PERMOHONAN RAYUAN BSH DIBUKA SEHINGGA 6 SEPTEMBER
Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 dibuka sehingga 6 September ini dan tiada sebarang bayaran dikenakan bagi permohonan itu.
Proses rayuan boleh dibuat melalui Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)/Pusat Khidmat Hasil (PKH)/Pusat Transformasi Bandar (UTC) atau secara dalam talian bagi pemohon yang berstatus Tidak Lulus tertentu saja.
Nak tahu cara permohonan untuk menuntut wang khairat kematian?Ini cara untuk menuntut SKIM KHAIRAT KEMATIAN BSH 2020 sebanyak RM1,000
Sila layari pautan bsh.hasil.gov.my/ untuk maklumat lanjut
Bagi penerima BSH yang ‘gagal kredit’ atau bayaran tidak dapat disalurkan ke dalam akaun bank, mereka boleh menuntut secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember 2020.
Kepada ibubapa yang ingin mohon sekolah berikut kepada anak-anak, boleh baca maklumat lengkap di bawah;
PERMOHONAN SEKOLAH SENI MALAYSIA 2021
PERMOHONAN SEKOLAH KHUSUS 2021
TARIKH RAYUAN BSH 2020
Bagi mereka yang berstatus tidak lulus boleh membuat permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup 2020 yang akan dibuka mulai 7 Ogos hingga 6 September 2020.
CARA PERMOHONAN RAYUAN BANTUAN SARA HIDUP 2020
Secara Online
Permohonan rayuan BSH 2020 boleh dibuat secara dalam talian di portal BSH https://bsh.hasil.gov.my. Permohonan rayuan secara online hanya bagi pemohon yang berstatus tidak lulus tertentu sahaja.
Secara Manual
Rayuan BSH 2020 boleh juga dibuat di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)/ Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar.
Pemohon boleh muat turun borang permohonan rayuan BSH 2020
Baca tentang PENERIMA BSH TIADA REKOD: ADAKAH BOLEH BUAT PERMOHONAN BARU?
SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN BSH 2020
Keputusan rayuan permohonan BSH akan dimaklumkan selepas permohonan rayuan ditutup.
Kepada usahawan dan peniaga,boleh cuba buat permohonan SKIM BANTUAN JAYADIRI (LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH)
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi di talian :
Web : https://bsh.hasil.gov.my/
Hotline BSH LHDNM : 1-800-88-2747.
Hotline BSH MoF : 03-8882-4565
Emel : [email protected]
Tags: #PERMOHONAN RAYUAN BSH DIBUKA SEHINGGA 6 SEPTEMBER
Syifaa Syaimaa Binti Mat Dahan7 months ago
Rayuan BSH bujang
Nurhasliaha7 months ago
Boleh tak buka permohonan hingga 9 september nie…sy baru jk hbis pantang ..dan sy harus memhon rayuan secara manual.. suami pulak kerja jauh.. harap di beri kelonggaran
UDIN ENGUN7 months ago
Rayuan bsh bujang
KHAIRUL AKHBAR BIN JAFAR7 months ago
rayusn bsh bujang
Donney Bin Josmeh Gray7 months ago
Rayuan Bsh Bujang
Harmizah Bte Senor5 months ago
Bila ada mula memgisi borang rayuan bah 2021.