PINJAMAN PERNIAGAAN 2020:PEMBIAYAAN UNTUK MEMULAKAN BISNES

PINJAMAN PERNIAGAAN 2020:PEMBIAYAAN UNTUK MEMULAKAN BISNES

PINJAMAN PERNIAGAAN 2020

Anda usahawan yang ingin memulakan bisnes dan perlukan pinjaman perniagaan tahun 2020 daripada pihak bank?

Selain pinjaman MARA dan pinjaman TEKUN, bank-bank tempatan juga menyediakan kemudahan kewangan untuk peniaga kecil dan usahawan.

PINJAMAN PERNIAGAAN RHB BANK 2020

CARA BUAT PINJAMAN PERNIAGAAN RHB SME

Klik sini: https://smebanking.rhbgroup.com

Terdapat beberapa kategori pinjaman yang disediakan. Anda boleh pilih berdasarkan kepada perniagaan anda.

SME Online Financing

CIRI-CIRI SME Online Financing

  • Jenis pinjaman perniagaan dari bank ini adalah sesuai untuk bisnes atau perniagaan kecil-kecilan yang baru menapak.
  • Perjanjian pinjaman ini boleh dipersetujui sehingga ke 7 tahun.
  • Selain itu, tiada cagaran dikenakan.
  • Anda akan dibiaya sehingga ke RM1 juta.

SYARAT MEMOHON PINJAMAN SME ONLINE FINANCING

  • Antara syarat untuk memohon pinjaman ini termasuklah bisnes anda mestilah sudah beroperasi minimum setahun.
  • Selain itu, ahli-ahli dalam bisnes anda, terutamanya pengarah/pemegang saham (bagi syarikat), serta pemilik/rakan kongsi mestilah warganegara Malaysia dan mempunyai MyKad.
  • Bisnes yang boleh dimohon perjanjian pinjaman ini adalah terbuka kepada sektor barangan borong, barangan runcit, pembuatan, serta sektor perkhidmatan perniagaan.
  • Pembayaran balik adalah dari 6 hingga 84 bulan. Anda juga hanya perlu apply secara online, dan anda akan menerima wang pinjaman anda dalam tempoh lima hari bekerja.

Baca tentang PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT 2020: CARA BUAT PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERIBADI i-SEKTOR AWAM/SWASTA/PESARA KERAJAAN

BizPlus/i

Perjanjian pinjaman perniagaan dari bank ini terbuka hanya untuk perniagaan milikan tunggal, perniagaan secara perkongsian dan juga perniagaan Sdn Bhd.

Anda akan mendapat pembiayaan sehingga RM2.5 juta, dan boleh dipersetujui sehingga ke 7 tahun.

SYARAT MOHON PINJAMAN BizPlus/i

Syarat-syarat untuk perniagaan anda memohon pinjaman ini:

  • Perniagaan anda mestilah sudah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun.
  • Perniagaan anda perlulah berdaftar di Malaysia.
  • Perniagaan anda juga tidak boleh mempunyai rekod perbankan / pembiayaan yang buruk dengan mana-mana institusi kewangan.
  • Pihak pengurusan (bagi Sdn Bhd) mestilah memiliki sekurang-kurangnya 51% daripada syer saham.

Terdapat dua lagi kategori pinjaman yang disediakan oleh RHB Bank, iaitu BizPower SME Business Loan dan juga Commercial Business Loan untuk perniagaan besar yang sudah stabil dan mempunyai kewangn yang sangat kukuh.

PINJAMAN PERNIAGAAN BANK RAKYAT 2020

Bank Rakyat juga menyediakan perkhidmatan pinjaman wang untuk perniagaan melalui Skim Pembiayaan Mikro-i ME2.

CARA MOHON SKIM PEMBIAYAAN MIKRO-i ME2

Klik sini: https://www.bankrakyat.com.my/c/perniagaan/skim_kerajaan/pembiayaan_mikro_i_me2-7

Skim ini menawarkan pembiayaan kepada pengusaha dan peniaga kecil yang menawarkan mikro enterpris dalam bentuk:

Modal pusingan – membiayai pembelian/pembayaran perkhidmatan atau stok yang berkaitan langsung dengan produk/perkhidmatan yang dijalankan.

Perbelanjaan kapital – membiayai pembelian aset tetap.

CIRI-CIRI SKIM PEMBIAYAAN MIKRO-i ME2

  • Jumlah pembiayaan maksimum sehingga RM50,000.
  • Tempoh pembiayaan juga adalah minimum 3 bulan, dan mampu dilanjutkan sehingga maksimum 5 tahun.
  • Margin pembiayaan maksimum adalah 90% daripada modal pusingan dan/atau perbelanjaan kapital. Untuk perniagaan/bisnes kecil-kecilan selain daripada Sdn Bhd, anda tidak memerlukan sebarang penjamin.
  • Kadar keuntungan ialah 5% setahun atas kadar rata (flat rate).
  • Tiada bayaran proses.
  • Cagaran tidak diperlukan.
  • Bayaran Duti Setem perlu dibayar oleh pelanggan akan ditolak daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan. Bagi pelanggan Syarikat Sdn Bhd, urusan stamping akan diuruskan oleh pihak peguam.
  • Pembiayaan bertindih tidak dibenarkan.

SYARAT KELAYAKAN MOHON SKIM PEMBIAYAAN MIKRO-i ME2

  • Terbuka kepada pengusaha atau peniaga kecil yang menjalankan mikro enterpris secara langsung dan sepenuh masa.
  • Mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
  • Jenis pemilikan perniagaan yang dibenarkan adalah Pemilik Tunggal, Persendirian, Syarikat Sdn Bhd dan Perkongsian
  • Sektor yang layak memohon adalah sektor Perkilangan dan perkhidmatan berkaitan perkilangan, sektor perkhidmatan (kecuali perkhidmatan insurans dan kewangan), dan sektor pertanian (Produk Asas Tani).
  • Aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah tidak bertentangan dengan syariah.
  • Telah menjalankan perniagaan lebih dari 6 bulan dan menetap di dalam kawasan perniagaan.
  • Telah mendapat sokongan SME Corp untuk memohon pembiayaan di Bank Rakyat.
  • Mempunyai akaun simpanan di Bank Rakyat.
  • Mempunyai rekod kredit yang bersih dan tidak disenaraihitamkan.

 PINJAMAN PERNIAGAAN HONG LEONG BANK 2020

Hong Leong Bank memperkenalkan perkhidmatan pinjaman wang untuk perniagaan. Di bawah adalah ciri-ciri pembiayaan pinjaman ini:

  • Jumlah pembiayaan adalah dari RM 50,000 Sehingga RM 400,000.
  • Tempoh pinjaman sehingga 5 tahun.
  • Dijamin oleh skim yang dibiayai oleh kerajaan.
  • Tiada cagaran dikenakan.

SYARAT KELAYAKAN MOHON PINJAMAN PERNIAGAAN HONG LEONG BANK

  • Perniagaan atau bisnes anda mestilah milikan tunggal, perkongsian atau Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) yang diklasifiskasi sebagai Perusahaan Kecil & Sederhana di bawah Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan (NESDC)
  • Syarikat yang dikawal atau dimiliki oleh rakyat Malaysia yang berdaftar di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 51% pegangan saham.
  • Perolehan Jualan Tahunan melebihi atau bersamaan dengan RM500,000
  • Perniagaan mestilah sudah beroperasi minimum 3 tahun.
  • Memenuhi kriteria kelayakan CGC.

PINJAMAN PERNIAGAAN BSN 2020

Terdapat banyak jenis pinjaman perniagaan daripada BANK BSN,berikut adalah senarai jenis pinjaman yang sediakan:

BSN TemaNiaga (BSN Micro (Konvensional))

  • Pinjaman perniagaan ini sesuai bagi anda yang ingin menjadikannya sebagai modal kerja/perbelanjaan modal/pengubahsuaian premis perniagaan/pembiayaan semula.
  • Jumlah pembiayaan adalah dari RM5000 sehingga RM50000.
  • Tempoh pinjaman minimum 1 tahun sehingga 5 tahun.
  • Sektor perniagaan hanyalah terbuka kepada sektor runcit dan pemborong / pembuatan / perkhidmatan.
  • Perniagaan mestilah milikan tunggal / perkongsian / Syarikat Sendirian Berhad termasuklah perniagaan profesional.
  • Perniagaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia, dan wajib berdaftar dengan
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (LA) / Badan Profesional masing-masing (untuk perniagaan Profesional).
  • Perniagaan mestilah telah beroperasi minimum 2 tahun.

 BSN TemanMesra (BSN Micro (Konvensional))

  • Pinjaman perniagaan ini sesuai bagi anda yang ingin menjadikannya sebagai modal kerja/perbelanjaan modal/pengubahsuaian premis perniagaan.

BSN PKBC (BSN Micro (Konvensional)

  • Pinjaman ini khas untuk penduduk tetap Perkampungan Baru Cina.
  • Pinjaman perniagaan ini sesuai bagi anda yang ingin menjadikannya sebagai modal kerja/perbelanjaan modal/pengubahsuaian premis perniagaan.
  • Jumlah pembiayaan adalah dari RM5000 sehingga RM50000.
  • Tempoh pinjaman minimum 6 bulan sehingga 5 tahun.
  • Sektor perniagaan hanyalah terbuka kepada sektor runcit dan pemborong / pembuatan / perkhidmatan.
  • Perniagaan mestilah milikan tunggal / perkongsian / Syarikat Sendirian Berhad termasuklah perniagaan profesional.
  • Perniagaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia, dan wajib berdaftar dengan
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (LA) / Badan Profesional masing-masing (untuk perniagaan Profesional).
  • Pemohon mestilah merupakan penduduk tetap Perkampungan Baru Cina seperti yang disahkan oleh Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP).
  • Perniagaan mestilah telah beroperasi minimum 6 bulan.

Kemudahan Automasi dan Digitalisasi (ADF) (BSN Micro (Konvensional)

  • Kemudahan Automasi dan Digitalisasi atau Automation and Digitalisation Facility (ADF) adalah skema pinjaman untuk perusahaan sederhana kecil atau Small Medium Enterprise (SME) untuk memberi insentif kepada pengusaha untuk mengotomatisasi proses dan digitalisasi operasi untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan.
  • Terbuka kepada semua perusahaan mikro yang berkelayakan.
  • Tujuan pinjaman adalah untuk pembelian peralatan, mesin, perkakasan dan perisian komputer, penyelesaian dan perkhidmatan IT, perkhidmatan sokongan teknologi dan aset tidak ketara lain.
  • Pembiayaan ini tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai pembiayaan semula kemudahan yang masih ada.
  • Pinjaman adalah sehingga RM250,000.
  • Tempoh pinjaman adalah sehingga 7 tahun
  • Perniagaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (LA)

Agrofood Facility (AF) (BSN Micro (Konvensional)

  • Agrofood Facility (AF) adalah skema pinjaman yang ditawarkan kepada Perusahaan Sederhana Kecil (PKS) untuk meningkatkan pengeluaran makanan untuk penggunaan dan eksport domestik.
  • Terbuka kepada semua perusahaan mikro yang berkelayakan.
  • Tujuan pinjaman adalah sebagai modal kerja/perbelanjaan modal/pembangunan projek pertanian. Pembiayaan ini tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai pembiayaan semula kemudahan yang masih ada.
  • Pinjaman adalah sehingga RM250,000.
  • Tempoh pinjaman adalah sehingga 7 tahun
  • Perniagaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (LA)

TemaNiaga-i Tawarruq (BSN Micro-i (Islamic)

  • Berlandaskan konsep syariah iaitu konsep Tawarruq yang terdiri daripada kontrak Ba’i Murabahah dan Wakalah menggunakan komoditi (aset pendasar) yang disediakan oleh penyedia komoditi yang diluluskan.
  • Pinjaman perniagaan ini sesuai bagi anda yang ingin menjadikannya sebagai modal kerja/perbelanjaan modal/pengubahsuaian premis perniagaan.
  • Pinjaman adalah dari RM5,000 sehingga RM50,000.
  • Tempoh pinjaman adalah dari 1 tahun sehingga 5 tahun
  • Perniagaan mestilah milikan tunggal / perkongsian / Syarikat Sendirian Berhad termasuklah perniagaan profesional.
  • Perniagaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia, dan wajib berdaftar dengan
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (LA) / Badan Profesional masing-masing (untuk perniagaan Profesional).
  • Sektor perniagaan dibuka hanya untuk runcit dan borong, pembuatan serta perkhidmatan.
  • Perniagaan mestilah telah beroperasi minimum selama 2 tahun.

PKBC-i Murabahah (BSN Micro-i (Islamic)

  • Pinjaman ini khas untuk penduduk tetap Perkampungan Baru Cina. Pinjaman ini menggunakan konsep Murahabah di mana transaksi jual beli untuk membiayai perolehan aset di mana kos dan margin keuntungan hendaklah diisytiharkan dan dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat.
  • Pinjaman perniagaan ini sesuai bagi anda yang ingin menjadikannya sebagai perbelanjaan modal.
  • Jumlah pembiayaan adalah dari RM5000 sehingga RM50000.
  • Tempoh pinjaman minimum 6 bulan sehingga 5 tahun.
  • Sektor perniagaan hanyalah terbuka kepada sektor runcit dan pemborong / pembuatan / perkhidmatan.
  • Perniagaan mestilah milikan tunggal / perkongsian / Syarikat Sendirian Berhad termasuklah perniagaan profesional.
  • Perniagaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia, dan wajib berdaftar dengan
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (LA) / Badan Profesional masing-masing (untuk perniagaan Profesional).
  • Pemohon mestilah merupakan penduduk tetap Perkampungan Baru Cina seperti yang disahkan oleh Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP).
  • Perniagaan mestilah telah beroperasi minimum 6 bulan.

Kemudahan Automasi dan Digitalisasi-i (ADF) (BSN Micro-i (Islamic))

  • Kemudahan Automasi dan Digitalisasi-i atau Automation and Digitalisation Facility-i (ADF) adalah skema pinjaman untuk perusahaan sederhana kecil atau Small Medium Enterprise (SME) untuk memberi insentif kepada pengusaha untuk mengotomatisasi proses dan digitalisasi operasi untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan.
  • Terbuka kepada semua perusahaan mikro yang berkelayakan.
  • Tujuan pinjaman adalah untuk pembelian peralatan, mesin, perkakasan dan perisian komputer, penyelesaian dan perkhidmatan IT, perkhidmatan sokongan teknologi dan aset tidak ketara lain. Pembiayaan ini tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai pembiayaan semula kemudahan yang masih ada.
  • Pinjaman adalah sehingga RM50,000.
  • Tempoh pinjaman adalah sehingga 5 tahun
  • Perniagaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (LA)

Agrofood Facility-i (AF) (BSN Micro-i (Islamic)

  • Agrofood Facility-i (AF) adalah skema pinjaman yang ditawarkan kepada Perusahaan Sederhana Kecil (PKS) untuk meningkatkan pengeluaran makanan untuk penggunaan dan eksport domestik.
  • Terbuka kepada semua perusahaan mikro yang berkelayakan.
  • Tujuan pinjaman adalah sebagai modal kerja/perbelanjaan modal/pembangunan projek pertanian. Pembiayaan ini tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai pembiayaan semula kemudahan yang masih ada.
  • Pinjaman adalah sehingga RM50,000.
  • Tempoh pinjaman adalah sehingga 5 tahun
  • Perniagaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (LA)

Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PTF) (BSN Micro-i (Islamic)

  • Pelancongan Pembiayaan PENJANA (PTF) adalah skim pembiayaan yang ditawarkan untuk menyokong usahawan mikro dan PKS yang layak di sektor pelancongan dengan mengekalkan kemampuan mereka dan membantu mereka untuk menyesuaikan diri dan tetap dapat bertahan selepas COVID-19.
  • Pinjaman khas untuk modal kerja/perbelanjaan modal
  • Pinjaman adalah dari RM5,000 sehingga RM50,000.
  • Tempoh pinjaman adalah dari 1 tahun sehingga 5.5 tahun, termasuklah 6 bulan pertama moratorium ansuran bulanan.
  • Kelayakan adalah terbuka kepada usahawan yang perniagaannya berkaitan dengan pelancongan teras atau perniagaan yang mempunyai kaitan secara minoriti dengan pelancongan.
  • Pemohon adalah bukan bukan penerima Kemudahan Khas / i (SRF / i) dan / atau BSN Mikro / i Kredit Prihatin dan / atau BSN Mikro / i Kredit PENJANA.
  • Perniagaan mestilah milikan tunggal / perkongsian / Syarikat Sendirian Berhad termasuklah perniagaan profesional.
  • Perniagaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk Semenanjung Malaysia, manakala untuk Sabah san Sarawak, mestilah berdaftar dengan pejabat berkuasa/daerah/MOTAC (untuk homestay di bawah tempat penginapan pelancong) / Perakuan Pendaftaran Pemegang Homestay
  • Perniagaan telah beroperasi minimum selama 6 bulan.

Tags: #CARA BUAT PINJAMAN PERNIAGAAN RHB SME #PINJAMAN PERNIAGAAN 2020 #PINJAMAN PERNIAGAAN 2020:PEMBIAYAAN UNTUK MEMULAKAN BISNES

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    GKP 2.0:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinGKP 2.0:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN APA ITU GKP 2.0 Bantuan
    GERAN KHAS PRIHATIN 2.0: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinGERAN KHAS PRIHATIN 2.0: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PERMOHONAN Bagi anda yang ingin
    CARA KEMASKINI BPN 2.0
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA KEMASKINI BPN 2.0 Untuk makluman bayaran BPN 2.0 fasa pertama akan
    CARA DAFTAR BPN 2.0
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA DAFTAR BPN 2.0 Jika anda tidak pernah buat permohonan BPN pertama

    Leave a reply "PINJAMAN PERNIAGAAN 2020:PEMBIAYAAN UNTUK MEMULAKAN BISNES"