUTUSAN PERMOHONAN

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan bermula pada minggu pertama Jun 2020.

SOAL JAWAB GERAN KHAS PRIHATIN(GKP)

Saya berdaftar dengan agensi kerajaan (contohnya SSM dan Pihak Berkuasa Tempatan) tetapi tidak berdaftar dengan LHDNM, adakah saya layak memohon Geran Khas PRIHATIN?

Layak. Pemohon hendaklah mengisikan butiran pendaftaran perniagaan di borang permohonan dalam talian semasa memohon

Tags: #GERAN KHAS PRIHATIN(GKP) #PERMOHONAN  GERAN KHAS PRIHATIN DI PORTAL GKP (gkp.hasil.gov.my) #PORTAL GKP

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    PENDAFTARAN PROGRAM SARINGAN PRIHATIN MYEG
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPENDAFTARAN PROGRAM SARINGAN PRIHATIN MYEG APA ITU PROGRAM SARINGAN PRIHATIN MYEG? Program
    STATUS PEMBAYARAN BPN 2.0 MENGIKUT BANK
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSTATUS PEMBAYARAN BPN 2.0 MENGIKUT BANK Ramai yang tengah cari maklumat tentang
    PENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK Untuk makluman, setiap permohonan rumah mampu
    RUMAH SELANGORKU:SEMAKAN PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinRUMAH SELANGORKU:SEMAKAN PERMOHONAN APA ITU RUMAH SELANGORKU Skim ini merupakan perumahan yang

    Leave a reply "PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN DI PORTAL GKP (gkp.hasil.gov.my)"