CARA START BUAT DUIT PODCAST MALAYSIA (Top & Best Hosting Terbaik)

CARA START BUAT DUIT PODCAST MALAYSIA (Top & Best Hosting Terbaik)

PODCAST MALAYSIA

Pernahkan anda mendengar Podcast? Ianya platform yang sedang hangat pada masa kini dan  kadar penggunaannya semakin meningkat. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara akses dan buat duit melalui Podcast Malaysia, semoga membantu.

 

APA ITU PODCAST

Podcast adalah audio digital yang dihasilkan dalam bentuk rakaman. Apabila kita mengaksesnya, kita akan mendengar ada orang yang bercakap dan menceritakan tentang sesuatu. Ia boleh jadi dalam bentuk siri perbincangan, ulasan, puisi, muzik, buku audio, berita bahkan dokumentari.

 

KELEBIHAN PODCAST

Berikut adalah merupakan kelebihannya iaitu:

  • Rakaman podcast dilihat lebih ringkas dan padat dengan kandungan yang lebih ilmiah dan berinformasi.
  • Kandungan rakaman radio adalah lebih santai dan melibatkan banyak interaksi dengan pendengar. Tuntasnya, podcast ini menjadi platform digital utama bagi para pendengar.
  • Podcaster ini perlu kreatif dari segi penyampaian dan pengolahan idea agar ianya menarik untuk didengari oleh masyarakat. Banyak informasi yang boleh dikongsikan kepada masyarakat.

 

CARA AKSES PODCAST

Untuk makluman anda, cara mengaksesnya podcast ini amatlah senang. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Anda hanya perlu buka mana-mana aplikasi podcast di telefon bimbit misalnya di spotify
  2. Kemudian cari tajuk podcast yang anda inginkan.
  3. Selepas itu, pilih tajuk yang tertentu dan terus boleh dengar
  4. Sambil-sambil itu, anda bolehlah buat aktiviti yang lain juga

 

CARA BUAT DUIT PODCAST MALAYSIA

Berikut adalah merupakan cara untuk anda membuat duit melalui podcast iaitu:

  • Pendapat boleh dicapai dengan dijana secara menjual iklan, di mana podcaster menerima bayaran daripada pihak yang ingin mengiklankan produk mereka di dalam rakaman podcaster. Contoh, pengiklanan produk kecantikan.
  • Selain itu, pendapatan podcast boleh dijana dengan pemasaran affiliate, di mana podcaster akan merujuk pendengar mereka kepada laman sesawang atau produk pihak ketiga secara langsung.
  • Dengan kata lain, podcaster akan menjadi pihak tengah mempromosikan dan memasarkan produk pihak ketiga kepada pendengar podcast.
  • Pendapatan juga boleh dijana dengan mencipta produk dan memasarkan produk kepada pendengar secara terus tanpa melibatkan platform lain.
  • Memasarkan kemahiran dan kepakaran dalam sesuatu bidang juga boleh ditengahkan menerusi podcast untuk menjana pendapatan.
  • Akhir sekali, menerusi sumbangan yang diberikan oleh pihak pendengar kepada podcaster.

 

SENARAI PODCAST MALAYSIA PALING TOP

Berikut adalah merupakan podcast yang paling top terkini dengan hosting terbaik iaitu:

PODCAST MALAYSIAKETERANGANHARGA LANGGANAN
Start Buzzsprout Podcast Website
  • Buzzsprout merupakan satu platform podcast host yang sangat popular dalam kalangan podcaster yang baru dan lama.
  • Podcaster boleh menghos kandungan audio di atas talian, menyusun episode podcast, menyebarkan kandungan podcast yang dihasilkan dan pendapatan juga boleh dijana melaluinya.
  • Ia merupakan satu platform yang sangat mudah untuk diuruskan dan mempunyai banyak fungsi yang menarik untuk para podcaster.
  • Register di https://www.buzzsprout.com
Bermula $12 sebulan.

 

RSS.com
  • Menyediakan semua ciri-ciri podcast yang menarik untuk para pengguna.
  • Mewujudkan siri podcast mengikut episode, mengesan lokasi pendengar, memuat naik dan memuat turun podcast dan banyak lagi.
  • Podcaster ini juga boleh menjana pendapatan menerusi platform ini dengan cara sumbangan terhadap podcast yang anda hasilkan, penaja dan iklan dinamik.
Bermula $5 sebulan
Start Libsyn Podcast Website
  • Platform Libsyn ialah antara platform podcast yang terkenal di Malaysia.
  • Ianya diwujudkan untuk melahirkan lebih ramai podcaster yang hanya boleh dimulakan pada peringkat asas sehingga pakar dalam bidang podcast ini.
  • Menerusi platform ini, podcaster bebas untuk berkarya agar ianya mencapai matlamt individu dalam bidang podcasting ini.
Bermula $5 sebulan

 

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment