PERMOHONAN & SEMAKAN PROGRAM MY30 RAPID KL

PERMOHONAN & SEMAKAN PROGRAM MY30 RAPID KL

PROGRAM MY30 RAPID KL

Bagi meringankan beban kos pengangkutan, Kerajaan akan memperkenalkan Program MY30 di mana pengguna hanya perlu membayar RM30 sahaja sebulan untuk menikmati pas perjalanan tanpa had bagi pengangkutan awam di bawah seliaan Prasarana di Lembah Klang.

Inisiatif ini terbuka kepada semua warganegara dan akan berkuatkuasa mulai 15 Jun hingga hujung 2020.

APA ITU MY30

Pas My30 diperkenalkan untuk mengurangkan kesan COVID-19 dikalangan pelanggan kami dan menawarkan perjalanan tanpa had selama 30 hari di kesemua rangkaian RapidKL rel dan bas.

Anda boleh melanggan pas ini pada bila-bila masa bermula 15 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2020.

Pas ini membolehkan anda menggunakan perkhidmatan RapidKL tanpa had setiap hari.

Pas My30 hanya boleh dilanggan menerusi MyKad atau MyTentera yang mempunyai fungsi Touch ‘n Go atau kad konsesi MyRapid bagi pelajar yang berumur 12 tahun ke bawah sahaja.

Produk ini boleh dilanggan bermula 15 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2020 dan dimana selepas itu My100 dan My50 akan diperkenalkan semula.

SENARAI PENGANKUTAN AWAM YANG DIKENDALIKAN PRASARANA

Pengangkutan awam di Lembah Klang di bawah kendalian Prasarana ialah LRT, MRT, Monorail, BRT, Bas RapidKL dan bas perantara MRT.

TARIKH PELAKSANAAN INSENTIF MY30

Insentif ini akan berkuat kuasa mulai 15 Jun sehingga berakhir tahun 2020,” katanya mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)

TEMPOH PELAKSANAAN

Inisiatif ini akan berjalan selama 6 bulan, sehingga hujung tahun 2020

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PROGRAM My30

Syarat kelayakan yang telah ditetapkan ialah:

  • Warganegara Malaysia sahaja.
  • Memiliki MyKad dan MyTentera yang sah.
  • Bagi berumur 12 tahun dan kebawah, mereka boleh menggunakan kad konsesi MyRapid untuk mendapatkan keistimewaan ini.

CARA PERMOHONAN PROGRAM My30

Untuk melanggan, para pengguna hanya perlu membawa kad pengenalan MyKad dan kad MyTentera untuk anggota tentera.

Anda boleh melanggan di semua kaunter khidmat pelanggan Rapid KL seperti yang tertera di bawah:

Semua stesen LRT

Semua stesen MRT

Semua stesen Monorel

Semua stesen BRT

Hab bas terpilih:

  • Pasar Seni
  • Seksyen 2, Shah Alam
  • Sri Nilam
  • Greenwood
  • Terminal Kajang

BACA : SEMAKAN BANTUAN SARA HIDUP FASA 3

PERMOHONAN & SEMAKAN PROGRAM MY30 RAPID KL

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM MELANGGAN PAS MY30

Sebelum pengguna melanggan Pas My30, pengguna perlu memastikan cip Touch ‘n Go di dalam MyKad atau MyTentera berfungsi dengan baik.

Cip Touch ‘n Go pengguna boleh dipastikan berfungsi dengan baik atau tidak melalui langkah-langkah berikut:

  • Pengguna perlu membuat tambah nilai di mana-mana pusat tambah nilai Touch ‘n Go seperti stesen minyak, kedai serbaneka, Kaunter Khidmat Pelanggan Rapid KL, dan sebagainya.
  • Jika proses tambah nilai ini berjaya, ini bermakna cip Touch ‘n Go di dalam MyKad atau MyTentera tersebut berfungsi dengan baik.
  • Pengguna juga boleh membuat semakan di mana-mana kaunter Touch ‘n Go atau Kaunter Khidmat Pelanggan RapidKL.

Sekiranya cip Touch ‘n Go di dalam MyKad atau MyTentera tidak berfungsi, pengguna perlu ke mana-mana pusat Jabatan Pendaftaran Negara sebelum melanggan pas My30.

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN  SETELAH MELANGGAN PAS MY30

Pengguna mungkin menghadapi masalah setelah melanggan pas My30 seperti kerosakan MyKad atau MyTentera rosak dan tidak boleh dibaca selepas melanggan pas My30.

Sekiranya perkara ini berlaku, pengguna perlu membawa MyKad ke pusat Jabatan Pendaftaran Negara untuk proses penggantian kad baharu.

Pengguna juga boleh menuntut pemulangan baki sekiranya ada di dalam pas My30 terbabit.

Proses pemulangan baki pas My30 boleh dilakukan dengan melampirkan dokumen-dokumen sokongan ke portal kami di https://www.myrapid.com.my/.

Berikut dokumen-dokumen yang diperlukan untuk proses pemulangan baki pas My30:

  • Nombor MFG MyKad
  • Nombor akaun bank
  • Nama bank
  • Resit langganan pas My30
  • Resit bayaran gantian MyKad daripada JPN
  • Slip pulangan nilai TNG dari JPN/ Penamatan dari TNG (hanya untuk MyKad)

Pemulangan baki pas My30 tersebut akan ditukar kepada nilai wang ringgit.

Sekiranya MyKad atau MyTentera pelanggan rosak tetapi masih boleh dibaca, baki hari pas My30 yang telah dilanggan akan dipindahkan ke kad generik Touch ‘n Go pelanggan.

Setelah pas My30 tamat tempoh, pelanggan harus memperbaharui pas My30 di dalam MyKad atau MyTentera yang baharu.

Terbaru, Anda juga boleh langgan PAS MyCity 2020 RM5 SEHARI / RM25 3 HARI untuk berjalan-jalan sambil merancakkan ekonomi dalam negara

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MELANGGAN PAS My30

Anda hanya perlu membawa MyKad atau MyTentera ke mana-mana kaunter khidmat pelanggan Rapid KL. Sila rujuk soalan lazim bagi langganan baru di portal kami www.myrapid.com.my untuk keterangan lanjut.

i) Sila bawa MyKad atau MyTentera anda ke mana-mana kaunter khidmat pelanggan RapidKL dan hab bas terpilih.

Anda dikehendaki menambah nilai kad MyKad atau MyTentera sebanyak minimum RM40. Sebanyak RM0.50 akan ditolak untuk cas tambah nilai. Selepas penolakkan RM0.50, baki RM9.50 disimpan di dalam system Touch ‘n Go anda.

Baki ini tidak akan ditolak lagi di dalam sistem kami melainkan anda menggunakannya untuk transaksi selain di rangkaian RapidKL (di tol, kedai serbaneka, pusat membeli-belah dan sebagainya).

ii) Sila rancangkan terlebih dahulu jadual perjalanan anda sebelum menggunakan rangkaian RapidKL kami.

Pas My30 yang dilanggan akan diaktifkan sebaik sahaja anda menyentuh pas di pintu masuk rangkaian RapidKL.

Anda boleh membuat mengaktifan pas untuk pembaharuan pas secara otomatik di kaunter khidmat pelanggan RapidKL dan hab bas terpilih.

Selepas pas berjaya diaktifkan untuk pembaharuan secara otomatik, anda boleh tambah nilai MyKad atau MyTentera Touch ‘n Go di mana-mana premis atau kedai-kedai yang menawarkan khidmat tambah nilai Touch ‘n Go untuk bulan-bulan seterusnya.

Anda hanya perlu memastikan nilai di dalam pas tidak kurang dari RM35.00 setiap bulan

CARA UNTUK MEMPERBAHARUI PAS My30

Anda mempunyai 2 pilihan:

1) Sila ke mana-mana Kaunter Khidmat Pelanggan RapidKL; atau

2) Anda boleh mengaktifkan pembaharuan pas secara otomatik dan hanya perlu memastikan baki kad adalah mencukupi pada setiap bulan.

SEMAKAN KELULUSAN MY30

*Akan dikemaskini

Kerajaan mengingatkan pengguna pengangkutan awam supaya mematuhi SOP dan mengamalkan penjarakan sosial ketika menggunakan pengangkutan awam

SOALAN LAZIM PROGRAM My30

Bilakah saya boleh mula melanggan pas My30?

Anda boleh melanggan bermula 15 Jun 2020 atau pada bila-bila masa selepas itu sehingga 31 Disember 2020 dan setelah pas My100/My50 sediaada anda telah tamat tempoh

Adakah saya akan mendapat kad Touch ‘n Go baharu apabila saya melanggan pas My30?

Tidak. Produk My30 akan diaktifkan hanya menggunakan MyKad atau MyTentera sahaja.

Saya adalah seorang pelajar dan di bawah umur 12 tahun. Saya mempunyai kad pengenalan MyKid dan tidak mempunyai fungsi Touch ‘n Go. Bagaimanakah cara-cara untuk melanggan pas My30?

Bagi pelajar yang berumur di bawah 12 tahun, anda hendaklah melanggan menerusi atas talian iaitu Kad Konsesi Pelajar MyRapid . Anda boleh melanggan pas My30 di mana-mana kaunter khidmat pelanggan RapidKL dan hab bas terpilih setelah mendapat kad konsesi anda. Pas My30 akan diaktifkan di dalam kad konsesi anda.

Bagaimana pula untuk kad konsesi seperti warga emas dan OKU? Bolehkah kami mengaktifkan produk My30 menggunakan kad konsesi kami?

Tidak. Anda perlu melanggan produk My30 menggunakan MyKad.

Bolehkah pas My30 dipindah milik?

Tidak. Pas My30 diaktifkan menggunakan kad MyKad atau MyTentera, oleh itu ia tidak boleh dipindah milik.

Bolehkah saya menggunakan pas My30 di KTM Komuter atau ERL?

Pada masa ini, pas My30 hanya sah untuk perjalanan tanpa had di rangkaian RapidKL rel dan bas di Lembah Klang sahaja.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN 

Sekirangan anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di RapiKL facebook atau e-mel ke [email protected]

Tags: #APA ITU MY30 #CARA DAFTAR KAD RAPIDKL #CARA PERMOHONAN PROGRAM My30 #CARA UNTUK MEMPERBAHARUI PAS My30 #LANGKAH-LANGKAH UNTUK MELANGGAN PAS My30 #PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN  SETELAH MELANGGAN PAS MY30 #PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM MELANGGAN PAS MY30 #PERMOHONAN & SEMAKAN MY30 #PROGRAM MY30 #SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PROGRAM My30 #SENARAI PENGANKUTAN AWAM YANG DIKENDALIKAN PRASARANA #SOALAN LAZIM PROGRAM My30 #TARIKH PELAKSANAAN INSENTIF MY30

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    SKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI Ingin
    PENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK Untuk makluman, setiap permohonan rumah mampu
    RUMAH MESRA RAKYAT 2021:DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KELULUSAN 
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinRUMAH MESRA RAKYAT 2021:DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KELULUSAN  Program Rumah Mesra Rakyat(RMR)
    PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE Maklumat terkini tentang
    1. author

      Rohani Mohd syd3 months ago

      Semakan my30 rapid k.l

      Reply

    Leave a reply "PERMOHONAN & SEMAKAN PROGRAM MY30 RAPID KL"