PERMOHONAN IPG ONLINE PISMP 2021 BAGI LEPASAN SPM

PERMOHONAN IPG ONLINE PISMP 2021 BAGI LEPASAN SPM

PERMOHONAN IPG ONLINE PISMP

Kepada calon lepasan SPM yang berminat melanjutkan pengajian dalam bidang perguruan  dan memilih kerjaya sebagai guru,boleh buat permohonan IPG online Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) fasa kedua akan dibuka mulai 15 Mac hingga 15 April 2021.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Dengan Kepujian Ambilan Fasa 2 Tahun 2020 bagi memenuhi beberapa keperluan bidang di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Ia adalah tawaran yang baik untuk calon lepasan SPM yang ingin mejadi guru dalam bidang pengkhususan masing-masing!

APA ITU INSTITUT PENDIDIKAN GURU KPM?

Jemaah Menteri telah meluluskan 27 buah Maktab Perguruan di Malaysia dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) pada 13 Julai 2005.

Daripada institusi yang hanya mengeluarkan graduan bertaraf diploma dan sijil, kini institusi ini telah mendapat mandat yang melayakkannya menganugerahkan ijazah Sarjana Muda Perguruan.

Implikasi naik taraf ini menjadikan IPG sebuah institusi pendidikan tinggi yang bertaraf universiti. Selaras dengan perubahan taraf tersebut, IPG telah melaksanakan program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Graduan sulung IPG telah pun menamatkan pengajian mereka dan menerima ijazah Sarjana Muda Perguruan pada tahun 2011.

IPGM dan IPG telah diberi mandat untuk melaksanakan Program Pendidikan Keguruan Praperkhidmatan dan dalam Perkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996.

Senat telah diwujudkan bagi membuat keputusan mengenai dasar-dasar akademik.

Selain itu IPGM juga bertanggungjawab merancang dan memantau Perkhidmatan Pendidikan Keguruan (PPK) yang dilaksanakan oleh IPG.

APA ITU PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)?

Program ini bertujuan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

Pemohon perlu mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.

Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberi Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun di IPG yang ditetapkan oleh KPM.

PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara mod sepenuh masa.

PERMOHONAN IPG ONLINE PISMP

TARIKH BUKA/TUTUP PERMOHONAN IPG ONLINE PISMP 2021

Permohonan IPG Online (PISMP) dibuka mulai 15 Mac 2021 hingga 15 April 2021 (11.59 malam)

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN ASAS PERMOHONAN IPG ONLINE PISMP 2021

Berikut merupakan syarat kelayakan asas yang diperlukan:

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2021 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2001.
  • Sihat tubuh badan.
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Memperoleh gred cemerlang sekurang-kurangnya lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian bagi tiga (3) mata pelajaran berikut: BM, Sejarah dan BI
  • Menenuhi syarat-syarat bidang pengkhususan*

*Syarat-syarat bidang pengkhususan untuk permohonan IPG online boleh dilihat di Lampiran ini.

CARA PERMOHONAN IPG ONLINE PISMP 2021

  1. Layari Laman Sesawang PISMP

Permohonan khas PISMP hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang di alamat: https://pismp.moe.gov.my mulai 15 Mac 2021.

Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat-syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.

  1. Sila Rujuk Panduan Permohonan IPG Online 2021

Sebelum membuat permohonan, sila baca maklumat iklan selengkapnya.

Pemohon juga dinasihatkan untuk merujuk Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), Panduan Penyediaan Video Pengajaran, syarat bidang kalendar aktiviti (Lampiran B)

  1. Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

Pemohon yang terpilih mesti menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan menyediakan rakaman video pengajaran.

Panduan penyediaan rakaman video pengajaran disediakan untuk rujukan pemohon.

  1. Kemaskini Maklumat Permohonan

Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU sahaja permohonan dan pemohon boleh mengemaskini pada bila-bila masa sehingga tarikh permohonan ditutup.

  1. Sila Hantar & Sahkan Permohonan

Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.

Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.

Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

PROSEDUR PERMOHONAN IPG ONLINE PISMP 2021

Berikut adalah ringkasan prosedur kemasukan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) IPG KPM.

PERMOHONAN IPG ONLINE PISMP

CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON IPG ONLINE PISMP 2021

Berikut adalah calon yang tidak layak memohon:

  • Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan KPM.
  • Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  • Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan dari program.
  • Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika perlukan maklumat yang lebih terperinci mengenai permohonan IPG online PISMP,sila hubungi nombor telefon berikut:

03-8312 6768/6693/6731/6769

Alamat surat-menyurat:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA,KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,ARAS 1-3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1,63000 CYBERJAYA, SELANGOR

(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Pusat Hal Ehwal Pelajar)

Sila dapatkan info terkini tentang permohonan IPG online melalui Facebook Institut Pendidikan Guru KPM – Rasmi.

Layari https://ipg.edu.my/pismp untuk info lanjut

Tags: #CARA PERMOHONAN IPG ONLINE PISMP 2021 #PERMOHONAN IPG ONLINE PISMP #PROSEDUR PERMOHONAN IPG ONLINE PISMP 2021 #SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN ASAS PERMOHONAN IPG ONLINE PISMP 2021 #TARIKH BUKA/TUTUP PERMOHONAN IPG ONLINE PISMP 2021 #Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    No related post!

    Leave a reply "PERMOHONAN IPG ONLINE PISMP 2021 BAGI LEPASAN SPM"