PERMOHONAN i-SINAR BERMULA 21 DISEMBER 2020
Ahli KWSP yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon program i-Sinar bermula pertengahan Disember ini.
KWSP dalam satu kenyataan hari ini berkata pembayaran pertama akan bermula sebulan selepas permohonan diluluskan.
KWSP akan mengumumkan perincian i-Sinar pada Rabu(2 Disember 2020).
TERKINI: Sila buat SEMAKAN i-SINAR KATEGORI 1 ATAU 2 (perincian KWSP terbaru)
Perincian ini merangkumi kriteria kelayakan ahli yang pendapatannya terkesan, termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan gaji.
SOALAN LAZIM PERMOHONAN i-SINAR
Bagaimana cara untuk mohon i-SINAR?
Ahli boleh mohon guna i-Akaun KWSP atau portal i-Sinar
Adakah dibenarkan pengeluaran one-off RM10,000?
Tidak, pengeluaran secara berperingkat.
Adakah boleh keluarkan duit daripada akaun 1 jika baki kurang daripada RM10,000?
Ahli boleh keluarkan duit daripada akaun 1 walaupun tidak mencukupi RM10,000
Adakah semua ahli layak buat permohonan?
Ahli yang terjejas pendapatan ekoran pendamik Covid-19.
Apakah dokumen yang diperlukan untuk buktikan pendapatan terjejas?
Tunjukkan bukti mengenai kehilangan pekerjaan, notis cuti tanpa gaji, potongan gaji, elaun atau OT (elaun kerja lebih masa) atau pengurangan pendapatan jika bekerja sendiri.
Bilakah pihak KWSP akan maklumkan perincian dan syarat rasmi pengeluaran i-Sinar?
Pada hari Rabu (2 Disember 2020)
Apa yang perlu ahli lakukan sekarang ?
Sila kemaskini maklumat i-Akaun KWSP seperti maklumat diri,pekerjaan,pendapatan,nombor telefon dan nombor akaun bank yang aktif.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika ada pertayaan tentang i-Sinar, sila hubungi pihak KWSP di talian 03-8922 6000 atau melayari https://www.kwsp.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Tags: #PERMOHONAN i-SINAR #PERMOHONAN i-SINAR BERMULA PERTENGAHAN DISEMBER 2020