PERMOHONAN HPIPT SELANGOR 2020: HADIAH PENGAJIAN IPT RM1,000

PERMOHONAN HPIPT SELANGOR 2020: HADIAH PENGAJIAN IPT RM1,000

PERMOHONAN HPIPT SELANGOR 2020

Kepada anak-anak Selangor yang melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) dialu-alukan untuk memohon Hadiah Pengajian IPT atau HPIPT berjumlah RM1,000.

APA ITU HPIPT

Hadiah IPT yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bertujuan untuk menggalakkan anak-anak Selangor untuk menyambung pengajian mereka di IPT terutamanya bagi keluarga yang berpendapatan rendah.

Menerusi HPIPT ini, anak-anak Selangor yang melanjutkan pengajian ke IPT sama ada pusat pengajian tinggi awam atau swasta yang diiktiraf kerajaan dari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah layak memohon.

Setiap pemohonan hanya layak dibayar sekali sepanjang pengajian, sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma atau Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja.

TARIKH BUKA/TUTUP PERMOHONAN HPIPT SELANGOR 2020

Permohonan HIPT dibuka kepada ana-anak Selangor mulai 3 Ogos hingga 4 September 2020 secara online.

PERMOHONAN HPIPT SELANGOR 2020

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN HPIPT

Permohonan HIPT tertakluk kepada beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan iaitu:

  • Warganegara Malaysia yang lahir di Negeri Selangor atau telah bermastautin melebihi 11 tahun di Negeri Selangor.
  • Pemohon telah ditawarkan pengajian sepenuh masa di IPTA/IPTS bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda, Diploma, atau Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja.
  • Pemohon adalah pelajar tahun pertama.
  • Pemohon mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Jumlah pendapatan isi rumah adalah RM5,000 ke bawah.

CARA PERMOHONAN HPIPT SELANGOR 2020

Pemohon yang ingin memohon HIPT boleh mengikuti langkah-langkah membuat permohonan seperti berikut:

  • Layari laman web https://hpipt.selangor.gov.my/.
  • Klik bahagian ‘Permohonan HIPT.’
  • Klik butang ‘Daftar Baharu.’
  • Isi semua maklumat yang diperlukan dan tandakan syarat-syarat kelayakan di kotak yang disediakan.
  • Setelah selesai mengisi maklumat dan menanda kesemua syarat-syarat kelayakan serta bersetuju dengan syarat, terma, dan polisi sistem tersebut, klik butang ‘Daftar Akaun Baharu.’
  • Kemudian, log in dengan memasukkan no. kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.

Anda juga layak mohon INISIATIF RODA DARUL EHSAN RiDE 2020 untuk buat lesen motosikal sebanyak RM350

DOKUMEN DIPERLUKAN

Setelah berjaya log in, sila muat naik dokumen yang diperlukan iaitu:

i) Sijil kelahiran pemohon.

ii) Kad pengenalan pemohon.

iiI) Surat pengesahan permastautin pemohon.

iv) Surat tawaran daripada IPT pemohon.

v) Sijil berhenti sekolah pemohon.

vi) Slip gaji atau penyata pendapatan pemohon.

vii) Surat perakuan pendapatan ibu dan bapa/penjaga pemohon (jika bekerja sendiri/tidak bekerja/bersara) dengan pengesahan ADUN/Penghulu/Pengerusi JKKK/Ketua Kampung/Pengerusi Persatuan Penduduk/Ketua Blok/Pengerusi KRT.

viii) Kad pesara dan penyata bayaran pencen terkini ibu dan bapa/penjaga pemohon (jika pesara kerajaan)

ix) Salinan penyata akaun bank pemohon.

Klik butang ‘Hantar Kepada Urusetia.’

Kemudian, klik bahagian ‘Cetak Permohonan’ untuk mencetak borang permohonan.

Borang permohonan yang telah lengkap beserta lampiran dokumen hendaklah dikemukakan kepada urus setia melalui serahan tangan atau pos di alamat seperti berikut:

Urus Setia Hadiah Pengajian IPT

Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S.,

40503 Shah Alam.

CARA PENERIMAAN BAYARAN HPIPT

Hanya permohonan yang menepati syarat dan lengkap sahaja yang layak dipertimbangkan untuk proses bayaran.

SEMAKAN BAYARAN HPIPT 2020

Pembayaran hadiah berjumlah RM1,000 akan dikreditkan ke dalam nombor akaun bank yang telah dinyatakan di dalam permohonan.

Oleh itu, pemohon dikehendaki menyemak status pembayaran 1 bulan daripada tarikh penghantaran borang permohonan kepada pihak urus setia.

Semakan status pembayaran boleh dilakukan melalui portal HIPT.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Pemohon yang ingin mengajukan pertanyaan kepada pihak urus setia HIPT boleh menghubungi di talian 03-5544 7385/03-5521 2306.

Selain itu, pemohon juga boleh melayari portal HIPT iaitu https://hpipt.selangor.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

Tags: #APA ITU HPIPT #CARA PERMOHONAN HPIPT SELANGOR 2020 #PERMOHONAN HPIPT SELANGOR 2020 #SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN HPIPT #TARIKH BUKA/TUTUP PERMOHONAN HPIPT SELANGOR 2020

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE
    PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE   Maklumat terkini tentang
    iSEJAHTERA (CARA DAFTAR,KEMASKINI & SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN)
    iSEJAHTERA (CARA DAFTAR,KEMASKINI & SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN)   APA ITU SISTEM iSEJAHTERA
    CARA MASUK ATAU KELUAR NEGERI SARAWAK & SABAH (TERKINI & SEMASA PKPB/PPN)
    CARA MASUK ATAU KELUAR NEGERI SARAWAK & SABAH (TERKINI & SEMASA PKPB/PPN) Jika
    CUTI MALAYSIA PENJAWAT AWAM:CARA BUAT TEMPAHAN & SENARAI PAKEJ
    CUTI MALAYSIA PENJAWAT AWAM:CARA BUAT TEMPAHAN & SENARAI PAKEJ   Tourism Malaysia hari

    Leave a reply "PERMOHONAN HPIPT SELANGOR 2020: HADIAH PENGAJIAN IPT RM1,000"