CARA BAYAR KOMPAUN PARKING ASSESSMENT BILL DBKK (Contact Number)

CARA BAYAR KOMPAUN PARKING ASSESSMENT BILL DBKK (Contact Number)

DBKK

Kepada anda yang mempunyai saman kompaun Dewan Bandara Kota Kinabalu (DBKK), anda kini boleh membuat pembayaran secara online. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat pembayaran menerusi eServices, semoga membantu.

 

APA ITU DBKK eSERVICES

DBKK eServices adalah portal perkhidmatan dalam talian untuk pelanggan Dewan Bandara Kota Kinabalu. Ini adalah kemudahan bagi pelanggan Dewan Bandara Kota Kinabalu untuk melakukan transaksi berikut secara dalam talian:

  • Semak dan bayar Bil Cukai Kadaran
  • Semak dan memperbaharui Lesen
  • Semak dan bayar Kompaun

 

KELAYAKAN DBKK eSERVICES

Perkhidmatan ini terbuka kepada SEMUA pelanggan Dewan Bandara Kota Kinabalu seperti berikut;

  • Pemilik Hartanah/Pembayar Cukai Pintu
  • Peniaga / Pemilik Lesen
  • Orang Awam (Kompaun)

 

SENARAI TAWARAN KOMPAUN DBKK

Berikut adalah merupakan antara tawaran yang disediakan bagi satu kompaun iaitu:

  • Dalam tempoh 30 hari: RM30
  • Selepas 30 Hari: RM50
  • Selepas 60 Hari: RM100

 

CARA BAYAR KOMPAUN PARKING DBKK

Terdapat juga beberapa cara untuk membuat pembayaran kompaun parking Dewan Bandara Kota Kinabalu ini iaitu:

Guna DBKK eServices

  1. Layari pautan Dewan Bandara Kota Kinabalu eServices
  2. Pada ruangan Listing, pilih daripada senarai yang tersedia sama ada:
    • No Kenderaan
    • No Kompaun
    • No kad pengenalan
  3. Kemudian masukkan maklumat berkaitan daripada senarai listing yang anda pilih dan klik pada Find
  4. Senarai kompaun anda akan tertera, klik pada PAY untuk membuat pembayaran
  5. Ikuti proses pembayaran sehingga selesai.

Guna SabahPay

  1. Install dan buka aplikasi SabahPay di telefon anda
  2. Log masuk ke akaun anda
  3. Pada menu utama klik pada Payments
  4. Seterusnya klik pada Local Authority dan pilih Dewan Bandara Kota Kinabalu
  5. Kemudian klik pada Compaun dan masukkan no kompaun datu scan QR code pada resit kompaun tersebut. (Saman anda hanya dapat dikemaskini dalam masa 1 minggu)
  6. Kemudian klik pada payment dan ikuti proses pembayaran sehingga selesai

 

NO HOTLINE DBKK

Makluman pertukaran nombor telefon Hotline Aduan rasmi Dewan Bandara Kota Kinabalu. Nombor yang baharu ialah 088-313991

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai bayar kompaun Parking DBKK, anda boleh melayari portal rasmi Dewan Bandara Kota Kinabalu

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment