PERMOHONAN SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)

PERMOHONAN SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)

SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)

Sekiranya anda masih belum memiliki rumah dan ingin memilikinya, kini terdapat peluang untung anda memanfaatkan iaitu insentif dari kerajaan di mana pemohon boleh dapat pinjaman 100% tanpa perlu sediakan modal 10% dari harga rumah melalui Skim Rumah Pertamaku (SRP).

Bagaimana cara untuk membuat permohonan SRP? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU SKIM RUMAH PERTAMAKU(SRP) /MY FIRST HOME SCHEME

SRP adalah inisiatif pemilikan rumah yang pertama kali diumumkan dalam Belanjawan 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu pembeli rumah pertama untuk membeli rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan pembeli rumah pertama untuk mendapatkan pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat bagi membolehkan mereka untuk memiliki rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan.

CSRP akan memberi jaminan kepada bank-bank yang berkenaan atas dasar ‘kerugian pertama’ untuk pembiayaan yang melebihi aras 90%.

Permohonan pinjaman atau pembiayaan akan diproses dan diluluskan oleh bank-bank yang mengambil bahagian berdasarkan kriteria Skim dan piawaian penaja jaminan kredit bank masing-masing.

 

MAKLUMAT PEMBIAYAAN SKIM RUMAH PERTAMAKU/MY FIRST HOME SCHEME

Skim Rumah Pertamaku telah tetapkan had kewangan dan syarat-syarat untuk kesemua pembiayaan yang dibuat bawah skim ni.

Walaupun pinjaman setiap bank yang terlibat mungkin berbeza, tapi terma pembiayaan untuk Skim Rumah Pertamaku adalah seperti di bawah:

  • Tempoh pinjaman maksimum 35 tahun, tertakluk kepada umur pemohon tak lebih dari 70 tahun pada akhir tempoh pembiayaan.
  • Bayaran kadar faedah yang biasa kita tengok yang mana baki dan faedah dibayar secara ansuran.
  • Tiada ciri yang boleh diubah, contohnya tak boleh keluarkan duit yang dah dibayar untuk pinjaman.
  • Wajib ada insuran/Takaful untuk perlindungan kebakaran.
  • Untuk pembelian rumah bernilai RM300,000 dan ke bawah, dan anda mempunyai pendapatan RM5,000 dan ke bawah:
  • Wajib tamatkan modul pendidikan kewangan yang disediakan oleh AKPK.
  • Tak boleh jual rumah dalam masa 5 tahun selepas pembelian.

 

SYARAT KELAYAKAN SKIM RUMAH PERTAMAKU

Antara syarat-syarat kelayakan Skim Rumah Pertamaku adalah seperti berikut:

  • Mesti warganegara Malaysia
  • Pembeli rumah pertama
  • Pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri
  • Pemohon individu atau bersama
  • Nilai hartanah sehingga RM500,000
  • Pendapatan kasar bulanan isi rumah: Tidak lebih daripada RM5,000 (Bagi pemohon individu/bersama), lebih daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM10,000 (Bagi pemohon bersama tertakluk kepada pendapatan kasar bulanan isi rumah setiap pemohon tidak lebih daripada RM5,000)
  • Pembiayaan sehingga 110%
  • Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan

 

CARA PERMOHONAN SKIM RUMAH PERTAMAKU

Permohonan boleh dibuat dimana-mana cawangan bank-bank yang terlibat.

  1. Cari rumah idaman anda dan dapatkan dokumen yang berkaitan seperti draf perjanjian jual beli/resit bayaran tempahan dan lain-lain.
  2. Semak kelayakan anda untuk pembiayaan rumah di bawah SRP DI SINI.
  3. Sediakan dokumen sokongan pendapatan anda seperti slip gaji, penyata pendapatan, penyata bank, penyata KSWP dan lain-lain.
  4. Hantar permohonan pembiayaan perumahan SRP anda ke cawangan bank-bank yang mengambil bahagian.
  5. Tunggu kelulusan

 

 

BANK-BANK YANG TERLIBAT SRP

Berikut adalah senarai bank yang menawarkan permohonan Skim Rumah Pertamaku:

Affin Bank03-8230 2222
Affin Islamic Bank03-8230 2223
Alliance Bank03-5516 9988
Alliance Islamic Bank03-5516 9989
AmBank03-2178 8888
AmBank Islamic03-2178 8888
Bank Islam03-2690 0900
Bank Muamalat03-2600 5500
Bank of China03-2059 5566
CIMB Bank03-6204 7788
CIMB Islamic Bank03-6204 7789
Hong Leong Bank03-7626 8899
Hong Leong Islamic Bank03-7626 8900
Maybank1 300 88 6688
Maybank Islamic1 300 88 6688
MBSB Bank03-2096 3000
OCBC Al-Amln Bank03-8314 9310
OCBC Bank03-8317 5000
Public Bank1 800 22 9999
Public Islamic Bank1 800 22 9999
RHB Bank03-9206 8118
RHB Islamic Bank03-9206 8118
Standard Chartered Bank1 300 888 888
Standard Chartered Saadiq Bank1 300 888 888
United Overseas Bank03-2612 8121

 

SOALAN LAZIM SKIM RUMAH PERTAMAKU

Adakah Skim ini meliputi pembinaan rumah di bawah tanah sendiri?

Tidak, Skim ini tidak meliputi pembinaan rumah di bawah tanah sendiri.

 

Apakah tempoh pembiayaan maksimum?

Tempoh maksimum pembiayaan adalah 35 tahun, tertakluk kepada umur pemohon tidak melebih daripadai 70 tahun pada akhir tempoh pembiayaan dan polisi penajajaminan bank-bank yang terlibat.

 

Saya bekerja sendiri dan purata pendapatan saya sebulan ialah RM2,000. Adakah saya layak untuk skim ini?

Ya, skim ini adalah terbuka kepada kakitangan di sektor awam dan swasta, termasuk mereka yang bekerja sendiri.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk maklumat lanjut tentang Skim Rumah Pertamaku, sila layari laman web www.srp.com.my atau hubungi di talian 03 2262 1800.

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN RUMAH TRANSIT (Senarai Lokasi & Projek)

2 thoughts on “PERMOHONAN SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)”

  1. Assalam. Boleh terangkn lebih lanjut tentang skim rumah pertamaku.. Sy berniaga sendiri. Ingin miliki rumah sendiri. Skrg sy duduk di rumah pusaka.

    Balas

Leave a Comment