JADUAL TARIKH GAJI PENJAWAT AWAM 2024(ANM)

JADUAL TARIKH GAJI PENJAWAT AWAM 2024(ANM)

JADUAL GAJI PENJAWAT AWAM

Bila tarikh pembayaran gaji bulanan tahun  2023 bagi penajwat awam/kerajaan?Bagi memudahkan anda,sila rujuk jadual gaji penjawat awam. Mereka yang bekerja pasti mengharapkan upah atau gaji pendapatan hasil bekerja.

Disini kami akan kongsikan lampiran jadual pembayaran gaji atau emolumen bulanan kakitangan awam / penjawat awam bagi tahun 2023 mengikut tarikh gaji sepertimana yang telah ditetapkan dalam surat pekeliling Akauntan Negara Malaysia

Jadual pembayaran gaji penjawat awam bagi tahun 2023 yang disertakan ini adalah rasmi berdasarkan rujukan terhadap surat pekeliling tarikh dan peraturan pembayaran gaji terkini yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)

 

TUJUAN PENYEDIAAN JADUAL GAJI PENJAWAT AWAM

Umum sedia maklum bahawa jadual bayaran gaji bulanan yang dikeluarkan setiap tahun telah memudahkan Penjawat Awam atau Kakitangan Awam (pekerja sektor awam) merancang serta menguruskan perbelanjaan isi rumah mahupun kewangan peribadi dengan lebih teratur dan berhemah

 

TARIKH PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM 2023

Berikut dikongsikan jadual pembayaran gaji bagi tahun 2023 bulanan kakitangan kerajaan sektor perkhidmatan awam termasuklah tarikh dan hari pembayaran dibuat:

BulanTarikhHariCatatan
Januari17.01.2023SelasaTahun Baru Cina 22 & 23 Januari 2023 (Ahad & Isnin)
Februari24.02.2023Jumaat
Mac24.03.2023Jumaat
April17.04.2023IsninHari Raya Puasa : 22 & 23 April 2023 (Sabtu &Ahad)
Mei25.05.2023KhamisHari Pesta Kaamatan

30 & 31 Mei 2023 (Selasa & Rabu)

Jun23.06.2023JumaatHari Gawai : 1 & 2 Jun 2023 (Khamis & Jumaat)

Hari Raya Haji: 29 & 30 Jun 2023 (Khamis & Jumaat)

Julai25.07.2023Selasa
Ogos25.08.2023Jumaat
September25.09.2023Isnin
Oktober25.10.2023Rabu
November24.11.2023JumaatHari Deepavali

12 November 2023 (Ahad)

Disember19.12.2023SelasaHari Krismas 25 Disember 2023 (Isnin)

 

TARIKH PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM 2024

Berikut dikongsikan jadual pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2024 kakitangan kerajaan sektor perkhidmatan awam termasuklah tarikh dan hari pembayaran dibuat:

BulanTarikhHariCatatan
Januari24.01.2024RabuHari Thaipusam – 25 Januari 2024 (Khamis)
Februari23.02.2024JumaatTahun Baru Cina – 10 & 11 Februari 2024 – (Sabtu & Ahad)
Mac25.03.2024Isnin
April25.04.2024KhamisHari Raya Puasa – 10 & 11 April 2024 (Rabu & Khamis)
Mei24.05.2024JumaatHari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2024 (Khamis & Jumaat)
Jun13.06.2024KhamisHari Gawai – 1 & 2 Jun 2024 (Sabtu & Ahad)

Hari Raya Haji 17 & 18 Jun 2024 (Isnin & Selasa)

Julai19.07.2024Jumaat
Ogos23.08.2024Jumaat
September25.09.2024Rabu
Oktober24.10.2024KhamisHari Deepavali – 31 Oktober 2024 (Khamis)
November25.11.2024Isnin
Disember19.12.2024KhamisHari Krismas – 25 Disember 2024 (Rabu)

 

CARA SEMAK & MUAT TURUN PENYATA GAJI

Kepada penjawat awam yang ingin menyemak dan emmuat turun penyata gaji, berikut adlaah merupakan caranya:

  1. Layari pautan ePenyata Gaji dan Laporan (eSPGL) JANM https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/
  2. Log masuk menggunakan no Kad Pengenalan dan Kata laluan anda
  3. Pada bahagian Penyata gaji, klik pada Sendiri
  4. Pilih pada Tahun dan Bulan yang anda inginkan dan klik Cari
  5. Kemudian pada Bahagian Penyata Gaji, klik pada pautan warna biru untu memuat turun penyata tersebut.
  6. Selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lengkap berhubung dengan Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Gaji bulanan bagi tahun 2021 boleh rujuk melalui judul pautan surat pekeliling Akautan Negara Malaysia Jadual Gaji 2023 yang disertakan di di portal rasmi Jabatan Akaunatan Negara Malaysia 

 

ARTIKEL LAIN

ePenyata Gaji ANM :SEMAKAN SLIP GAJI/PAYSLIP

2 thoughts on “JADUAL TARIKH GAJI PENJAWAT AWAM 2024(ANM)”

  1. Saya berharap semoga jawatan penyelia/pembanci sambilan banci penduduk dan perumahan Malaysia 2020 diterimah kerana saya yakin dapat melakukan kerja yang baik,jujur dan bertanggungjawab..

    Balas

Leave a Comment