PERMOHONAN & SEMAKAN PROGRAM INSAN JOHOR PENIAGA B40 & M40

PERMOHONAN & SEMAKAN PROGRAM INSAN JOHOR PENIAGA B40 & M40

PERMOHONAN PROGRAM INSAN JOHOR PENIAGA B40 & M40

Kerajaan negeri menerusi Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI) akan melaksanakan Program Insan Johor dalam memberi manfaat kepada peniaga dalam kalangan B40 dan M40 yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19.

Sebelum ini, kerajaan negeri JOHOR,melancarkan  BANTUAN IHSAN COVID-19 SEBANYAK RM250 HINGGA RM500 NEGERI JOHOR

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, Mohd Izhar Ahmad, berkata program itu selari dengan hasrat kerajaan negeri meneruskan legasi kemakmuran Johor dalam pelbagai bidang khususnya mengukuhkan agenda pembangunan modal insan demi manfaat rakyat.

APA ITU PROGRAM INSAN JOHOR(PIJ) PENIAGA B40 & M40

Program ini menyediakan bantuan peralatan bagi membolehkan kumpulan sasar menyertai atau menjalankan projek ekonomi dengan lebih aktif.

Matlamatnya untuk menyuntik daya saing, menambah pendapatan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat sekali gus merancakkan lagi kegiatan ekonomi Johor.

KUMPULAN SASAR PROGRAM INSAN JOHOR 2020

Kumpulan sasar bagi pelaksanaan program ini terdiri daripada peniaga B40 dan M40 yang terkesan teruk susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan COVID-19.

Untuk makluman kepada pemohon,bantuan tidak babitkan pembaikan, penyelenggaraan dan penambahan mesin atau peralatan sedia ada.

SENARAI PAKEJ BANTUAN PROGRAM INSAN JOHOR PENIAGA B40 & M40

Lima pakej bantuan ditawarkan, iaitu Pakej Jahitan, Pakej Automotif, Pakej Agro, Pakej Gunting Rambut Lelaki, Pakej Makanan dan Minuman.

Bantuan merangkumi latihan dan kursus kemahiran bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berkaitan kemahiran asas seperti ‘online marketing’ dan pengurusan kewangan.

Seramai 100 peniaga yang sudah mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sebelum atau pada 31 Disember 2019 disasarkan menerima bantuan itu.

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PROGRAM INSAN JOHOR 2020

  • Lahir di negeri Johor
  • Berumur 18-60 Tahun
  • Di utamakan kepada yang belum pernah menerima bantuan peralatan dariada agensi kerajaan
  • Telah berdaftar perniagaan dengan SSM sebelum 31 Disember 2019
  • Satu permohonan sahaja di kalangan isi rumah

CARA PERMOHONAN PROGRAM INSAN JOHOR PENIAGA B40 & M40

Permohonan Program Insan Johor boleh diisi melalui platform ‘’Google Form’’ sebagaimana pautan di bawah atau QR Code yang disediakan :

BORANG PERMOHONAN PROGRAM INSAN JOHOR 2020

https://forms.gle/qwLL9ckjEwmZMhnB8

TARIKH BUKA PERMOHONAN

11 Jun 2020,bermula 3 petang.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Sabtu, 4 Julai depan.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman sosial FB Unit Strategik Modal Insan Johor atau boleh menghubungi urus setia di talian 07-266 7271 / 7269.

Tags: #BORANG PERMOHONAN PROGRAM INSAN JOHOR 2020 #CARA PERMOHONAN PROGRAM INSAN JOHOR PENIAGA B40 & M40 #KUMPULAN SASAR PROGRAM INSAN JOHOR 2020 #PERMOHONAN PROGRAM INSAN JOHOR PENIAGA B40 & M40 #PROGRAM INSAN JOHOR(PIJ) #SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PROGRAM INSAN JOHOR 2020 #SENARAI PAKEJ BANTUAN PROGRAM INSAN JOHOR PENIAGA B40 & M40

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    KEMPEN E-DAGANG PENJANA : CARA DAFTAR & SENARAI MANFAAT UNTUK USAHAWAN PKS
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinKEMPEN E-DAGANG PENJANA : CARA DAFTAR & SENARAI MANFAAT UNTUK USAHAWAN PKS
    BANCI 2020/eCENSUS : CARA DAFTAR,LOG MASUK & JAWAB SOALAN SELIDIK ONLINE
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBANCI 2020/eCENSUS : CARA DAFTAR,LOG MASUK & JAWAB SOALAN SELIDIK ONLINE APA
    SKIM PEMBIAYAAN MUDAH JAYA SPiM PENJANA : CARA PERMOHONAN ONLINE
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PEMBIAYAAN MUDAH JAYA SPiM PENJANA : CARA PERMOHONAN ONLINE APA ITU
    TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK 2020 : CARA & BORANG PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinTABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK 2020 : CARA & BORANG PERMOHONAN APA
    1. author

      JA'FAR BIN SAID3 weeks ago

      SAYA PENIAGA PASAR MALAM DAN PASAR TANI YANG BERDAFTAR DENGAN SSM JUGA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (MAJLIS PERBANDARAN MUAR). SEJAK DIISTIHARKAN PKP HINGGA SEKARANG BELUM DAPAT BERNIAGA. CADANGAN BERNIAGA SEMULA SELEPAS 15 JUN 2020 SEPERTI YANG DIBENARKAN OLEH KERAJAAN.

      Reply
    2. author

      SHANTi kupusamy6 days ago

      I ibu tunggal..lagi Jaga emak saya pun sakit anak pun dua org sklh…kalau blh tlg saya tlng keluarga kita

      Reply

    Leave a reply "PERMOHONAN & SEMAKAN PROGRAM INSAN JOHOR PENIAGA B40 & M40"