PERMOHONAN GIATMARA ONLINE/MANUAL SESI 2021 DENGAN ELAUN RM200 SEBULAN

PERMOHONAN GIATMARA ONLINE/MANUAL SESI 2021 DENGAN ELAUN RM200 SEBULAN

PERMOHONAN GIATMARA ONLINE/MANUAL SESI 2021

Berita baik kepada yang berminat,permohonan GIATMARA bagi Sesi Januari 2021 telah mula dibuka bermula September 2020.

Pelajar yang mematuhi syarat kelayakan dan sihat tubuh badan dialu-alukan untuk membuat permohonan kemasukan ke program latihan sepenuh dan separuh masa tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di GIATMARA Malaysia bagi kemasukan Julai dan Januari setiap tahun.

Berikut adalah maklumat lanjut bagi anda yang berminat untuk melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa di GIATMARA.

Baca tentang BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA 2020: CARA,BORANG PERMOHONAN & SEMAKAN BMT

APA ITU GIATMARA?

GIATMARA merupakan sebuah Pusat Latihan Teknikal dan Vokasional untuk pelajar berumur 15 tahun ke atas.

GIATMARA ditubuhkan bagi mewujudkan latihan kemahiran teknikal dan vokasional untuk golongan belia tidak kira yang berasal dari kawasan bandar mahupun luar bandar.

Ini membolehkan mereka untuk memperoleh kemahiran bagi melengkapkan diri sebelum beransur menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan yang berkemahiran teknikal.

Pelajar lepasan program ini mampu memenuhi keperluan industri dan ekonomi di seluruh negara.

PERMOHONAN GIATMARA ONLINE/MANUAL SESI 2021

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN

  • Sihat tubuh badan.
  • Boleh membaca, menulis dan minat (3M).
  • Berumur dari 15 tahun dan ke atas.
  • Berminat dengan bidang yang dipohon.
  • Tamat Tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik & Penjaga Jentera Elektrik.

Baca tentang SEKOLAH KHUSUS 2021:CARA PERMOHONAN ONLINE & PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK)

SENARAI PUSAT GIATMARA YANG DITAWARKAN

Kursus yang ditawarkan oleh GIATMARA di seluruh Malaysia adalah seperti berikut:

  • Kluster Computer Dan Networking Technology
  • Kluster Elektronik Elektronik / Mekatronik
  • Kluster Elektrikal
  • Kluster Fabrik
  • Kluster Hairdressing and Cosmetology
  • Kursus Kluster Hospitaliti
  • Kursus Kluster Kulinari
  • Kursus Kluster Mekanikal
  • Kursus Kluster Pengangkutan
  • Kluster Pembuatan
  • Kluster Creative Media
  • Kluster Senibina

Senarai sesi latihan dan Pusat GIATMARA boleh dirujuk dalam jadual DISINI

CARA BUAT PERMOHONAN GIATMARA ONLINE/MANUAL SESI 2021 DENGAN ELAUN RM200 SEBULAN

Untuk memohon kemasukan ke GIATMARA bagi sesi Januari 2021, ia boleh dibuat secara online dan manual.

Berikut adalah langkah memohon kemasukan ke GIATMARA.

  1. Permohonan GIATMARA Online
  • Untuk memohon secara online, anda boleh menggunakan Aplikasi Permohonan Online GIATMARA (GSPel).
  • Layari pautan berikut: http://giatmara.edu.my/language/ms/permohonan-online/
  • Klik ‘Borang Online’ membuat untuk permohonan secara dalam talian.
  • Klik ‘Permohonan Baru’ untuk mendaftar.
  • Jika anda merupakan alumni GIATMARA dan ingin mendaftar program lanjutan, sila hubungi GIATMARA berdekatan.
  • Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan kemaskini maklumat jika perlu.
  • Log masuk ke Sistem GSPel dan membuat semakan status permohonan dan mencetak surat-surat berkaitan.
  1. Permohonan GIATMARA Secara Manual

Jika anda mengalami masalah untuk pengisian secara dalam talian, anda boleh memohon secara manual.

Dapatkan borang permohonan di GIATMARA berhampiran atau muat turun Borang Permohonan Manual ini untuk cetakan.

Seterusnya, isikan maklumat dan sertakan sekali dokumen yang diperlukan,

Borang permohonan manual ini boleh di hantar terus kepada GIATMARA yang dipohon mengikut kursus yang ditawarkan.

Baca tentang SEKOLAH SENI MALAYSIA 2021:CARA PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH SENI

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan, sila e-mel kepada [email protected] atau hubungi pihak GIATMARA melalui saluran yang berikut:

WISMA GIATMARA

No 39, Jalan Medan Tuanku,50300 Kuala Lumpur.Malaysia

Talian telefon: 03-2691 2690

Facebook: https://www.facebook.com/MyGIATMARA/

Tags: #APA ITU GIATMARA? #CARA BUAT PERMOHONAN GIATMARA ONLINE/MANUAL SESI 2021 DENGAN ELAUN RM200 SEBULAN #PERMOHONAN GIATMARA ONLINE/MANUAL SESI 2021 DENGAN ELAUN RM200 SEBULAN #SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN #SENARAI PUSAT GIATMARA YANG DITAWARKAN

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    STATUS PEMBAYARAN BPN 2.0 MENGIKUT BANK
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSTATUS PEMBAYARAN BPN 2.0 MENGIKUT BANK Ramai yang tengah cari maklumat tentang
    PENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK Untuk makluman, setiap permohonan rumah mampu
    RUMAH SELANGORKU:SEMAKAN PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinRUMAH SELANGORKU:SEMAKAN PERMOHONAN APA ITU RUMAH SELANGORKU Skim ini merupakan perumahan yang
    KALENDAR KUDA TAHUN 2021
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinKALENDAR KUDA TAHUN 2021 APA ITU KALENDAR KUDA? Rakyat Malaysia rasanya pasti

    Leave a reply "PERMOHONAN GIATMARA ONLINE/MANUAL SESI 2021 DENGAN ELAUN RM200 SEBULAN"