PERMOHONAN PISMP IPG FASA 2 2020

PERMOHONAN PISMP IPG FASA 2 2020

PISMP IPG FASA 2 2020

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Dengan Kepujian Ambilan Fasa 2 Tahun 2020.

Tawaran ini  bagi memenuhi beberapa keperluan bidang di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Permohonan ini mula dibuka pada 6 Julai 2020 sehingga 12 Julai 2020. Ini bermakna tarikh tutup permohonan adalah pada 13 Julai 2020.

Sebelum anda membuat permohonan, sila semak syarat utama ataupun syarat kelayakan untuk membuat permohonan ini.

PISMP IPG FASA 2 2020

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PISMP 2020

Syarat yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:

  • Umur haruslah tidak melebihi 20 tahun pada 30 jun 2020.
  • SPM lulus dengan cemerlang dalam mana-mana 5 mata pelajaran.
  • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah.
  • Haruslah memenuhi syarat khusus bidang yang dipohon.

Permohonan Online PISMP Fasa 2: Kemasukan ke IPG

CARA MEMBUAT PERMOHONAN PISMP IPG FASA 2 2020

Anda boleh membuat permohonan dengan melayari laman web: https://pismp.moe.gov.my

Untuk melihat syarat khusus layari https://pismp.moe.gov.my/khusus_bidang.cfm

Soalan Lazim PISMP 2020

Nak tanya, jika dah terima tawaran kemasukan ke tingkatan 6, adakah masih boleh membuat permohonan IPG ini?

Boleh.

Ini cara untuk buat SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN TINGKATAN 6 2020

Adakah nombor pin diperlukan untuk membuat permohonan fasa 2 ini?

Tidak perlu.

Jika saya pernah menolak permohonan kemasukan ke Universiti, adakah masih boleh membuat permohonan ini?

Boleh.

Saya pernah mohon PISMP tempoh hari. Akan tetapi gagal pada bahagian temuduga. Adakah saya masih dibolehkan untuk membuat permohonan?

Ya. Boleh.

Saya sedang menunggu keputusan UPU. Boleh mohon tak?

Boleh.

Bilakah permohonan ini dibuka?

Permohonan dibuka pada 6 Julai 2020.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia

Alamat : Aras 1-3, Blok 2250,Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya

Hubungi  +603-8312 6666

fax      +603-8312 6655

email  admin.ipgm[at]ipgm.edu.my

Tags: #CARA MEMBUAT PERMOHONAN PISMP IPG FASA 2 2020 #PERMOHONAN PISMP IPG FASA 2 2020 #SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PISMP 2020

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    SEMAKAN KELAYAKAN PEKA B40 UNTUK PENERIMA BSH/BPR
    SEMAKAN KELAYAKAN PEKA B40 UNTUK PENERIMA BSH/BPR   Skim bantuan kesihatan yang pertama
    PINJAMAN PERNIAGAAN 2021(Permohonan Pembiayaan Mula Bisnes)
    PINJAMAN PERNIAGAAN 2021(Permohonan Pembiayaan Mula Bisnes)   Anda usahawan yang ingin memulakan bisnes
    APA ITU CREDIT GUARANTEE CORPORATION(CGC)?
    APA ITU CREDIT GUARANTEE CORPORATION(CGC)?   Untuk menyokong penyampaian inisiatif PRIHATIN, portal IMSME.COM.MY
    BANTUAN BAITULMAL KAMEK : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN TABUNG BAITULMAL SARAWAK
    BANTUAN BAITULMAL KAMEK : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN TABUNG BAITULMAL SARAWAK   Jika
    1. author

      fatin1 year ago

      macam mana nak semak keputusan ipg fasa 2 tahun 2020

      Reply

    Leave a reply "PERMOHONAN PISMP IPG FASA 2 2020"