PERMOHONAN MyUPU 2020

PERMOHONAN MyUPU 2020

PERMOHONAN MyUPU 2020


PERMOHONAN MyUPU 2020

Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) Kementerian Pendidikan Malaysian (KPM) melancarkan MyUPU iaitu sebuah portal permohonan bersepadu terbaharu untuk kemasukan ke semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).

CIRI-CIRI MyUPU

1. Permohonan tunggal bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)  melanjutkan pengajian ke semua IPT dalam negara ke peringkat sarjana muda, asasi, diploma dan sijil mulai sesi akademik 2020/2021.

 

2.Sistem ini termasuklah permohonan ke  Universiti Awam, Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

3.Permohonan ke semua IPT dibuat menerusi konsep ‘single window, single offer’.

KEBAIKAN SISTEM MyUPU

1.Tiada lagi tawaran bertindih diterima mana-mana pemohon berikutan tahun lalu sebanyak 10,000 tempat ke IPT tidak diisi berikutan ramai pemohon menerima tawaran bertindih.

2. Elakkan daripada pemohon yang tidak menerima tawaran langsung.Terdapat 135,000 kapasiti atau peluang melanjutkan pelajaran ke semua IPT tahun ini dan diharap kesemua tempat itu diisi tanpa tempat yang dibazirkan.

3.Pelajar hanya perlu membuat satu permohonan untuk melanjutkan pelajaran di dalam satu portal tunggal sekali gus memberi peluang kepada lebih ramai pemohon melanjutkan pelajaran

4.Meningkatkan kecekapan dan memaksimumkan penempatan pelajar ke dalam program pengajian pilihan pelajar.

5.Permohonan mula dibuka pada 24 Februari sehingga 31 Mac (bagi lepasan SPM)dan 24 Februari sehingga 7 April (bagi lepasan STPM/setaraf) yang boleh dikemukakan secara dalam talian menerusi MyUPU

PROGRAM JOM MASUK IPT 2020

1.Program Jom Masuk IPT 2020 diadakan di lapan lokasi seluruh negara.

2.Sistem ini termasuklah permohonan ke  Universiti Awam, Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

3. Bermula di Johor, program ini akan menjelajah ke Pahang, Kedah, Sabah, Perak, Terengganu, Sarawak dan terakhir di Serdang, Selangor

4.Ia bermula pada 15 Februari dan berakhir pada 20 Februari 2020.

4.KPM menyasarkan kehadiran seramai 230,000 pelajar di kesemua lapan lokasi yang akan memamerkan 100 booth membabitkan 75 wakil termasuk 20 UA,Kolej Matrikulasi selain universiti swasta seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut tentang PERMOHONAN MyUPU 2020, layari portal MyUPU

Tags: #2020 #Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) #Institut Pendidikan Guru (IPG) #Institut Pengajian Tinggi (IPT) #KOLEJ KOMUNITI #Kolej Matrikulasi #MyUPU #PERMOHONAN MyUPU #POLITEKNIK

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500 APA ITU BANTUAN ZAKAT
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN Sebelum ini
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB) Jika anda ingin membuat penstrukturan semula kewangan ekoran
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinDAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021   Kerajaan negeri Terengganu telah

    Leave a reply "PERMOHONAN MyUPU 2020"