CARA DAFTAR WAVPAY SELANGOR (Terima Bayaran Bantuan BINGKAS INSAN)

CARA DAFTAR WAVPAY SELANGOR (Terima Bayaran Bantuan BINGKAS INSAN)

WAVPAY SELANGOR

Kepada rakyat selangor yang menerima bantuan, seharusnya anda mendaftar e-dompet Wavpay. Ini kerana adanya bantuan akan disalurkan menerusi e-dompet ini antaranya Bingkas, Insan dan sebagainya. Disini kami akan kongsikan cara daftar, semoga membantu.

 

APA ITU WAVPAY SELANGOR

Wavpay E-Wallet ialah instrumen pembayaran tanpa tunai yang tersedia untuk dimuat turun ke telefon pintar anda menjadikannya dompet elektronik yang selamat dan dipercayai

 

KELEBIHAN WAVPAY SELANGOR

Berikut adalah merupakan kelebihan mendaftar e-dompet ini:

  • Portal Web dan Apl Mudah Alih boleh dimuat turun (untuk pedagang berdaftar sahaja) untuk melihat transaksi jualan QR anda.
  • Amaun penyelesaian bersih yang perlu dibayar kepada pedagang kerana menggunakan Wavpay QR Payment.
  • Penyelesaian hasil jualan ke dalam akaun Bank yang disediakan oleh peniaga dalam tempoh penyelesaian yang dipersetujui.
  • Penyelesaian hasil jualan, bayaran balik atau sebarang bayaran kepada peniaga untuk dikreditkan ke dalam akaun bank saudagar yang dibuka dengan institusi perbankan tempatan sahaja.
  • Kod QR fizikal atau digital untuk dipaparkan di premis perniagaan pedagang atau dalam Apl Mudah Alih Pedagang.

 

FUNGSI WAVPAY SELANGOR

Berikut adalah merupakan antara fungsi e-dompet ini:

  1. Pembayaran sewaktu pembelian
  2. Pembayaran bil
  3. Pemindahan dan permintaan wang
  4. Fungsi pengurusan kewangan dan perbelanjaan

 

JENIS BANTUAN SELANGOR MENERUSI WAVPAY 

Berikut adalah merupakan anda bantuan kerajaan negeri Selangor yang disalurkan menerusi e-dompet ini iaitu:

  • INSAN
    • Permohonan perlindungan insurans untuk semua rakyat Selangor kini dibuka. Skim Insurans Am Selangor (INSAN) memberi perlindungan sehingga RM10,000
  • BINGKAS
    • Inisiatif Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) adalah usaha kerajaan negeri Selangor dalam membantu meringankan beban penduduk Selangor yang layak sebanyak RM300 sebulan

 

MUAT TURUN APLIKASI WAVPAY 

Anda boleh memuat turun aplikasi ini secara percuma dengan mengklik salah satu pautan di bawah:

 

CARA DAFTAR WAVPAY SELANGOR

Setalah selesai install aplikasi tersebut, berikut adalah merupakan cara daftar iaitu:

  1. Buka aplikasi e- dompet tersebut di telefon anda
  2. Pada halaman utama klik pada butang Sign Up
  3. Masukkan No telefon anda yang sah pada ruangan yang disediakan, tick pada terma dan syarat dan klik Next
  4. Masukkan kod OTP yang diterima melalui SMS
  5. Seterusnya untuk proses pengesahan, anda dikehendaki untuk:
    • Memuat naik gambar kad pengenalan
    • Mengambil gambar selfie
  6. Seterunya anda dikehendaki untuk lengkapkan segala maklumat yang diminta.
  7. Tetapkan 6 digit nombor PIN anda yang akan digunakan untuk pengesahan setiap kali membuat transaksi
  8. Setelah selesai paparan akan menunjukkan pendaftaran anda berjaya
  9. Tunggu pemakluman pengesahan dari pihak Wavpay, selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut menegnai e-dompet Wavpay Selangor ini, anda boleh melayari website rasmi Wavpay di pautan https://wavpay.net/

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR & GUNA GOOGLE WALLET (Setting Kad)

5 thoughts on “CARA DAFTAR WAVPAY SELANGOR (Terima Bayaran Bantuan BINGKAS INSAN)”

  1. Saya nurul nadia ,, sy ada hntar emaik ke emaij .com (zakat ) minta tlg sgt luluskn bantuan wang segera sy kerana ank sg muntah minum air sirap ..dan perlu membeli susu

    Balas
  2. Sy hanafi… Sy minta bantuan segera.. Dua hari lepas dh tel jkm tapi sampai skg tiada apa2 pun… Sy ada anak 9th yg di tanggung…. Harap di pertimbangkan la.

    Balas

Leave a Comment