PKP FASA KEDUA : SENARAI PERATURAN & DOKUMEN TERKINI YANG PERLU DIBAWA

PKP FASA KEDUA : SENARAI PERATURAN & DOKUMEN TERKINI YANG PERLU DIBAWA

PKP FASA KEDUA

Berikut adalah senarai peraturan terkini untuk Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Kedua(1 April – 14 April 2020) Sumber Majlis Keselamatan Negara(MKN) :

  • PKP Tahap 2 ini berbeza daripada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di Simpang Renggam dan Hulu Langat.

 

  • Semua premis perniagaan yang menjual keperluan harian termasuk Pasar Raya dan Pasar dibenarkan beroperasi dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam.

 

  • Restoran dan Kedai Makan boleh beroperasi dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam

 

  • Operasi Stesen Minyak diterhadkan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam

 

  • Perkhidmatan Penghantaran Makanan (Delivery) juga dibenarkan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.

 

  • Kerajaan menggalakkan orang ramai supaya membuat pembelian secara dalam talian (online).

INFO PKP FASA KEDUA

PKP FASA KEDUA

  • Waktu operasi pengangkutan awam dari 6 pagi hingga 10 pagi dan 5 petang hingga 10 malam sahaja.

 

  • Kenderaan persendirian hanya dibenarkan di antara jam 6 pagi sehingga 10 malam, termasuk perkhidmatan E-Hailing dan teksi.
    PKP FASA KEDUA

 

  • Semua kenderaan persendirian hanya dibenarkan seorang sahaja iaitu pemandu kecuali waktu kecemasan.

 

  • Pengangkutan komersial membabitkan barangan keperluan seperti makanan dan perubatan digalakkan beroperasi dari 7 malam sehingga 7 pagi.

 

  • Aktiviti riadah dan sosial tidak dibenarkan di kawasan awam dan persendirian.

 

  • Kelonggaran diberi kepada golongan Autism dan Kurang Upaya (OKU) untuk mendapatkan terapi seperti dinasihatkan pakar dan ini tidak dibenarkan secara berkumpulan.

 

  • Kerajaan memutuskan harga siling topeng muka iaitu RM1.50. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memantau pematuhan harga siling baharu ini.SENARAI DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA BERSAMA APABILA KELUAR RUMAH SEMASA PKP

    Berikut adalah senarai dokumen yang perlu dibawa jika anda mahu keluar rumah dengan lancar dan selamat :

  • Kad Pengenalan diri
  • Bil elektrik/bil air untuk buktikan alamat rumah anda
  • surat atau temujanji dengan doktor jika anda perlu berjumpa doktor
  • surat kebenaran bekerja oleh majikan jika anda dikehendaki bekerja.Minta majikan buat surat
  • kad kerja atau agensi yang berkaitan dengan tugas anda. Contohnya wartawan atau petugas kesihatan
  • surat penghantaran/ delivery barang jika anda bekerja dalam sektor penghantaran barang.
  • surat dialisis jika anda perlu ke pusat dialisis.
  • lain-lain yang berkaitan

Tags: #PKP FASA KEDUA #SENARAI DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA BERSAMA APABILA KELUAR RUMAH SEMASA PKP #SENARAI PERATURAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN FASA KEDUA

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE Maklumat terkini tentang
    BAYARAN GKP 2.0 BERMULA 30 NOVEMBER
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBAYARAN GKP 2.0 BERMULA 30 NOVEMBER Kepada yang telah membuat permohonan GKP
    CHECK KWSP GUNA NOMBOR IC(NOMBOR AHLI KWSP)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCHECK KWSP GUNA NOMBOR IC(NOMBOR AHLI KWSP) Berdasarkan situasi sekarang,ramai ahli KWSP
    SEMAKAN PERMOHONAN GKP 2.0 BERMULA 27 NOVEMBER
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSEMAKAN PERMOHONAN GKP 2.0 BERMULA 27 NOVEMBER Kepada yang telah membuat permohona

    Leave a reply "PKP FASA KEDUA : SENARAI PERATURAN & DOKUMEN TERKINI YANG PERLU DIBAWA"