PERMOHONAN & SEMAKAN PSP PERKESO

PERMOHONAN & SEMAKAN PSP PERKESO

PERMOHONAN & SEMAKAN PSP PERKESO

APA ITU PSP PERKESO

Program Saringan Prihatin (PSP) PERKESO disediakan khusus untuk pekerja dan majikan yang berdaftar dengan PERKESO (Akta 4) yang telah mendapat kebenaran beroperasi oleh MITI bagi melakukan saringan COVID-19 di semua panel klinik HSP dan PSP PERKESO. Saringan ini adalah percuma dan kos ditanggung sepenuhnya oleh PERKESO

Kepada majikan dan pekerja di kawasan PKPB,anda boleh mohon buat ujian saringan Covid-19?Boleh guna MYEG

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PSP PERKESO

Hanya pekerja yang mendaftar sebagai pencarum PERKESO layak untuk menjalani saringan ini. Pekerja perlu mendaftar secara individu melalui Portal PSP PERKESO.

TERBARU : TARIKH BAYARAN i-LESTARI KWSP

KAEDAH SARINGAN

Saringan akan dijalankan melalui penyedia perkhidmatan yang telah dilantik oleh PERKESO dan mematuhi garis panduan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pekerja boleh menyemak senarai penyedia perkhidmatan melalui Portal PSP PERKESO di pautan pautan   https://psp.perkeso.gov.my/psp-service-provider.html

Saringan ini akan dilaksanakan melalui 2 fasa iaitu:

CARA PENDAFTARAN, LOGIN, SEMAKAN KEPUTUSAN SARINGAN PSP PERKESO

Saringan Fasa Pertama

Saringan bagi fasa pertama akan memfokuskan saringan kepada pekerja syarikat yang berada di zon merah atau kuning serta syarikat yang mempunyai pekerja asing. Bagi pekerja yang menjalani saringan dalam fasa pertama, saringan akan dijalankan melalui pengambilan sampel daripada hidung dan mulut melalui penyedia perkhidmatan yang dilantik.

Saringan Fasa Kedua

Saringan fasa kedua dijangka bermula pada minggu pertama bulan Mei 2020 setelah sistem saringan melalui Klinik Panel PSP PERKESO disiapkan. Saringan ini akan dijalankan kepada pekerja yang masih belum menjalani saringan semasa fasa pertama.

TERKINI Anda boleh membuat SEMAKAN  SAMA ADA MAJIKAN ADA MEMBUAT PERMOHONAN PROGRAM SUBSIDI UPAH PERKESO

Tahukah anda bahawa Majikan atau penyedia penginapan perlu mempunyai Protokol Tindak Balas Kecemasan (ERP) bagi menangani pekerja atau penghuni yang menunjukkan gejala jangkitan COVID-19.

Ini cara untuk  membuat TUNTUTAN PROGRAM SARINGAN PRIHATIN (PSP) PERKESO sebanyak RM150

Saringan bagi pekerja dalam fasa kedua akan dijalankan melalui sampel yang diambil melalui sampel titis darah oleh Klinik Panel PSP PERKESO. Saringan ini perlu dijalankan sebanyak dua kali iaitu pada hari pertama (Hari 1) dan hari ketujuh (Hari 7) sebelum keputusan saringan boleh dikeluarkan.

BACA : TARIKH PEMBAYARAN PERMOHONAN BARU & RAYUAN BPN

Selain ujian saringan, sejarah perubatan pekerja turut akan diambil termasuk sejarah perjalanan ke luar negara, pendedahan pekerja kepada kes positif COVID19, menghadiri perhimpunan atau terdedah kepada orang yang menghadiri perhimpunan.

Kepada pemilik perniagaan, baca tentang RAYUAN & SEMAKAN DISKAUN 15% BIL ELEKTRIK ENAM SEKTOR YANG TERJEJAS EKORAN PENULARAN WABAK COVID-19

PERKESO menasihati kepada semua pengguna portal ini supaya menjaga keselamatan diri semasa menjalankan tugas dan terus mematuhi arahan kerajaan dari semasa ke semasa.

BACA : SEMAKAN STATUS ERP & PSU

SENARAI PENYEDIA PERKHIDMATAN SARINGAN FASA 1 PSP PERKESO / PERKESO PSP SCREENING PHASE 1 SERVICE PROVIDER

Senarai penyedian perkhidamatan saringan Fasa 1 PSP PERKESO.

GARIS PANDUAN PROGRAM SARINGAN PRIHATIN PERKESO

Baca garis panduan PSP PERKESO

MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN UNTUK MENDAFTAR PSP PERKESO

Berikut adalah maklumat yang diperlukan untuk urusan daftar PSP PERKESO:

1.Nombor kad pengenalan bagi warganegara Malaysia atau nombor Keselamatan Sosial Pekerja Asing (KSPA) bagi pekerja asing;

2.Kod majikan PERKESO; dan

3.Nombor rujukan Surat Kelulusan Beroperasi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Bagi perkhidmatan penting (essential services) yang tiada nombor kelulusan MITI, majikan perlu menghubungi PERKESO bagi mendapatkan nombor yang diperlukan.

BACA : TARIKH TUTUP PERMOHONAN  i-LESTARI KWSP

PERMOHONAN & SEMAKAN PSP PERKESO

CARA PENDAFTARAN & PERMOHONAN PSP PERKESO

Sila layari laman permohonan PSP PERKESO disini, lengkapkan borang PSP yang mempunyai beberapa bahagian berikut :

1.Maklumat majikan –

Kod Majikan PERKESO / PERKESO Employer Code

Nombor Rujukan Surat Kebenaran Beroperasi (MITI) / Employment Permit Reference Number (MITI)

View Sample – No. Rujukan Surat Kebenaran Beroperasi MITI

* Sila dapatkan maklumat Kod Majikan PERKESO dan Nombor Rujukan Surat Kebenaran Beroperasi (MITI) daripada majikan anda.

* Please get your PERKESO Employer Code and Employment Permit Reference Number (MITI) information from your employer.

SILA MUAT BORANG PERMOHONAN RAYUAN BPN ONLINE

2.Maklumat peribadi – maklumat peribadi pekerja

3.Sejarah perjalanan & kontak rapat – sejarah perjalanan & kontak rapat pekerja.

4.Deklarasi

5.Akaun bersetuju & masukan kod Captcha

6.Klik DAFTAR, Anda akan menerima satu email setelah anda menghantar permohonan ini untuk mengesahkan alamat emel anda adalah benar.

7.Pendaftaran & permohonan anda berjaya.

PROSES PERMOHONAN PSP PERKESO

PENDAFTARAN PSP PERKESO  TIDAK BERJAYA

Sekiranya pendaftaran tidak berjaya dilakukan, pekerja perlu menyemak semula maklumat yang dimasukkan. Sekiranya masih tidak berjaya, pekerja perlu berurusan dengan majikan masingmasing bagi memastikan nama pekerja telah didaftarkan sebagai pencarum PERKESO dan telah dimasukkan ke dalam Portal ASSIST PERKESO.

PENDAFTARAN PSP PERKESO  BERJAYA
Setelah pendaftaran berjaya, pekerja akan menerima nombor pengesahan (validation key) di dalam profil masing-masing di Portal PSP PERKESO. Pekerja boleh menyemak senarai panel perkhidmatan untuk menjalani saringan. Majikan/ Pekerja perlu  menghubungi penyedia perkhidmatan terlebih dahulu bagi penetapan temujanji.

Saringan pekerja adalah berdasarkan temujanji dengan penyedia perkhidmatan iaitu sama ada di premis pekerja atau hadir ke premis penyedia perkhidmatan yang ditetapkan bagi tujuan pengambilan sampel. Pekerja perlu membawa dokumen pengenalan diri (kad pengenalan atau passport) dan menyediakan nombor pengesahan (validation key) bagi pengesahan oleh penyedia perkhidmatan.

Keputusan saringan akan mengambil masa dalam tempoh 48 jam selepas sampel diambil. Pekerja boleh menyemak keputusan saringan melalui Portal PSP PERKESO.

Kepada majikan, sila baca tentang SUBSIDI UJIAN SARINGAN COVID-19 RM150 PERKESO

Keputusan PSP PERKESO adalah SULIT dan hanya diketahui oleh pekerja, penyedia perkhidmatan dan PERKESO sahaja. Sekiranya keputusan adalah positif, panel perkhidmatan akan membuat notifikasi kepada KKM mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun, pekerja boleh memaklumkan sebarang keputusan saringan secara sendiri kepada majikan masing-masing.

KEPUTUSAN SARINGAN PSP PERKESO

Pekerja akan mendapatkan keputusan saringan melalui profil peribadi yang telah didaftarkan. Keputusan saringan adalah sulit dan hanya diketahui oleh pekerja, panel perkhidmatan dan PERKESO sahaja. Sekiranya keputusan adalah positif, pegawai perubatan yang terlibat dalam pengambilan sampel berhak untuk menghantar notifikasi kepada Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan keputusan tersebut.

 

Tags: #APA ITU PSP PERKESO #CARA PENDAFTARAN & PERMOHONAN PSP PERKESO #GARIS PANDUAN PROGRAM SARINGAN PRIHATIN PERKESO #KAEDAH SARINGAN PSP PERKESO #KEPUTUSAN SARINGAN PSP PERKESO #MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN UNTUK MENDAFTAR PSP PERKESO #PENDAFTARAN PSP PERKESO BERJAYA #PENDAFTARAN PSP PERKESO TIDAK BERJAYA #PERMOHONAN & SEMAKAN PSP PERKESO #Program Saringan Prihatin (PSP) PERKESO #PROSES PERMOHONAN PSP PERKESO #SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PSP PERKESO #SENARAI PENYEDIA PERKHIDMATAN SARINGAN FASA 1 PSP PERKESO / PERKESO PSP SCREENING PHASE 1 SERVICE PROVIDER

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500 APA ITU BANTUAN ZAKAT
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN Sebelum ini
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB) Jika anda ingin membuat penstrukturan semula kewangan ekoran
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinDAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021   Kerajaan negeri Terengganu telah
    1. author

      Rouslime a/p saveri1 year ago

      Permohonan perkeso majikan @pegluaran

      Reply
    2. author

      mohd jasni bin ali1 year ago

      Belum dapat email

      Reply
    3. author

      Siti nur hidayah1 year ago

      Macamaner kite nak buat jika kite tersalah msukkan maklumat peribadi, boleh edit Kew??

      Reply
    4. author

      atikah1 year ago

      mohon pencerahan kalau kite tersalah msukkan email, boleh edit tak?

      Reply
    5. author

      Halimatun binti hassan1 year ago

      Mohon cek status pendaftaran lulus atau tidak sbb pendaftaran telah dibuat tapi masih belum terima email atau jawapan balas dari perkeso

      Reply
    6. author

      Loo Weng Kean1 year ago

      Any updates for the application?

      Reply
    7. author

      Eng Kwong Seng1 year ago

      PERMOHONAN &, SEMAKAN PSP PERKESO

      Reply
    8. author

      SHAHARUDDIN BIN OTHMAN1 year ago

      Permohonan & Semakan psp perkeso

      Reply
    9. author

      Fadlyzan bin Mahidi1 year ago

      Belum menerima bantuan PSP PERKESO

      Reply
    10. author

      Meicy1 year ago

      bagaimana boleh dapat “NOMBOR KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA ASING (KSPA)”?

      Reply
    11. author

      Lee Lian Hew1 year ago

      Kalau salah masuk kod majikan bolahkah dibetulkan? macam mana buat?

      Reply

    Leave a reply "PERMOHONAN & SEMAKAN PSP PERKESO"