PERMOHONAN RAYUAN GKP 2.0:SENARAI DOKUMEN RAYUAN GKP 2.0
Berdasarkan maklum balas pemohon GKP 2.0, ramai yang kecewa apabila keputusan Geran Khas Prihatin 2.0 diumumkan.
Hal ini disebabkan ramai yang gagal.Berikut adalah antara alasan tidak lulus:
KOD 04 (TIDAK WUJUD DI AGENSI)
Berdasarkan maklum balas pemohon, pemohon telah mendaftar dengan agensi berikut :
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020
- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020
Jika pemohon telah memenuhi syarat telah mendaftar dengan agensi diatas,cuba baca sebab diberi alasan tidak lulus KOD 04:
1.Tarikh sah lesen/pendaftaran telah luput – pemohon gagal perbaharui lesen SSM/PBT ekoran kekangan PKP,PKPB & PKPP
2.Pemohon tidak pernah mengemukan sebarang dokumen/pengistiharan cukai kepada pihak LHDNM sepanjang tempoh perniagaan walaupun perniagaan untung atau rugi.
3.Kesilapan teknikal semasa mengisi permohonan GKP 2.0,contohnya salah mengisi nombor pendaftaran perniagaan(SSM/PBT) yang lama,bukan yang terkini( selepas pembaharuan)
4.Pemohon mungkin tersalah isi kod perniagaan/jenis perniagaan atau perniagaan ada tidak selari dengan maklumat pendaftaran SSM/PBT
Untuk pengetahuan anda semua. GKP membuat semakan silang dengan agensi-agensi yang berkenaan di Malaysia.
Antaranya adalah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Namun, Kementerian Kewangan memahami situasi para pemohon, di mana mungkin terdapat kesilapan semasa membuat permohonan GKP 2.0.
Kepada pemohon telah GAGAL Geran Khas Prihatin 2.0, anda boleh membuat permohonan rayuan GKP bermula 7 Disember 2020.
Permohonan rayuan hanya boleh dibuat secara online di portal rasmi gkp.hasil.gov.my
Sebelum buat permohonan rayuan GKP 2.0,sila buat semakan status permohonan GKP 2.0 untuk rujuk sebab/punca gagal GKP 2.0:
Kepada yang belum membuat semakan,pemohon boleh membuat semakan status permohonan mulai 27 November di gkp.hasil.gov.my
Sila bagi perhatian kepada alasan tidak lulus GKP 2.0
Nak pelanggan lebih percaya kepada perniagaan anda,sila daftar SSM BizTrust,ia percuma sahaja
RAYUAN GKP 2.0
Perlu diingatkan pertukaran perniagaan bagi tujuan rayuan GKP tidak dibenarkan.
Contohnya anda memiliki perniagaan A yang berstatus tidak lulus, namun ingin membuat rayuan semula menggunakan perniagaan B — adalah tidak dibenarkan.
KOD ALASAN TIDAK LULUS GKP 2.0
Kod 01 (TIDAK BEROPERASI 2020)
Pemohon melaporkan perniagaan tidak beroperasi dalam tahun 2020 pada borang
Kod 02(JUALAN = 0 ATAU JUALAN >= 300K)
Jualan adalah 0 atau melebihi RM 300,000 berdasarkan semakan dengan rekod borang permohonan
Kod 03(JUALAN >= 300K)
Jualan melebihi RM 300,000 berdasarkan semakan dengan rekod data agensi
Kod 04(TIDAK WUJUD DI AGENSI)
Pemohon tidak berdaftar perniagaan dengan agensi berikut sebelum atau pada 31 Ogos 2020
KOD 05(PEKERJA >= 5 ORANG)
Jumlah pekerja melebihi 4 orang berdasarkan semakan dengan rekod borang permohonan
KOD 06(PEKERJA >= 5 ORANG)
Jumlah pekerja melebihi 4 orang berdasarkan semakan dengan rekod data agensi
Kod 07(ENTITI PERNIAGAAN LEBIH 1)
Perniagaan melebihi satu permohonan
DOKUMEN RAYUAN GKP 2.0
Berikut senarai semak dokumen yang diperlukan bagi proses rayuan mengikut kategori:
Penyata kewangan perniagaan bagi tahun 2019 atau Penyata Bank Perniagaan / Peribadi pemohon
Dokumen ini untuk dijadikan bukti bahawa perniagaan anda aktif dan jumlah pendapatan tidak melebihi RM300,00
Sijil Pendaftaran Perniagaan / (SSM) yang terkini
Jika pemohon ada membuat pembaharuan Sijil Pendaftaran Perniagaan atau SSM,sila muat sijil yang terkini bagi memastikan perniagaan anda wujud dan berdaftar.
Borang Pendaftaran Pekerja PERKESO / Borang 8A PERKESO / Borang A KWSP
Dokumen ini untuk dijadikan bukti penting bahawa anda mempunyai pekerja kurang daripada 4 orang bagi memastikan anda lulus syarat permohonan iaitu bilangan pekerja 4 orang sahaja.
CARA BUAT PERMOHONAN RAYUAN GKP 2.0
1.Sila buat semakan status di portal GKP 2.0
2.Kenal pasti alasan tidak lulus GKP 2.0
3.Sediakan dokumen sokongan diperlukan
4.Layari portal GKP 2.0
5.Klik rayuan GKP 2.0
6.Muat turun dokumen sokongan
Pastikan dokumen yang dimuat turun tidak mempunyai kata laluan
CONTOH
(Jenis Dokumen) Penyata Kewangan,klik muat naik.
(Jenis Dokumen) Jenis pendaftaran perniagaan,klik muat naik.
(Jenis Dokumen) Borang Pendaftaran Pekerja,klik muat naik.
Setiap permohonan rayuan hanya dibenarkan memuat naik 3 lampiran dokumen sokongan yang bersaiz maksimum 2MB bagi setiap dokumen.
Format dokumen yang dibenarkan adalah JPEG, JPG, PDF dan PNG sahaja.
7.Sila buat PERAKUAN maklumat tertera nama dan nombor kad pengenalan pemohon
8.Klik BERSETUJU
9.Klik HANTAR
10.Permohonan rayuan anda selesai.
DOKUMEN SOKONGAN GKP 2.0 TERSALAH HANTAR
- Sila hubungi LHDNM tentang masalah anda.
- Sila hadir ke LHDNM untuk hantar dokumen sebenar.
SOALAN LAZIM PERMOHONAN RAYUAN GKP 2.0
Bilakah tarikh semakan GKP 2.0?
Bermula 27 November 2020
Bilakah tarikh bayaran GKP 2.0?
Bermula 30 November 2020
Adakah boleh buat rayuan jika gagal?
Ya,boleh buat rayuan
Bilakah permohonan rayuan GKP 2.0 dibuka?
Anda boleh membuat rayuan semula bermula 7 Disember di portal rasmi gkp.hasil.gov.my
Berapakah jumlah bantuan Geran Khas Prihatin?
RM3,000 secara one-off.
Bilakah tarikh tempoh permohonan Rayuan Geran Khas PRIHATIN (GKP) 2.0 bermula?
Permohonan rayuan boleh dibuat bagi pemohon berstatus TIDAK LULUS bermula 7 Disember 2020 sehingga 21 Disember 2020.
Bagaimanakah prosedur untuk mengemukakan Rayuan GKP 2.0?
Permohonan Rayuan GKP 2.0 perlu dibuat secara dalam talian sahaja menerusi Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my). Tiada permohonan Rayuan GKP 2.0 secara manual di cawangancawangan LHDNM.
Apakah dokumen sokongan yang diperlukan bagi membuat permohanan Rayuan GKP 2.0?
Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik di Portal GKP oleh pemohon bagi setiap kategori rayuan adalah seperti berikut:
Saya berstatus TIDAK LULUS atas Perniagaan A, adakah saya boleh membuat permohonan Rayuan GKP 2.0 atas Perniagaan B?
Pertukaran perniagaan bagi tujuan Rayuan GKP 2.0 adalah tidak dibenarkan.
Semakan status permohonan GKP 2.0 saya TIADA REKOD, adakah permohonan Rayuan GKP 2.0 boleh dibuat?
Tempoh permohonan GKP 2.0 telah ditutup pada 31 Oktober 2020. Tiada permohonan baharu GKP 2.0 dalam tempoh Rayuan GKP 2.0.
Bilakah tarikh pembayaran Rayuan GKP 2.0 akan dibuat?
Tarikh pembayaran rayuan GKP 2.0 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP 2.0,boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara). Atau layari portal rasmi https://gkp.hasil.gov.my
PERMOHONAN RAYUAN GKP 2.0
Macam mana ye nak edit dokumen sokongan tu ye??? Tersalah dokumen pulak.
Sy terlupa nak kemaskini borang gkp ttg status perniagaan YG menyatakan perniagaan beroperasi PD tahun 2020…n jumlah pekerja .boleh ke nak updated rayuan YG lain dlm waktu YG masih Ada lg Ni….?
Sama jgk dgn sy
Terlupa kata laluan smpi sekarang tak selesai lg tak dpt nk buat rayuan GKP
PERMOHONAN RAYUAN GKP2.0
Bank statements
Terlupa cod soalan,x boleh nak daftar masuk…
Saya nk tnya bagaimane rayuan gkp ada kah lulus atau x dan bila di bayar untk rayuan gkp 2.0?
Salah paparkan borang sokongan
Saya hari ini kecewa dan dukacita amat sedih dengan kerajaan malaysia.kerana mengagalkan rayuan geran (GKP 2.0).saya gagal sbb kod 04.sy dah berniaga lama.namun sebelum ini tiada ssm.kini sudah ada. Sijil ssm.mmg betul la sy baru buat.tapi dunia skrg diamcam virus oyakit.awat payah sangatkah kalu nk bagi 3000 dgn.sy .sy ada 3orang anak.la nk niaga pun payah.sy harap kerajaan dapat ptimbangkam rayuan ini.pm myhidin bantulah aku.m.zamri
Saya mohon lepa krajaan la ni.bula balik rayuan gkp2.0.kali kedua.
saya marzila binti adenan mohon gkp 2.0
Assalamualaikum ssm saya tak lengkap, hantar 2 dokumen tapi masuk nya satu, copy, terus tak lulus. Mohon pertimbangan.
Saya Haliza bt Andami saya merayu sangat sangat agar permohonan gkp saya diluluskan kerana sebelum ini 22hb.4.2020 saya bersalin yang menyebabkan saya tidak dapat membuat permohonan gkp dengan lengkap.
Tersilap hantar dokumen sokongan.., sepatutunyer hantar penyata kewangan.. saya hantar lesen SSM