PERMOHONAN RUMAH PPRT & PPR(Semak Harga & Lokasi)

PERMOHONAN RUMAH PPRT & PPR(Semak Harga & Lokasi)

PERMOHONAN RUMAH PPRT & PPR

Kepada rakyat malaysia golongan berpendapatan rendah khususnya golongan B40 yang ingin memiliki rumah sendiri, anda kini boleh membuat permohonan rumah PPRT atau PPR. Disini kami akan kongsikan cara permohonan dan senarai projek rumah, semoga membantu.

 

APA ITU RUMAH PPRT PPR 

Berikut adalah merupakan peneranganbari PPRT dan PPR

  • Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) adalah program di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Bantuan yang ditawarkan adalah bina rumah baru dan baiki rumah sedia ada.
  • Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah program di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Bantuan yang ditawarkan adalah rumah untuk dibeli dan rumah untuk disewa.

 

CARA PERMOHONAN RUMAH PPRT

Berikut adalah merupakan maklumat mengenai cara permohonan rumah PPRT:

Jenis Bantuan Rumah PPRT

  • Bina rumah baru
  • Baiki rumah sedia ada.

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah PPRT

  • Pemohon disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dengan Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih)
  • Pemohon diperakui dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau
  • Pemohon diperakui oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
  • Pemohon diperakui oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian
  • Selain daripada syarat-syarat di atas, keutamaan adalah diberi kepada warga emas, orang Kelainan Upaya (OKU), ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai, dan mangsa bencana yang berskala kecil contohnya kebakaran.

Bina rumah baru

  • Penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.
  • Bagi Semenanjung Malaysia, rumah yang diperuntukkan adalah rumah 3 bilik (660 kaki persegi) dengan kadar harga RM56,000.
  • Bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan, terdapat dua jenis rumah:
    • Rumah 3 bilik (660 kaki persegi), dengan kadar harga RM68,000
    • Rumah panjang (715 kaki persegi), dengan kadar harga RM68,000
  • Untuk memohon bantuan ini, pemohon haruslah:
    • Tidak mempunyai rumah sedia ada, atau
    • Rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami, atau
    • Rumah sedia ada tidak ekonomik untuk dibaiki
    • Memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh); atau
    • Pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada tuan tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah.

Baik pulih rumah sedia ada

  • Melibatkan tiga elemen, iaitu penyelenggaraan, penambahbaikan dan “requisition”.
  • Perlu mendapat kebenaran untuk membaik pulih sekiranya dia berada di atas tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah.
  • Kadar bantuan yang diperuntukkan adalah sebanyak RM13,000 untuk Semenanjung Malaysia dan RM15,000 untuk Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Cara Permohonan Rumah PPRT

  1. Muat turun borang yang berkaitan:
  2. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap
  3. Setelah lengkap mengisi hantar borang tersebut ke pejabat KPLB yang berhampiran
  4. Rujuk pegawai berkenaan untuk langkah seterusnya.

 

CARA PERMOHONAN RUMAH PPR

Berikut adalah merupakan maklumat mengenai cara permohonan rumah PPRT:

Jenis Bantuan Rumah PPR

  • PPR Dimiliki: Dijual pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit bagi Sabah dan Sarawak.
  • PPR Disewa: Kadar sewa adalah RM124 sebulan, tak termasuk penyelenggaraan.

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah PPR

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan
  • Pemohon belum memiliki rumah
  • Mengikut syarat tambahan yang ditetapkan Kerajaan Negeri

Ciri-Ciri Rumah PPR

  • Kawasan bandar besar: Apartment/Flat bertingkat 5 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar: Rumah teres
  • Keluasan rumah: Tak kurang 700 kaki persegi
  • Pelan rumah: 3 bilik tidur, 2 bilik air
  • Kemudahan asas
    • Dewan komuniti/ruang orang ramai
    • Surau/ruang solat
    • Gerai makan/ruang niaga
    • Tadika
    • Kemudahan OKU
    • Taman permainan/kawasan lapang
    • Rumah sampah

Cara Permohonan Rumah PPR

  1. Permohonan boleh dibuat melalui SPRN Teduh: https://sprn.kpkt.gov.my/user/register
  2. Lengkapkan proses pendaftaran akaun sekiranya anda pengguna baharu
  3. Log masuk kembali dan lengkapkan proses permohonan anda sehingga selesai

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN RUMAH PPR DIMILIKI (Apply & Semak Senarai Projek teduh.kpkt.gov.my)

 

6 thoughts on “PERMOHONAN RUMAH PPRT & PPR(Semak Harga & Lokasi)”

  1. Saya ibu tunggal anak 6 org, diberhentikan kerja akibat pendemik covid 19. bagaimana utk saya membuat permohonan rumah ppr. harap dapt membantu. no tel 01111150010-farrah

    Balas
  2. Maaf sedikit kekeliruan “NAMA PROJEK” dekat borang permohonan yang perlu di isi. Contoh nama projek tu mcm mana? Dah try isi macam² tapi tak boleh jugak

    Balas

Leave a Comment