PERMOHONAN SKIM AIR DARUL EHSAN FASA KEDUA

PERMOHONAN SKIM AIR DARUL EHSAN FASA KEDUA

PERMOHONAN SKIM AIR DARUL EHSAN FASA KEDUA

APA ITU SKIM AIR DARUL EHSAN (SADE)

Skim Air Darul Ehsan adalah program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor. PERMOHONAN SKIM AIR DARUL EHSAN FASA KEDUA dibuka bermula 1 April 2020.

SEMAKAN KELAYAKAN SKIM AIR DARUL EHSAN (SADE)

Skim Air Darul Ehsan ini layak dinikmati pengguna-pengguna yang menepati syarat-syarat seperti berikut:

1.Pemohon atau pasangan adalah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor

2.Pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri atau salah seorang sekiranya bujang/tiada pasangan) RM4,000 dan ke bawah

3.Premis kediaman meter individu dan meter pukal (Pangsapuri Kos Rendah)

4.Penghuni Pangsapuri Kos Rendah yang menerima bekalan air melalui meter pukal perlu mendapat pengesahan Badan Pengurusan Bersama (JMB)/Perbadanan Pengurusan (MC)

5.Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun/premis sahaja

CARA PERMOHONAN SKIM AIR DARUL EHSAN (SADE)

1. Permohonan Skim Air Darul Ehsan boleh dibuat secara atas talian melalui laman sesawang www.ssipr.selangor.gov.my

2. Borang permohonan boleh dimuat turun atau diperolehi melalui saluran berikut:

  • www.airselangor.com
  • Kaunter Perkhidmatan di sepuluh (10) pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

3. Borang permohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui emel ke [email protected] atau melalui mana-mana Kaunter Perkhidmatan di sepuluh (10) pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

LAPORAN RINGKAS SKIM AIR DARUL EHSAN FASA PERTAMA

Air Selangor memaklumkan sehingga tarikh tutup permohonan skim itu pada 31 Dis 2019, kerajaan negeri Selangor menerima 211,344 permohonan dan telah melalui beberapa proses semakan.

Ini termasuk semakan maklumat kesahihan pendapatan menerusi data yang diperoleh daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri, e-Kasih dan Bantuan Sara Hidup, serta data dan maklumat daripada Air Selangor berkenaan kesahihan alamat premis dan nombor akaun pengguna.

Hasil semakan, hanya 184,020 pemegang akaun meter individu layak menerima skim ini. Bagi pengguna meter pukal di pangsapuri kos rendah, mereka akan terus menikmati 20 meter air percuma di bawah Skim Air Darul Ehsan secara automatik.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN SKIM AIR DARUL EHSAN (SADE)

Muat turun borang disini

CARA SEMAKAN PERMOHONAN  SKIM AIR DARUL EHSAN (SADE)

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN SECARA ONLINE

Air Selangor memaklumkan, pemohonan yang berjaya dan tidak berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel atau khidmat pesanan ringkas (SMS) manakala bagi pemohon mendaftar secara dalam talian, mereka boleh menyemak keputusan SADE melalui portal SSIPR (Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat) dengan menggunakan nombor Mykad dan nombor akaun Air Selangor.

Bagi pemohon yang mendaftar melalui borang bercetak pula, mereka boleh menyemak status permohonan melalui Carian (Semakan) di portal Inisiatif Peduli Selangor Kerajaan Negeri di https://ssipr.selangor.gov.my/semakan bermula (28 April) hari ini.

Air Selangor berkata permohonan SADE fasa kedua juga dibuka semula bermula 1 April kepada mereka yang layak mengikut kriteria ditetapkan secara dalam talian di www.ssipr.selangor.gov.my  atau mereka boleh memuat turun borang permohonan di laman sesawang www.airselangor.com.

Air Selangor menyarankan borang permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui emel [email protected] kerana kaunter perkhidmatan di 10 pejabat wilayah Air Selangor masih ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Tags: #APA ITU SKIM AIR DARUL EHSAN (SADE) #CARA PERMOHONAN SKIM AIR DARUL EHSAN (SADE) #CARA SEMAKAN PERMOHONAN  SKIM AIR DARUL EHSAN (SADE) #LAPORAN RINGKAS SKIM AIR DARUL EHSAN FASA PERTAMA #MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN SKIM AIR DARUL EHSAN (SADE) #PERMOHONAN SKIM AIR DARUL EHSAN FASA KEDUA #SEMAKAN KELAYAKAN SKIM AIR DARUL EHSAN (SADE)

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN Sebelum ini
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB) Jika anda ingin membuat penstrukturan semula kewangan ekoran
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinDAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021   Kerajaan negeri Terengganu telah
    SKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI Ingin

    Leave a reply "PERMOHONAN SKIM AIR DARUL EHSAN FASA KEDUA"