PERMOHONAN RAYUAN BKM FASA 2 2022 (Tarikh Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia)
Jika anda telah membuat semakan status kelulusan BKM dan keputusan permohonan BKM anda gagal,bagaimanakah cara untuk buat permohonan rayuan BKM ?
KELAYAKAN PPERMOHONAN RAYUAN BKM
Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah:
- Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BKM 2022; atau
- Pemohon yang berstatus Lulus BKM 2022 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak,
KENAPA ANDA GAGAL/TIDAK LULUS BKM ?
Jika anda telah membuat semakan status BKM ,akan dipaparkan alasan tidak lulus NKM melalui KOD TIDAK LULUS BKM yang dinyatakan. Antara alasan TIDAK LULUS BKM adalah seperti berikut:
KOD TIDAK LULUS | ALASAN TIDAK LULUS |
01 | Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan / Status Kewarganegaraan |
02 | Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan |
03 | Maklumat Pengenalan Anak berbeza dengan semakan\ data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan |
04 | Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon / Pasangan tidak sepadan dengan data agensi |
05 | Maklumat Pengenalan Pasangan perlu pengesahan |
06 | Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang |
07 | Semakan agensi mendapati Anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 19 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa |
08 | Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000 |
09 | Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,500 |
10 | Anak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensi |
11 | Pemohon / Pasangan memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian |
12 | Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad |
13 | Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad |
14 | Pemohon memiliki 2 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian |
15 | Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan Pemohon / Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40). |
16 | Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan Anak melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40) |
17 | Pemohon / Pasangan mempunyai Transaksi Pemilikan Hartanah / Pembelian Saham Hartanah yang melebihi RM500,000 |
18 | Pemohon tidak menetap di Malaysia / bekerja / belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensi |
19 | Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian 20 Semakan mendapati Anak Pemohon / Pasangan mempunyai pendapatan yang tinggi |
21 | Pemohon wujud sebagai Pasangan di permohonan lain |
22 | Pemohon wujud sebagai Anak di permohonan lain |
23 | Pasangan wujud sebagai Pemohon di permohonan lain |
24 | Pasangan wujud sebagai Pasangan di permohonan lain |
25 | Pasangan wujud sebagai Anak di permohonan lain |
26 | Anak telah membuat permohonan lain |
27 | Anak wujud sebagai Pasangan di permohonan lain |
29 | Pemohon berstatus Kahwin tetapi tiada maklumat Pasangan |
30 | Pemohon berstatus Kahwin tetapi maklumat Pasangan tidak lengkap |
31 | Status Perkahwinan perlu pengesahan |
32 | Tarikh Perceraian memerlukan Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Agensi Kerajaan |
33 | Tarikh Kematian Pasangan memerlukan Salinan Sijil Kematian Pasangan |
34 | Pasangan meninggal dunia |
35 | Anak meninggal dunia |
36 | Pendapatan perlu pengesahan |
38 | Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan |
41 | Semakan rekod agensi mendapati had kemampuan pemohon / pasangan memiliki kediaman melebihi syarat kelayakan |
KETERANGAN STATUS TIDAK LULUS KATEGORI BUJANG (KOD 06).
- Permohonan BKM 2022 saya tidak lulus kerana pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang (Kod 06). Apakah yang dimaksudkan dengan tidak melepasi syarat kelayakan berkenaan?
- Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang sekiranya:
- Berstatus pelajar pada tahun 2021/2022; atau
- Berumur 19 tahun – 20 tahun dan bukan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU)
- Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang sekiranya:
- Saya masih belajar dan Permohonan BKM 2022 saya adalah berstatus Tidak Lulus bagi Kategori Bujang (Kod 06). Adakah saya boleh membuat Permohonan Rayuan BKM 2022?
- Pelajar sepenuh masa Tidak Layak untuk membuat Permohonan BKM 2022. Walau bagaimanapun maklumat anda boleh didaftarkan sebagai anak di permohonan ibu bapa. Permohonan Rayuan BKM hanya dibenarkan sekiranya tamat pengajian sesi 2021/2022 atau sekiranya anda merupakan pelajar separuh masa. Maklumat dokumen sokongan yang perlu dikemukakan akan dimaklumkan kemudian.
PERMOHONAN RAYUAN BKM TIDAK DIBENARKAN SECARA DALAM TALIAN
Berikut adalah permohonan rayuan yang tidak boleh dibuat secara online bagi kod TIDAK LULUS yang berikut:
KOD TIDAK LULUS | ALASAN TIDAK LULUS |
19 | Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian 20 Semakan mendapati Anak Pemohon / Pasangan mempunyai pendapatan yang tinggi |
21 | Pemohon wujud sebagai Pasangan di permohonan lain |
22 | Pemohon wujud sebagai Anak di permohonan lain |
23 | Pasangan wujud sebagai Pemohon di permohonan lain |
24 | Pasangan wujud sebagai Pasangan di permohonan lain |
25 | Pasangan wujud sebagai Anak di permohonan lain |
26 | Anak telah membuat permohonan lain |
27 | Anak wujud sebagai Pasangan di permohonan lain |
NOTA: perlu kemukakan Rayuan ke Cawangan LHDNM yang berdekatan bersama Borang Rayuan BKM 2022 yang lengkap dan dokumen sokongan (jika berkaitan) mulai 09 Mei 2022 sehingga 02 Jun 2022.
TARIKH PERMOHONAN RAYUAN BKM
Permohonan Rayuan BKM 2022 boleh dibuat:
- Secara dalam talian – mulai 02 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022*.
- Secara borang kertas – mulai 09 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022*.
* tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa
CARA BUAT PERMOHONAN RAYUAN BKM 2022
Terdapat dua cara permohonan rayuan boleh dibuat.
- Melalui atas talian pada laman web http://bkm.hasil.gov.my/
- login ke dalam sistem BKM dan masuk ke bahagian MyBKM dan klik PermohonanRayuan.
- Penghantaran Borang Rayuan BKM 2022 di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran (Borang Rayuan akan dikeluarkan sebelum tempoh rayuan).
NOTA: Perlu diingat bahawa dokumen sokongan diperlukan semasa melakukan rayuan ianya bergantung kepada jenis kod tidak lulus anda.
SEMAKAN STATUS KELULUSAN RAYUAN BKM 2022
Permohonan yang diluluskan akan menerima BKM boleh membuat semakan status rayuan terkini boleh dibuat secara atas talian melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my/
TARIKH BAYARAN KELULUSAN RAYUAN BKM 2022
Pembayaran kelulusan rayuan BKM akan dibuat bayaran pada Fasa 3 dan Fasa 4 yang dijadualkan pada bulan September 2022 dan Disember 2022.⠀
SOALAN LAZIM (FAQ) RAYUAN BKM
Saya gagal/tidak lulus BKM boleh ke buat rayuan BKM 2022?
- Ya boleh
Bilakah tarikh buka permohonan rayuan BKM?
- Bermula 2 Mei 2022
Apakah dokumen yang diperlukan untuk membuat mohon rayuan BKM ?
- Rujuk alasan dan dokumen yang diperlukan untuk mohon rayuan
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika ingin maklumat lanjut & pertayaan tentang BKM
Sila hubungi nombor hotline BLM di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:
- 1-800-88-2747
Sila hubungi nombor hotline BKM di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut:
- 03-8882 4565
- 03-8882 4566
Sila hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:
- 03- 89111000
Tags: #Apakah dokumen yang diperlukan untuk membuat mohon rayuan BKM ? #Bilakah tarikh buka permohonan rayuan BKM? #CARA BUAT PERMOHONAN RAYUAN BKM 2022 #KELAYAKAN PPERMOHONAN RAYUAN BKM #KENAPA ANDA GAGAL/TIDAK LULUS BKM ? #KETERANGAN STATUS TIDAK LULUS KATEGORI BUJANG (KOD 06). #KOD TIDAK LULUS BKM #PERMOHONAN RAYUAN BKM (2 Mei 2022 – 2 Jun 2022) Bantuan Keluarga Malaysia #PERMOHONAN RAYUAN BKM bkm.hasil.gov.my #PERMOHONAN RAYUAN BKM FASA 2 2022 (Tarikh Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia) #PERMOHONAN RAYUAN BKM TIDAK DIBENARKAN SECARA DALAM TALIAN #Saya gagal/tidak lulus BKM boleh ke buat rayuan BKM 2022? #SEMAKAN STATUS KELULUSAN RAYUAN BKM 2022 #SOALAN LAZIM (FAQ) RAYUAN BKM #TARIKH BAYARAN KELULUSAN RAYUAN BKM 2022 #TARIKH PERMOHONAN RAYUAN BKM
Noor Azurawati binti Yusoff1 tahun ago
Kenapa bpr saya tidak lulus,mohon semak semula,gaji saya belum sampai 4k pun.
Muhammad Nazrul Bin Md Nazri1 tahun ago
KENAPA TIDAK LULUS UNTUK BUJANG ..
KOD 06 OII .AKU BELUM KAHWIN LAGI LAH
Sudirman bin Mohd Sharif1 tahun ago
Rayuan no kp:780624075087
Haliman Bin Tumigan1 tahun ago
Saya belum dapat bantuan kerajaan
Jothyswaran A/L Ramalingam1 tahun ago
Kenapa bpr fasa 2 saya tidak lulus, mohon semak semula, gaji saya belum sampai 5k….terimakasih
Gaurisubramaniam1 tahun ago
Knp bpr fasa2 says tidak Lulus kenapa?
Najhan Othman1 tahun ago
Aku tak lulus yg ke 2 kod pelik 15. Mempunyai lebih dr 1 kenderaan didaftarkan atas nama….jadahnyer….
P Danalakchimek1 tahun ago
Kenapa fasa 3.0 tidak lulus sedangakan fasa1dan 2 dapat ???
yanti elia1 tahun ago
saya baru memberbarukan paspot pasangan
NUR AINI ABDULLAH1 tahun ago
Maaf saya tak dapat lagi untuk fasa ke 2..
Mohon pencerahkan..kenapa ya ?
Hazali bin mohd.amin.1 tahun ago
Knape bpr saya tak lulus..? pendapatan saya B40
Tan Lay Hoon1 tahun ago
Tidak Lulus. sebab tak Ada maklumat anak and husband.And says saya gaji lebih rm 5000 tapi Syarikat sudah tutup 31/8/20.saya mahu update profile pun tak bole sekarang
Shahrul Nizam Bin Awang1 tahun ago
Boleh tak kalau saya mohon bantuan bpr skrg..sbb saya tidak penah kemaskini bantuan bpr, bukan saya tak nak,tapi saya tidak tahu ..daya harap boleh bantu saya ,untuk permohonan bpr ..sbb semua rakyat malaysia dapat?
Zarina Anita Zaharom1 tahun ago
Assalamualaikum. Status Saya tidal lulus phasa 2 ini di sebab kan kod 31 , sedang kan bpr phasa 1 saya lulus…kenapa? Sedang kan status saya tetap sama sebagai ibu tunggal. Tolong la saya….
seral bin msa1 tahun ago
saya telah di luluskan bpn tapi bila tukar bpr keputusan bertukar tidak lulus sebab kod 31 apa jg di pertikailan tentang itu sedangkan saya tetap juga bagi makan anak2 saya sekarang ini pkp macamana lg mahu buat rayuan kalau kerajaan mnyuruh kita mngelakkan penyakit covid19 tapi apa akan jadi kalau bpr saya di biarkan ada kah kerajaan akan senang hati sedangkan kerajaan yg ingin mnyalurkan bantuan ini
RAJENTERAN A/L WAITI1 tahun ago
Permohonan rayuan BPN saya tidak lulus saya ingin mohon rayuan kepada pihak berkenaan untuk mempertimbangkan rayuan saya .Dan saya adalah seorang pemegang kad OKU .
Bahri BinAdap1 tahun ago
Kod 05. Perlukan pengesahan maklumat pasangan. Apakah langkah yang perlu dibuat utk tujuan pengesahan tersebut semasa membuat rayuan nanti? Apakah maksud “Pengesahan Maklumat Pasangan” ? Terima kasih.
Siti khadizah binti bachok1 tahun ago
Kami punya fasa 2 bpr gagal knpa bgtu, alasan sbb pnerima gkp, masalah nya gkp tu bkn tuk kmi suami isteri itu untuk kdai, gaji pun x smpai 800 kesian, mana lagi bambung gara gara kena korountin, smoga kali ni kmi lulus la sbb kmi bkn org snang mkn pun cukup cukup jak kesian, brharap raya dpt skli kecewa jak🥺😔
Mohd sahiful bin mahassan1 tahun ago
Kenapa saya punya sebelum ni lulus..hari tu cek lulus..bayaran fasa kedua dapat..saya cek takdi tidak lulus pulak…dah saya ni berniaga sendiri..tapi sekarang tak boleh berniaga lagi kan…apa harus saya buat
Erleen+wella+anak+enggat1 tahun ago
Saya mohon bantuan bpr untuk menyara hidup sendiri sebab belum dapat pekerjaan apa – apa lagi ..
Marzila binti adenan1 tahun ago
sya dh buat raruan punsih gagal