PINJAMAN RUMAH TANPA SLIP GAJI: Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

PINJAMAN RUMAH TANPA SLIP GAJI: Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

PINJAMAN RUMAH TANPA SLIP GAJI

Kepada individu yang berpendapatan tidak tetap dan tiada slip gaji tetapi ingin memiliki rumah kediaman sendiri, anda boleh membuat permohonan pinjaman melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP). Disini kami akan kongsikan cara buat pinjaman tanpa slip gaji, semoga membantu.

 

APA ITU SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN

Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) adalah satu skim perumahan yang merangkumi pembelian rumah kos rendah dan sederhana sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daripada terjual atau lelongan.

SJKP ini dibuat adalah untuk membantu individu berkelayakan yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan slip gaji untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan gadai janji.

 

SYARAT KELAYAKAN SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan bagi membuat permohonan pinjaman perumahan tanpa slip gaji:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas.
  3. Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
  4. Pembelian rumah kediaman baru / didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
  5. Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dan lain-lain atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM300 juta yang pertama sahaja).
  6. Pemohon mestilah bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat.
  7. Pembayaran bulanan kesemua pinjaman <65% daripada pendapatan kasar.
  8. Rekod tunggakan CCRIS 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
  9. Tidak mempunyai rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.

 

SENARAI BANK YANG TERLIBAT SKJP

Berikut adalah merupakan bank yang terlibat skim ini:

  • Affin Bank, Affin Islamic.
  • Maybank, Maybank Islamic.
  • Alliance Bank, Alliance Islamic Bank.
  • Bank Muamalat.
  • Bank Rakyat.
  • Agro Bank.
  • AmBank Group, AmIslamic Bank.
  • Bank Islam BSN.
  • Hong Leong Bank.
  • Hong Leong Islamic Bank.

 

CARA PERMOHONAN SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN

Kepada individu yang berkelayakan dan ingin membuat pinjaman rumah, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Kenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli atau resit bayaran tempahan.
  2. Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga.
  3. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF. Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.
  4. Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.
  5. Permohonan bukan secara terus ke pejabat SJKP Berhad tetapi dilakukan di cawangan institusi kewangan yang menyertai skim ini.

 

MAKLUMAT LANJUT PINJAMAN TANPA SLIP GAJI

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pinjaman rumah tanpa slip gaji,  sila layari laman rasmi SJKP di pautan https://www.sjkp.com.my

 

ARTIKEL LAIN

BSN MyHOME:PERMOHONAN PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT(Borang)

 

Leave a Comment