PERMOHONAN PENANG FUTURE FOUNDATION PFF(Semakan Keputusan)

PERMOHONAN PENANG FUTURE FOUNDATION PFF (Semakan Keputusan)

PENANG FUTURE FOUNDATION (PFF)

Pelajar yang berkelayakan boleh memohon bantuan pembiayaan pembelajaran melalui program biasiswa kerajaan negeri, Penang Future Foundation (PFF). Bagaimamana cara untuk membuat permohonan rogram inisiatif ini? Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

TARIKH PERMOHONAN DIBUKA

  • Akan dikemaskini

TARIKH PERMOHONAN DITUTUP

  • Akan dikemaskini

 

CARA PERMOHONAN PENANG FUTURE FOUNDATION(PFF) 

Pelajar yang menepati syarat dan berminat boleh mendapatkan maklumat berkala di laman sesawang PPF di pautan http://www.penangfuturefoundation.my/

 

 

SENARAI BIASISWA PROGRAM PENANG FUTURE FOUNDATION(PFF)

Berikut adalah merupakan tawaran di bawah program ini:

  • PFF Biasiswa Penang
  • PFF Biasiswa Mutiara.

Kedua-duanya boleh dipohon oleh mereka yang berminat. Bagaimanapun, pelajar perlu memastikan syarat kelayakan yang dikenakan untuk setiap biasiswa berkenaan.

Kedua-dua biasiswa tersebut mempunyai syarat berlainan yang perlu dipenuhi termasuk pendapatan isi rumah dan rekod biasiswa

 

SYARAT KELAYAKAN PFF BIASISWA PENANG

  • PFF Biasiswa Penang menawarkan kepada pelajar yang memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.67 dan ke atas selain pendapatan isi rumah tidak melebihi RM15,000 sebulan.
  • Untuk PFF Biasiswa Penang, mereka akan menerima yuran pembelajaran sehingga RM100,000 dan elaun RM800 setiap bulan.

 

SYARAT KELAYAKAN PFF BIASISWA MUTIARA

  • Bagi PFF Biasiswa Mutiara pula, ia dibuka kepada pelajar yang mempunyai CGPA di antara 3 hingga 3.66.
  • Syarat pendapatan isi rumah bagi pemohon PFF Biasiswa Mutiara mestilah tidak melebihi RM5,000 setiap bulan. Selain itu, pemohon yang berjaya akan menikmati faedah yang sesuai dengan biasiswa yang diberikan kepada mereka.
  • Sementara PFF Biasiswa Mutiara pula, yuran pembelajaran sehingga RM60,000 dan elaun RM500 setiap bulan

 

PELAKSANAAN PENANG FUTURE FOUNDATION

  • Sejak lima tahun lalu, PFF telah membiayai kira-kira 500 pelajar yang akan kembali ke negeri ini untuk bekerja dan memastikan Pulau Pinang mencapai impiannya sebagai negeri pintar, hijau dan mengutamakan keluarga.
  • PFF ditubuhkan kerajaan negeri bagi membantu anak tempatan yang cemerlang mengikuti pengajian tinggi dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, perakaunan, di institusi pengajian tinggi dalam negara.

 

SEMAKAN SYARAT UMUM KELAYAKAN PERMOHONAN PENANG FUTURE FOUNDATION(PFF)

  • Bantuan pendidikan ini dibuka untuk semua rakyat Malaysia yang akan menyambung pelajaran di universiti tempatan sahaja.
  • Namun, syaratnya adalah, mereka perlu berkhidmat di Pulau Pinang selama lima tahun selepas tamat pembelajaran. Mereka tidak diwajibkan untuk bekerja dengan kerajaan negeri atau agensi kerajaan sahaja. Mereka boleh bekerja di mana-mana agensi atau industri, tetapi syaratnya perlu di Pulau Pinang
  • Kerajaan negeri akan sentiasa membuat susulan dengan setiap pelajar yang telah tamat pembelajaran bagi memastikan mereka akan kembali ke Pulau Pinang untuk berkhidmat.

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN PROGRAM KHAS JPA MARA(PKJM) 2022 (Semakan Keputusan)

TESP MARA (Permohonan & Semakan Status Tajaan)

Leave a Comment