PERMOHONAN GKP 3.0 RM1000:CARA MOHON GERAN KHAS PRIHATIN PEMERKASA
Jika anda usahawan mikro dan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang belum pernah membuat permohonan Geran Khas Prihatin(GKP) sebelum ini, bermula 1 April 2021, anda boleh buat permohonan baharu GKP 3.0 RM1000. Ia juga dikenali sebagai Geran Khas Priharin(GKP) PEMERKASA.
Berdasarkan maklumanPerdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa), usahawan yang layak akan menerima bantuan tunai one-off sebanyak RM1000 menerusi GKP 3.0.
Siapa yang layak GKP 4.0?
Pakej Pemerkasa telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 17 Mac 2021 yang bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia mendapani cabaran pandemik COVID-19.
Kerajaan menganggarkan GKP 3.0 ini akan memanfaatkan lebih 1 juta usahawan di seluruh Malaysia yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Jika perlukan bantuan modal perniagaan,boleh mohon Bantuan MUSA’ADAH TIJARIYAH MAIWP bermula 25 Mac sehingga 5 April 2021.
APA ITU GKP?
GKP adalah bantuan kewangan yang diberikan secara one-off kepada PKS mikro yang berkelayakan yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh negara
Berikut adalah senarai bantuan GKP yang telah dilancarkan oleh pihak kerajaan:
- GKP 1.0 – bantuan tunai one-off sebanyak RM3,000.
- GKP 2.0 – bantuan tunai one-off sebanyak RM3,000.
- GKP 3.0 – bantuan tunai one-off sebanyak RM1,000.
TARIKH PERMOHONAN GKP 3.0
Bermula 1 April sehingga 15 April 2021(15 hari)
Kepada yang ingin mohon pembiayaan mikro kredit,boleh mohon melalui BSN Micro Pemerkasa sehingga RM50,000,kadar peratus 3 % jer
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN GKP
Pemohon yang ingin memohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti:
- Pemohon bukan penerima GKP sebelum ini.
- Pemohon iaitu pemilik PKS mikro terbabit mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon masih lagi aktif menjalankan perniagaan dan perniagaan belum ditutup.
- Jumlah jualan atau perolehan tahunan perniagaan pemohon adalah kurang daripada RM300,000.
- Jumlah pekerja sepenuh masa yang ada di dalam perniagaan adalah tidak melebihi 5 orang dan tidak termasuk pemilik perniagaan.
adakah anda layak BPR TAMBAHAN PEMERKASA PLUS?
SEMAKAN SYARAT LAIN PERMOHONAN BAHARU GKP 3.0
Syarat lain yang ditetapkan adalah berdaftar dengan beberapa agensi yang berkaitan seperti:
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 28 Februari 2021.
- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 28 Februari 2021
CARA PERMOHONAN GKP 3.0 RM1000
Pemohon yang ingin membuat permohonan boleh melakukan perkara tersebut menerusi laman web https://gkp.hasil.gov.my mulai 1 April 2021
- Layari portal Geran Khas Prihatin (GKP)
- Masukkan No. Kad Pengenalan/MyKad 12 Digit (cth: 721025105313) yang telah didaftarkan dan klik butang ‘search’.
- Klik butang Permohonan Baharu untuk membuat permohon.
- Untuk Makluman Pemohon, Maklumat seperti Nama dan NoKP adalah berdasarkan Data Agensi yang diterima. Satu mesej pemberitahuan akan dipaparkan. Sila tekan OK.
- Isi Maklumat Diri ,Maklumat Pasangan (jika berkenaan) dan Maklumat Perniagaan dengan tepat.
- Klik Butang ‘Teruskan’ setelah memasukkan semua maklumat dengan tepat.
- Pengesahan Captcha – Isi Captcha dengan betul dan klik pada butang Sahkan Captcha.
- Akuan Pengesahan, pemohon hendaklah menandakan di ruang berkenaan sekiranya bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
- Setelah Permohonan Berjaya dihantar pemohon boleh untuk mendaftar pemohon diberi pilihan untuk mendaftar akaun bagi tujuan Log Masuk. Jika tidak Pemohon boleh memilih untuk Butang Tidak
CARA DAFTAR GKP 3.0
Bagi membolehkan Log Masuk dan membuat semakan permohonan.Maka pemohon GKP 3.0 perlu daftar akaun GKP
- Sila semak Nama, Nombor Kad Pengenalan seperti yang terpapar.
- Sila isi Frasa Keselamatan. Anda hany boleh masukkan huruf dan nombor sahaja. Aksara khas dan simbol tidak dibenarkan.
- Pilih lima (5) soalan keselamatan berserta jawapan anda.
- Klik Teruskan atau Kembali untuk mengubah jawapan.
- Sila buat semakan jawapan kepada soalan keselamatan seperti yang terpapar.
- Sekiranya berpuashati, klik Teruskan
- Pilih Kata Laluan untuk Log Masuk
- Sila buat Pengesahan Kata Laluan dengan menaip sekali lagi
- Sila ambil maklum bahawa kekuatan Kata Laluan adalah ditentukan oleh warna. Kata Laluan yang bagus ialah yang berwarna hijau.
- Klik Daftar
- Pendaftaran akaun GKP anda kini sudah selesai
- Anda boleh klik butang Log Masuk sekarang
CARA LOGIN GKP 3.0
- Layari direct link untuk Log Masuk Geran Khas Prihatin 3.0 di sini: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
- Masukkan ID Pengguna
- ID Pengguna ialah Nombor Kad Pengenalan / MyKad
- Pastikan ID Pengguna ialah dalam 12 digit, tanpa sempang (-)
- Contohnya, jika Nombor MyKad ialah 950303-03-5555, masukkan 950303035555
- Akan keluar paparan Frasa Keselamatan
- Jika paparan tersebut adalah sama seperti yang didaftarkan, klik Ya
- Jika paparan tersebut tidak sama, klik Tidak
- Jika anda terlupa Kata Laluan, klik Terlupa Kata Laluan
- Selepas itu, masukkan Kata Laluan
- Klik butang Log Masuk
- Selepas berjaya masuk, anda boleh mula daftar permohonan dengan klik butang Daftar GKP 3.0
- Jika sudah buat permohonan sebelum ini, anda akan dapat melihat status permohonan terkini
- Lihat maklumat untuk status permohonan seperti yang terpapar.
Bagaimana nak jadi pembekal pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada kerajaan Malaysia secara atas talian? boleh rujuk cara REGISTER EPEROLEHAN
SOALAN LAZIM
Bila tarikh permohonan GKP 3.0 PEMERKASA?
Bermula 1 April sehingga 15 April 2021(15 hari)
Adakah saya layak mohon GKP 3.0 jika saya berdaftar dengan LHDNM pada bulan Mac 2021?
Tidak layak,hanya pendaftaran dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 28 Februari 2021.
Adakah penerima GKP 1.0, 2.0 dan GKP TAMBAHAN perlu membuat permohonan?
Tidak perlu
Berapa jumlah bantuan GKP 3.0?
Bantuan one-off RM1,000
Bilakah keputusan permohonan Geran Khas Prihatin 3.0 boleh diketahui?
Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai awal Jun 2021 di portal rasmi GKP (https://gkp.hasil.gov.my). Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
Bilakah tarikh bayaran duit GKP 3.0 akan dibuat?
Pembayaran GKP 3.0 akan dilakukan pada Jun 2021. Tarikh pembayaran GKP 3.0 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Apakah yang akan terjadi sekiranya pemohon gagal mengemukakan akaun bank simpanan /semasa untuk pembayaran GKP 3.0?
Proses pembayaran akan gagal dan bayaran akan terbatal memandangkan pembayaran GKP hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank simpanan / semasa yang aktif sahaja.
Adakah semakan kelayakan GKP 3.0 akan dibuat dengan mana-mana Agensi Kerajaan?
Ya. Kerajaan akan membuat semak silang dengan beberapa Agensi Kerajaan bagi memastikan kesahihan maklumat yang dikemukakan pemohon.
Aliya baru mendaftar dan menjalankan perniagaan pada tahun 2021 (sebelum 28 Februari2021), adakah Aliya perlu melaporkan jualan bagi tahun 2020?
Jika pendaftaran perniagaan pada tahun 2021 (sebelum 28 Februari 2021), jumlah jualan yang perlu dilaporkan adalah jualan diterima pada tahun 2021 sahaja.
Ali telah mendaftar dan menjalankan perniagaan sebelum atau pada tahun 2020. Oleh itu, jualan tahun bilakah yang perlu Ali laporkan pada permohonan GKP 3.0?
Jika perniagaan yang telah didaftarkan dan beroperasi sebelum atau pada tahun 2020, jumlah jualan yang perlu dilaporkan adalah jumlah jualan bagi tahun 2020 dan 2021.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut tentang permohonan GKP 3.0 RM1000, sila hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/603-8911 1100 (Luar Negara).
Nak daftar gkp
Saya ada lesen perniagaan tapi kekurangan modal untuk meneruskan perniagaa, sekarang saya tidak ada kerja
Sy Ada ssm bole ke sy Mohon bsntuan kerajaan?
Belum pernah memohon gkp selama ni, tolonglah saya macamana cara nak isi borang , borang pun payah nak dapat, saya adalah salah saorang yang malang di dalam perniagaan tsmbahan pula diancam dengan covid 19, akan merosakan pendapatan saya.
PERMOHONAN GKP 3.0 RM1000:CARA MOHON GERAN KHAS PRIHATIN PEMERKASA
Saya ada ssm tp semenjak pkp ni pendapatan terjejas..boleh sy mojon bantuan
Nk mohon geran khas pritin pemerkasa 3.0
PERMOHONAN GKP 3.0 RM1000:CARA MOHON GERAN KHAS PRIHATIN PEMERKASA”
Belum pernah memohon, terlepas tarikh memohon
PERMOHONAN GKP 3.0 RM 1000: CARA MOHAN GERAK KHAS PERIHATIN PEMERKASA
Mn link mhu mohon gkp 3.0 y
Sy nk daftar GKP3.0 tolong dulu apa mcm cara nya
Sy ade ssm. Sy tiada modal utk start busness. Mcmmna nk dpatkn bantuan?
Betul GKP dah tutup, aduh tak sempat nak isi. Kita diam kpg ne. Sekwjab tarikhbitu, seperti tak iklas sj nak tolong
Tarkh permohon baru GKP sudah ditutup. Tidak ada cara lain untuk memohon?
SY ADA SSM. SY DARI AWAL2 TAK DPT BANTUAN GKP TAK PANDAI MOHON PERMOHONAN GKP 3.0 RM1000:CARA MOHON GERAN KHAS PRIHATIN PEMERKASA. SY MINTA TOLONG AJAR SY CARA PERMOHONAN. TAK DPT SELASAIKAN MASALA KEWANGAN SY.