Perodua D55L Ativa:Cara Buat Tempahan,Harga & Spesifikasi

Perodua D55L Ativa:Cara Buat Tempahan,Harga & Spesifikasi

Perodua D55L Ativa

Kepada yang berminat untuk menempah Perodua D55L Ativa,kini anda boleh membuat tempahan.

Perodua D55L @ Perodua ATIVA

Perodua D55L atau juga dikenali sebagai Perodua ATIVA, model Perodua paling canggih setakat ini – kini dibuka untuk tempahan dengan varian X, H dan AV.

anda dah semak status i-Sinar Tanpa Syarat?

Senarai Harga Perodua D55L @ Perodua ATIVA

Ditawarkan dengan harga tentatif atas jalan sebelum insurans antara RM62,500 dan RM73,400 di Semenanjung Malaysia.

Berdasarkan maklumkan  Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata Perodua D55L merupakan model pertama di bawah rangka tindakan Perodua Smart Build yang menerajui gaya, keselamatan, teknologi, tahap kelengkapan dan juga nilai bagi Perodua.

Perodua D55L Ativa

Spesifikasi Perodua D55L @ Perodua ATIVA

Antara ciri utama D55L adalah Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA).

Terdapat pada semua varian, ASA terkini mampu beroperasi pada kelajuan yang lebih tinggi berbanding versi semasa dan mampu mengesan kenderaan dua-roda.

Turut terdapat pada semua varian adalah “Lane Departure Warning and Prevention“, manakala varian AV didatangkan dengan “Lane Keep Control“, “Blind Spot Monitor“, ‘‘Rear Cross Traffic Alert’‘ dan ”Adaptive Cruise Control’‘.

Dengan kesemua ciri-ciri ini, Perodua D55L merupakan model Perodua pertama yang memenuhi standard Pemanduan Autonomi Tahap 2.

“Selari dengan matlamat kami untuk terus membawa lebih banyak teknologi canggih kepada orang ramai, Perodua D55L AV merupakan kenderaan Autonomi Tahap 2 yang paling mampu milik di Malaysia, menawarkan ciri keselamatan dan kemudahan canggih kepada semua.

Varian X dan H boleh didapati dalam warna Glittering Silver, Granite Grey dan Cobalt Blue

Varian H turut didatangkan dengan pilihan Pearl Diamond White dan Pearl Delima Red. (Tiga warna terakhir adalah baharu buat Perodua.)

Varian AV boleh didapati dalam warna Glittering Silver, Granite Grey, Pearl Diamond White, Pearl Delima Red (Dua warna terakhir dengan bumbung hitam.)

Waranti lima tahun/150,000 km ditawarkan.

Perodua D55L juga merupakan kenderaan turbo pertama Perodua, selari dengan trend “downsizing’‘ global, dan model Perodua pertama yang menggunakan transmisi boleh laras berterusan (CVT), menyumbang kepada kecekapan bahan api 18.9 km/liter – terbaik dalam kelasnya.

Kelebihan Tempah Perodua D55L 

Memandangkan pengecualian cukai jualan yang diperkenalkan oleh kerajaan dijangka berakhir pada akhir Jun,

Cara Buat Tempahan Perodua D55L @ Perodua ATIVA

Sila hubungi penasihat jualan Perodua yang sah bersedia membantu anda dan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai Perodua D55L di semua pusat jualan di seluruh negara, dengan pematuhan ketat garis panduan COVID-19 demi kesihatan dan keselamatan anda.

Maklumat Lanjut & Pertayaan

Untuk maklumat lanjut,sila  layari perodua.com.my

Tags: #Cara Buat Tempahan Perodua D55L @ Perodua ATIVA #Harga & Spesifikasi #Kelebihan Tempah Perodua D55L @ Perodua ATIVA #Perodua D55L @ Perodua ATIVA #Perodua D55L Ativa #Perodua D55L Ativa:Cara Buat Tempahan #Senarai Harga Perodua D55L @ Perodua ATIVA #Spesifikasi Perodua D55L @ Perodua ATIVA

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    No related post!

    Leave a reply "Perodua D55L Ativa:Cara Buat Tempahan,Harga & Spesifikasi"