PERMOHONAN PERGERAKAN ANTARA NEGERI GUNA APLIKASI GERAK MALAYSIA
Jika anda ingin melakukan pergerakan antara negeri, terutamanya dari kampung halaman ke bandar, anda boleh mula buat permohonan menggunakan aplikasi Gerak Malaysia pada 25 April 2020. Permohonan ini boleh dilakukan dengan menggunakan dua kaedah iaitu melalui aplikasi Gerak Malaysia atau permohonan di Balai Polis bagi yang tiada telefon pintar dengan syarat membuat temu janji terlebih dahulu dengan pihak balai polis berkenaan.
APA ITU APLIKASI GERAK MALAYSIA
Aplikasi Gerak Malaysia dilancarkan oleh SKMM minggu lalu dan pihak MKN mengiktiraf penggunaan aplikasi ini untuk urusan rasmi kerajaan. GERAK Malaysia sebelum ini telah disenaraikan di kedai aplikasi Android dan iOS. Aplikasi Gerak Malaysia dibangunkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
TERKINI TARIKH PEMBAYARAN BPN FASA 2
Untuk makluman, SKMM telah pun menerbitkan aplikasi baru untuk pengguna tempatan dinamakan GERAK Malaysia dalam usaha untuk membuat pengesanan kontak.
MUAT TURUN APLIKASI GERAK MALAYSIA
Sila muat turun aplikasi disini.
Pengguna Apple Appstore dan Pengguna Google Playstore.
CARA DAFTAR APLIKASI GERAK MALAYSIA
Untuk pendaftaran, aplikasi ini menggunakan nombor telefon – dan meminta maklumas seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat dan juga emel. Tiada proses log masuk, sebaliknya ia menggunakan integrasi OTP dan juga nombor telefon. Daripada ujian kami sendiri, aplikasi ini meminta akses untuk lokasi, sekaligus akan digunakan dalam memantau perjalanan seseorang – sekaligus memudahkan proses pihak berkuasa mengetahui perjalanan seseorang sekiranya didapati positif Covid-19.
JANGAN LUPA : SEMAKAN STATUS GERAK MALAYSIA
Aplikasi GERAK MALAYSIA versi Android turut memaparkan notifikasi integrasi Lotadata, yang mana salah satu platform kecerdasan buatan berkaitan pergerakan dan aktiviti orang ramai.
SKMM sendiri menyatakan yang mana aplikasi ini akan sentiasa mengumpul data lokasi anda, dan akan merekodkan kesemua lokasi dimana anda telah berada.
Jika anda peniaga, PKS, Syarikat Mikro, jangan lupa buat permohonan GKP RM3000 UNTUK PERNIAGAAN MIKRO & PKS
CARA PERMOHONAN PERGERAKAN ANTARA NEGERI GUNA APLIKASI GERAK MALAYSIA
PERMOHONAN GUNA APLIKASI GERAK MALAYSIA
1.Muat turun Aplikasi GerakMalaysia
2.Isi maklumat dan butiran perjalanan anda
BACA : CARA PENGISIAN ALAMAT RESIDENTIAL ADDRESS APLIKASI GERAK MALAYSIA
PERMOHONAN MANUAL DI BALAI POLIS
1.Anda perlu hubungi balai polis berdekatan untuk membuat temujanji terlebih dahulu.
2.Hadir ke balai polis mengikut tarikh temujanji yang diberi dan memohon kebenaran pulang ke rumah sendiri.
BACA : DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA KE BALAI POLIS BAGI PERMOHONAN RENTAS NEGERI
TEMPOH KELULUSAN PERMOHONAN PERGERAKAN ANTARA NEGERI GUNA APLIKASI GERAK MALAYSIA
Tempoh diambil untuk permohonan akan diluluskan masih belum diketahui tetapi sekurang-kurangnya terdapat mekanisme untuk orang ramai untuk memohon pulang ke kampung dengan Ramadan akan bermula beberapa hari sahaja lagi.
Keputusan muktamad hanya akan dikeluarkan selepas 1 Mei setelah mendapat kelulusan MKN atas nasihat KKM. Buat masa ini, kerajaan tidak memberi sebarang jaminan (mengenai) pergerakan memandangkan kita menunggu laporan (daripada pendaftaran) yang akan bermula 25 April ini.
Waktu itu (25 April) nanti kita boleh tengok seramai mana orang yang mahu pulang. Kemudian baru kita boleh merancang dan mengenakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Kita akan kaji dahulu buruk dan baiknya dan lebih penting kita kena dapatkan nasihat KKM.
KEMASKINI & SEMAKAN STATUS LULUS /GAGAL PERMOHONAN GERAK MALAYSIA
Cara kemaskini dan semakan status kelulusan permohonan gerak Malaysia disini.
Tags: #APA ITU APLIKASI GERAK MALAYSIA #CARA DAFTAR APLIKASI GERAK MALAYSIA #CARA PERMOHONAN PERGERAKAN ANTARA NEGERI GUNA APLIKASI GERAK MALAYSIA #MUAT TURUN APLIKASI GERAK MALAYSIA #TEMPOH KELULUSAN PERMOHONAN PERGERAKAN ANTARA NEGERI GUNA APLIKASI GERAK MALAYSIA
Maya3 tahun ago
Alamat kediaman tu tempat kita tinggal sekarang ke? Atau alamat kita dekat bandar?
Nana3 tahun ago
Alamat tu..almat sekarg atu almt destinasi y kte nk tuju
Palanyraj Naicker3 tahun ago
Dua orang anak saya sekarang berada di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Saya berapa di Kuala Lumpur. Adakah saya dibenarkan untuk memandu ke bukit mertajam, dan balik ke Kuala Lumpur dengan anak-anak saya?
Terima kasih
Amidah3 tahun ago
Alamat tu mcm mna yerr.. alamat tmpt terkandas ke?
Sabrina3 tahun ago
Yang memohon itu untuk seorang sahaja atau termasuk untuk anak-anak sekali? Sebab saya telah mohon tetapi anak-anak saya perlu mohon juga ke?
Nurul hidayah johari3 tahun ago
Alamat tempat kitaa terkandas atau alamat yg dituju
Zaharudin bin ab azir3 tahun ago
Aslmlkm kenapa dekat alamat tu x tulis tempat tekandas saya dah tersalah isi alamat kat tempat asal saya, cara borang kat gerak malaysia ni membingungkan lepas tu kenapa dah update kawasan masih x dpt QR? Saya sangkut dari seremban dan nk balik ke melaka tempat tinggal saya