PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN SECARA ONLINE

PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN SECARA ONLINE
PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN SECARA ONLINE
Permohonan Geran Khas Prihatin untuk perniagaan mikro dan Perusahaan Kecil Sederhana  akan dibuka mulai 1 Mei 2020, proses permohonan akan diselaraskan dan diumumkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) pada laman Facebook LHDN petang tadi. Namun demikian, Portal GKP masih belum dapat dibuka.  Bermula 1 Mei 2020, kerajaan akan membuka permohonan GERAN KHAS PRIHATIN(GKP) secara atas talian melalui PORTAL GKP.

Sebelum ini, ramai yang bertanya tentang cara permohonan Geran Khas Prihatin(GKP). Terkini, anda yang layak memohon, boleh membuat  PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN SECARA ONLINE.

APA ITU GERAN KHAS PRIHATIN(GKP)

Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.

JUMLAH GERAN KHAS PRIHATIN

Jumlah Geran Khas PRIHATIN adalah RM3,000 yang akan dibayar secara one-off.

APA ITU PKPB?

SEMAKAN KELAYAKAN  GERAN KHAS PRIHATIN

Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan

Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:

– Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan

– Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik; dan

Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019; dan

Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat; dan

Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian  Kewangan Malaysia

TARIKH PEMBAYARAN GERAN KHAS PRIHATIN

Pembayaran dijangka akan dibuat pada bulan Jun 2020.

KAEDAH BAYARAN GERAN KHAS PRIHATIN  

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif.

TARIKH KEPUTUSAN PERMOHONAN

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan bermula pada minggu pertama Jun 2020.

CARA PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN SECARA ONLINE

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM. Permohonan secara manual tidak akan diterima.

ADAKAH LAYAK MEMOHON GERAN KHAS PRIHATIN JIKA TIDAK BERDAFTAR DENGAN LHDN?

“ Saya berdaftar dengan agensi kerajaan (contohnya SSM dan Pihak Berkuasa Tempatan) tetapi tidak berdaftar dengan LHDNM, adakah saya layak memohon Geran Khas PRIHATIN? “

Layak. Pemohon hendaklah mengisikan butiran pendaftaran perniagaan di borang permohonan dalam talian semasa memohon.

Jadi, jika anda berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019, maka anda boleh memohon Geran Khas Prihatin(GKP).

PERINGAT : HANYA PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN SECARA ONLINE sahaja yang dibenarkan.

 

Tags: #CARA PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN SECARA ONLINE #PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN SECARA ONLINE

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    CARA BUKA AKAUN & MOHON PINJAMAN CIMB SECARA ONLINE
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA BUKA AKAUN & MOHON PINJAMAN CIMB SECARA ONLINE CIMB Bank Bhd
    CARA YANG BETUL MEMBUANG TOPENG MUKA
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA YANG BETUL MEMBUANG TOPENG MUKA Jika anda menggunakan topeng mulut dan
    1. author

      adik lin10 months ago

      Pertanyaan Tentang”PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN”

      kedai saya secara kekongsian dengan rakan( 2 orang kongsi), dan jualan tahunan adakah boleh dikira secara asing?
      Soalan saya bermakna jualan tahunan adakah dikira separuh atau tidak.
      misalnya, jualan tahunan adalah Rm550,000.( lima ratus lima puluh ribu), kalau dikira 2 orang , bermakna
      setiap orang adalah Rm275,000. Jadi kalau kira bergitu, saya adakah dilayak untuk memohon atau tidak.
      sila baca dan balas atas soalan saya.
      terima kasih

      Reply

    Leave a reply "PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN SECARA ONLINE"