HIBAH AMANAH TH (Cara Buat Permohonan Kos Dokumen)

HIBAH AMANAH TH (Cara Buat Permohonan Kos Dokumen)

HIBAH AMANAH TH

Kepada pendeposit tabung Haji yang yang membuat hibah amanah, kini anda boleh membuat permohonan melalui  Hibah Amanah Tabung Haji yang merupakan perkhidmatan pengurusan harta yang disediakan oleh Tabung Haji. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan beserta kos yang terlibat, semoga membantu.

 

APA ITU HIBAH AMANAH TH

Hibah Amanah TH merupakan pemberian harta Hibah Amanah daripada akaun simpanan TH oleh Pemberi Hibah Amanah (pendeposit TH) semasa hidupnya kepada Penerima Hibah Amanah atas dasar kasih sayang, secara sukarela tanpa paksaan dan, tanpa mengenakan sebarang balasan serta berlakunya ijab qabul antara Pemberi Hibah Amanah dan Penerima Hibah Amanah.

Harta Hibah Amanah ini akan dipegang oleh Pemberi Hibah Amanah yang bertindak sebagai Pemegang Amanah dan akan diserah milik kepada Penerima Hibah Amanah selepas kematian Pemberi Hibah Amanah dan / atau kepada waris Penerima Hibah Amanah sekiranya Penerima Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu.

 

RUKUN HIBAH

Berikut adalah merupakan antara rukun Hibah:

  • Pemberi hibah (Wahib)
  • Penerima hibah (Mawhub lahu)
  • Harta yang dihibahkan (Mawhub)
  • Sighah (Ijab dan Qabul)
  • Penerimaan hibah (Qabd)

 

SYARAT KELAYAKAN HIBAH AMANAH TH

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan Hibah yang telah ditetapkan kepada pendeposit TH iaitu:

  • Pemberi Hibah
    • Pendeposit TH yang mempunyai Akaun Dewasa.
    • Berumur 18 tahun dan ke atas.
    • Tertakluk kepada terma dan syarat di bawah Surat Ikatan Hibah Amanah dan Surat Kuasa Wakil.
  • Penerima Hibah
    • Warganegara Malaysia atau bukan warganegara Malaysia.
    • Beragama Islam atau bukan beragama Islam.
    • Waras (sekiranya tidak waras, Pemberi Hibah Amanah hendaklah melantik Penjaga Sah).
    • Tiada had umur (sekiranya Penerima Hibah Amanah berumur di bawah 18 tahun, Pemberi Hibah Amanah hendaklah melantik Penjaga Sah).
    • Tiada had bilangan Penerima Hibah Amanah.

 

KELEBIHAN MEMBUAT HIBAH

Kepada anda yang membuat hibah akan mempunyai kelebihan antaranya adalah:

  • Pemberi Hibah Amanah bebas menghibahkan harta hibah yang dimiliki kepada sesiapa sahaja penerima yang dihajati termasuk individu bukan beragama Islam.
  • Pemberian Hibah Amanah tidak tertakluk kepada hukum faraid. Justeru itu, sesiapa sahaja layak menerima harta hibah.
  • Harta yang telah dihibahkan dengan cara yang sempurna tidak boleh dituntut oleh waris-waris lain mengikut hukum faraid.
  • Sebagai suatu alternatif atau penyelesaian bagi pembahagian harta kepada saudara baru/mualaf yang tidak mempunyai waris beragama Islam atau kepada anak angkat.
  • Pemberi Hibah Amanah masih boleh menikmati faedah atau manfaat harta yang telah dihibahkan selagi Pemberi dan Penerima Hibah Amanah masih hidup.

 

KOS PERMOHONAN HIBAHAMANAH TH

  • Yuran/bayaran pendaftaran Hibah Amanah Tabung Haji dikenakan sebanyak RM190.00

 

DOKUMEN DIPERLUKAN PERMOHONAN HIBAHAMANAH TH

Dokumen yang perlu dikemukakan oleh Pendeposit semasa membuat permohonan Hibah Amanah Tabung Haji

  • Borang Permohonan Hibah Amanah TH (JP031)
  • Surat Kuasa Wakil
  • Dokumen Pengenalan Diri Pemberi Hibah Amanah/*Pendeposit (asal dan salina diakui sah);
  • Dokumen Pengenalan Diri Penerima Hibah Amanah/Penjaga Sah/*Penerima Namaan (salinan diakui sah);
  • Sijil Kelahiran/Sijil Pengangkatan bagi Penerima Hibah Amanah berumur di bawah 18 tahun (salinan diakui sah);
  • Dokumen sokongan Penerima Hibah Amanah yang tidak waras (salinan diakui sah)

Nota: Surat Ikatan Hibah Amanah (hanya akan dicetak setelah semua dokumen dilengkapkan dan didaftarkan).

 

CARA PERMOHONAN PERMOHONAN HIBAH AMANAH TH

Kepada pendeposit yang ingin membuat permohonan hibah ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Permohonan boleh dilakukan di mana-mana pejabat cawangan TH di seluruh Malaysia.
  2. Untuk memohon hibah di TH, sila buat janji temu dengan TH di pautan https://tabunghaji.gov.my/ms/janji-temu
  3. Pendeposit dikehendaki hadir mengikut masa yang telah disahkan. Kegagalan untuk hadir mengikut masa tersebut menyebabkan Janji Temu dibatalkan dan Janji Temu yang baru perlu dibuat. TH tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan kehadiran pendeposit.
  4. Pemohon hendaklah menunjukkan slip atau tangkap layar Janji Temu kepada pegawai TH.

NOTA: Baki minima Akaun TH hendaklah berjumlah RM1,200.00 (termasuk yuran pendaftaran) ke atas dan sekiranya pendeposit ada membuat pendaftaran haji (kecuali KWSP), baki minima hendaklah berjumlah RM2,500.00 ke atas.

 

PROSES PERMOHONAN HIBAH AMANAH TH

Berikut adalah merupakan proses permohonan Hibah TH ini:

  1. Pemohon mengisi borang permohonan Hibah Amanah (JP031) dan surat kuasa wakil
  2. Penerima hibah mengisi permohonan Hibah Amanah (JP031)
  3. Pemohonan membuat pembayaran yuran pendaftaran Hibah Amanah
  4. Pihak TH menyemak/memproses dan daftar Suratikatan Hibah dan Surat Kuasa Wakil di Mahkama Tinggi
  5. Pihak Tabung Haji akan menghantar satu salinan dokumen perjanjian Hibah Amanah
  6. Pemohon akan menerima satu salinan dokumen perjanjian Hibah Amanah

 

SOALAN LAZIM (FAQ) HIBAH AMANAH TH

Bilakah tuntutan boleh dibuat?

  • Setelah Pemberi Hibah Amanah atau Penerima Hibah Amanah meninggal dunia.
  • Penerima Hibah/Waris Penerima Hibah/Penerima Namaan perlu melengkapkan Borang Tuntutan Pengeluaran Hibah Amanah Tabung Haji/ *Penamaan (JP035)

Tempoh proses untuk pembayaran Pusaka/Hibah Amanah Tabung Haji

  • 30 hari bekerja.

Penerima Pembayaran Penamaan/Hibah Amanah Tabung Haji

  • Harta Hibah Amanah akan dibayar kepada Penerima Hibah Amanah/ *Penjaga Sah yang dinamakan di dalam Borang Permohonan Hibah Amanah TH/*Penamaan atau kepada waris Penerima Hibah Amanah sekiranya Penerima Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu.

 

 MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Hibah Amanah Tabung Haji ini, sila layari website rasmi Lembaga Tabung Haji – Hibah Amanah

 

ARTIKEL LAIN

CARA LINK TABUNG HAJI BANK DENGAN BANK (BANK ISLAM/MAYBANK/CIMB/BANK RAKYAT/AMBANK)

1 thought on “HIBAH AMANAH TH (Cara Buat Permohonan Kos Dokumen)”

Leave a Comment