PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT:PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERIBADI i-SEKTOR AWAM/SWASTA/PESARA KERAJAAN

PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT: PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERIBADI i-SEKTOR AWAM/SWASTA/PESARA KERAJAAN

PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT 2021: PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERIBADI i-SEKTOR AWAM/SWASTA/PESARA KERAJAAN

Jika anda mempunyai keperluan untuk menggunakan wang, anda boleh buat pinjaman peribadi Bank Rakyat.

Ada 3 jenis pinjaman peribadi Bank Rakyat yang ditawarkan iaitu:

  • Pinjaman untuk kakitangan kerajaan(i-Sektor Awam)
  • Pinjaman untuk pekerja swasta(i-Sektor Swasta)
  • Pinjaman untuk pesara kerajaan(i-Pesara)

PERMOHONAN PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN( i-SEKTOR AWAM)

1.Layari laman web rasmi Bank Rakyat di sini: https://www.bankrakyat.com.my/c/perbankan/pembiayaan_i/pembiayaan_peribadi_i_sektor_awam-6/personal

2.Tekan butang Mohon Sekarang

3.Masukkan maklumat yang dipinta seperti:

  • Salutation
  • Nama
  • Nombor Telefon
  • E-mel
  • Pilih samada Pelanggan Sedia Ada Bank Rakyat atau tidak
  • Pilih samada anda ingin menerima sebarang promosi/tawaran
  • Tandakan Saya tekah membaca dan bersetuju dengan Dasar Privasi Bank Rakyat

4.Pilih produk pilihan yang diingini:

  • Simpanan-i & Deposit-i
  • Pembiayaan Peribadi-i
  • Pembiayaan Pendidikan-i
  • Pembiayaan Kenderaan-i
  • Pembiayaan Perumahan-i
  • Pajak Gadai-i
  • Perbankan Internet
  • Kad-i
  • Perancangan Kewangan
  • Pembiayaan Mikro-i
  • Pembiayaan Perniagaan-i
  • Lain-lain

5.Tanda I’m not a robot

6.Tekan butang Hantar,anda akan dihubungi oleh pegawai bank.

Anda layak untuk mendapat pinjaman sehingga RM200,000 jika bayaran ansuran anda adalah seperti berikut:

  • Pindahan gaji ke Bank Rakyat
  • Biro Perkhidmatan Angkasa
  • Potongan Gaji Majikan

Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk bayar ansuran menggunakan online banking atau bayaran secara elektronik, jumlah yang dibenarkan adalah gandaan gaji atau RM200,00. Ikut yang mana satu terendah.

Pendapatan RM1,000 – RM5,000

Jika anda bergaji RM1,000 – RM5,000, anda layak 5 kali gandaan gaji kasar sebulan

Contohnya, jika gaji anda RM5,000, anda layak buat pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM25,000

Pendapatan RM5,001 – RM10,000

Jika anda bergaji RM5,001 – RM10,000, anda layak 8 kali gandaan gaji kasar sebulan

Ini bermakna, jika gaji anda RM10,000, anda layak buat pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM80,000

Pendapatan melebihi RM10,000

Jika anda bergaji melebihi RM15,000, anda layak 10 kali gandaan gaji kasar sebulan

Ini bermakna, jika gaji anda RM15,000, anda layak buat pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM150,000

Yang paling maksimum, jika gaji anda RM20,000, anda layak buat pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM200,000

 SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PEMBIAYAAN PERIBADI

Berikut ialah kriteria yang melayakkan anda memohon pinjaman ini:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan
  • Berpendapatan bulanan tetap minimum RM1,000 termasuk elaun tetap
  • Berkhidmat dalam sektor awam & syarikat GLC terpilih
  • Telah berkhidmat minimum tiga (3) bulan

CIRI-CIRI PINJAMAN PERIBADI

  • Amaun pembiayaan sehingga RM200,000
  • Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun
  • Tiada jaminan diperlukan
  • Perlindungan takaful atas pilihan pelanggan
  • Pilihan kadar keuntungan tetap atau terapung

SENARAI DOKUMEN DIPERLUKAN

Jika permohonan baru:

  • Salinan Kad Pengenalan atau MyTentera
  • Slip gaji untuk tiga (3) bulan terakhir
  • Penyata bank untuk tiga (3) bulan terakhir (iaitu bank yang gaji dimasukkan setiap bulan)
  • Surat pengesahan majikan atau Borang EA

Jika permohonan berulang:

  • Salinan Kad Pengenalan atau MyTentera
  • Slip gaji untuk tiga (3) bulan terakhir

PERMOHONAN PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT UNTUK PEKERJA SWASTA( i-SEKTOR SWASTA)

CIRI-CIRI PINJAMAN PERIBADI

  • Amaun pembiayaan sehingga RM150,000
  • Tempoh pembiayaan sehingga 5/10 tahun
  • Tiada jaminan diperlukan
  • Perlindungan takaful atas pilihan pelanggan
  • Pilihan kadar keuntungan tetap atau terapung

Kepada yang layak, boleh mula mohon PERMOHONAN RUMAH PPR(PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT)

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PEMBIAYAAN PERIBADI i-SEKTOR SWASTA

Berikut ialah kriteria yang melayakkan anda memohon pinjaman ini:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan
  • Gaji kasar minimum termasuk elaun tetap adalah seperti berikut :

Berjawatan tetap RM2,000 dan keatas

Berjawatan kontrak RM8,000 dan keatas

SENARAI DOKUMEN DIPERLUKAN

Jika permohonan baru:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Slip gaji untuk tiga (3) bulan terakhir
  • Penyata bank untuk tiga (3) bulan terakhir (iaitu bank yang gaji dimasukkan setiap bulan)
  • Penyata KWSP
  • Dan sekurang-kurangnya satu daripada berikut:

Surat Pengesahan Majikan/Borang EA/Slip Pengesahan Penerimaan e-B oleh LHDN

Jika permohonan berulang:

  • Salinan Kad
  • Penyata KWSP
  • Dan sekurang-kurangnya satu daripada berikut:

Surat Pengesahan Majikan/Borang EA/Slip Pengesahan Penerimaan e-B oleh LHDN

Untuk dapatkan maklumat lanjut berkenaan pembiayaan i-Sektor Swasta,boleh rujuk disini

PERMOHONAN PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT UNTUK PESARA KERAJAAN( i-PESARA)

CIRI-CIRI PINJAMAN PERIBADI

  • Had Maksimum Pembiayaan

Maksimum RM100,000 ; ATAU

Maksimum 15 kali pencen kasar bulanan

  • Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun
  • Tiada jaminan diperlukan
  • Perlindungan takaful atas pilihan pelanggan

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PEMBIAYAAN PERIBADI i-SEKTOR SWASTA

Berikut ialah kriteria yang melayakkan anda memohon pinjaman ini:

  • Pesara kerajaan
  • Berumur tidak lebih dari 65 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan.
  • Minimum pencen RM800 sebulan

SENARAI DOKUMEN DIPERLUKAN PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT

  • Mykad
  • Kad Pesara Kerajaan/Kad Pesara Tentera
  • Penyata Pencen /Lejar Pesara

Untuk dapatkan maklumat lanjut berkenaan pembiayaan i-Pesara,boleh rujuk disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.

7 thoughts on “PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT:PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERIBADI i-SEKTOR AWAM/SWASTA/PESARA KERAJAAN”

  1. Saya rasa sebab saya telah di daftarkan ekasih jadi saya rasa xde sebab sayax dipertimbangkan utk join i suri kwsp.tp saya terima sahaja kata2pihak kwsp dan pej.daerah kluang yg beri jwapan berbeza2 jd memudahkan semua pihak saya yg hidup seorang diri segala2 diurus sendiri tp bila kerajaan yg beri kpd rakyat susah mcm saya ada saja birokrasi.yela mentang2 saya org susah duda plak tu.jd fikirlah apa yg kamu akan jwb didepan Allah nnti bila ditye knp ngan pemuda zainal tu?saya nak tunggu juga masanya..

    Balas
  2. Salam sejahtera ,sy seorang usahawan(bekerja sendiri) bidang akuakultur dan pesawah .sy ingin mohon pembiayaan perniagaan rm100k .apakan skim yg sesuai untk sy.

    Balas
  3. Hello cik😐,nama saya Pairavi SUBRAMANIAM Dan I berkerja di hospital UPM SERDANG SEBAGAI SECURITY OFFICER,I nak apply for pinjaman segera rm 5k mcm bayar bayaran BULANAN Dari bank. Tapi lagi satu I satu orang yang berkerja di rumah Sy suami saya tiada berkerja.My salery rm2500 boleh tak I apply ATAS NAMA suami saya dan I bayar untk pinjaman TERSEBUT.

    Balas

Leave a Comment