Perumahan Generasi Baharu FELDA Permohonan PGBF

Permohonan Lokasi Harga Perumahan Generasi Baharu FELDA(PGBF)

Berita gembira buat peneroka FELDA yang berpendapatan rendah memiliki geran lot rumah dan ingin membina rumah kediaman pada harga yang berpatutan dan mampu milik, kini anda boleh membuat permohonan menerusi program Perumahan Generasi Baharu FELDA. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

APA ITU PERUMAHAN GENERASI BAHARU FELDA

Perumahan Ganerasi Baharu FELDA(PGBF) ini dikendalikan sepenuhnya oleh FIC Supplies Sdn Bhd yang merupakan syarikat cabang pelaburan yang dimiliki sepenuhnya oleh FELDA yang bertujuan untuk memberi peluang kepada genarasi baharu FELDA yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan rumah impian sendiri, dan selesa untuk didiami bersama keluarga.

KATAGORI & HARGA PGBF

Berikut ada merupakan jenis katagori rumah yang tersedia menerusi program PGBF iaitu:

  • Bernilai RM120,000 seunit Membabitkan lot tengah dengan keluasan binaan 800 kaki persegi dan keluasan tanah 1,400 kaki persegi dan harga lebih murah daripada harga pasaran berikutan kerajaan mengurangkan nilai premium tanah.
  • Bagi rumah lot sudut, harganya berbeza mengikut keluasan tanah dan akan dinilai setelah permohonan dibuat oleh pembeli

LOKASI PERUMAHAN GENERASI BAHARU FELDA

Berikut adalah merupakan lokasi pembinaan kawasan projek PGBF yang membabitkan 10 tapak projek di Maran, Kuantan, Jerantut dan Rompin iaitu:

  • Maran: Felda Jengka 6 (10 unit), Kampung Awah (56 unit), Jengka 1 (120 unit), Jengka 11 (180 unit) Bukit Tajau (100 unit)
  • Kuantan: Bukit Sagu (300 unit)
  • Rompin: Felda Keratong 7 (400 unit)

SYARAT KELAYAKAN PERUMAHAN GENERASI BAHARU FELDA

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan program ini:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon berumur 18 hingga 70 tahun.
  3. Tempoh pembiayaan maksima sehingga 35 tahun atau sehingga had umur pemohon berusia 70 tahun pada tarikh matang tempoh kemudahan pembiayaan (mana-mana yang terdahulu).
  4. Bekerja sendiri atau berpendapatan minimum RM1,000 sebulan.
  5. Pembelian rumah pertama dan untuk kediaman sendiri.
  6. Pemohon tidak diisytiharkan bangkrap.
  7. Tiada rekod tertunggak CCRIS melebihi 2 bulan.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda menyediakan dokumen seperti berikut untuk membuat permohonan:

  1. Kad Pengenalan
  2. Salinan geran individu.
  3. Bagi bekerja sendiri/ahli perniagaan:
    • Pendaftaran syarikat/perniagaan
    • Pendapatan mesti disahkan oleh Pengurus Rancangan/Penghulu/Pegawai Kerajaan kategori A.
    • Penyata bank 6 bulan terkini.
  4. Bagi berpendapatan tetap:
    • Slip gaji 3 bulan terkini
    • Surat pengesahan majikan
    • Penyata bank 3 bulan terkini

CARA PERMOHONAN PERUMAHAN GENERASI BAHARU FELDA

Kepada peneroka FELDA yang berkelayakan dan ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Klik pada pautan Borang Permohonan Perumahan Felda
  2. Isikan dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan pada borang permohonan tersebut
  3. Sediakan dan muat naik dokumen yang diperlukan.
  4. Setelah lengkap tick pada terma dan syarat dan klik Hantar. Selesai

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Perumahan Genarasi Baharu FELDA, sila layari website rasmi FELDA

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment