PROGRAM DERMASISWA B40 TAHUN 2020 : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN

PROGRAM DERMASISWA B40 TAHUN 2020 : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN

PROGRAM DERMASISWA B40 TAHUN 2020

Program Dermasiswa B40 bagi tahun 2020 merupakan penajaan yang berfokus kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) daripada latar belakang keluarga B40.

Penajaan di bawah program ini adalah bagi pengajian yang ditawarkan di Universiti Awam (UA), Politeknik dan Institut Kemahiran Awam (IKA).

SEMAKAN SYARAT PERMOHONAN

Calon-calon mestilah memenuhi syarat umum dan syarat khusus permohonan seperti berikut :

SYARAT UMUM

(i) Warganegara Malaysia.

(ii) Mempunyai kesihatan yang baik.

(iii) Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2019 buat kali pertama.

(iv) Umur belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan).

(v) Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA.

(vi) Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari manamana pihak di peringkat pengajian yang sama.

(vii)Pendapatan perkapita dalam kategori B40 iaitu RM4,359.00 sebulan dan ke bawah.

SYARAT KHUSUS

(i) Bagi Institut Kemahiran Awam (IKA) yang merangkumi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) / Institut Kemahiran MARA / Kolej Kemahiran Tinggi MARA / Kolej Komuniti / Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) / Institut

Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI):

(a) Menduduki SPM pada tahun 2019 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana satu (1) subjek lain yang diambil;

dan

(b) Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.

(ii) Bagi UA dan Politeknik:

(a) Menduduki SPM pada tahun 2019 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana tiga (3) subjek lain yang diambil.

(b) Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.

CARA PERMOHONAN PROGRAM DERMASISWA B40 TAHUN 2020

Permohonan dibuka secara atas talian (online) di Portal Esila http://esilav2.jpa.gov.my/ selama tujuh (7) hari mulai 13 hingga 19 Julai 2020.

Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.

Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Dermasiswa B40 Tahun 2020 sebagai bukti  permohonan telah dibuat.

Tawaran penajaan ini akan disiarkan melalui laman web JPA di http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my/.

Baca tentang KEMPEN E-DAGANG PENJANA : CARA DAFTAR & SENARAI MANFAAT UNTUK USAHAWAN PKS

SOAL  JAWAB PROGRAM DERMASISWA B40 TAHUN 2020

Apakah bidang pengajian yang tidak ditaja?

Bidang Pengajian yang tidak ditaja adalah seperti berikut:

-Pendidikan.

-Kejururawatan.

-Sijil Profesional untuk perlesenan seperti lesen penerbangan (Aircraft Maintenance License).

-Kursus Profesional seperti Certified Legal Practitioner (CLP) dan Chartered Accountancy (CA).

Saya menduduki peperiksaan SPM 2018. Bolehkah saya memohon Program Dermasiswa B40 Tahun 2020?

Tidak. Program Dermasiswa B40 Tahun 2020 hanya dibuka kepada pelajar lepasan SPM tahun 2019 sahaja.

Adakah saya layak memohon sekiranya pendapatan perkapita melebihi RM 4,359.00?

Pendapatan perkapita dalam kategori B40 iaitu RM4,359.00 sebulan dan ke bawah sahaja yang memenuhi syarat permohonan.

Sekiranya saya menolak tawaran biasiswa di bawah Program Dermasiswa B40 Tahun 2020, adakah saya layak dipertimbangkan sebarang penajaan lain di JPA?

Ya. Pelajar boleh memohon apa-apa program penajaan lain yang ditawarkan oleh JPA sekiranya melepasi syarat-syarat permohonan program penajaan.

Apakah nombor atau saluran yang boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan?

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 mulai 13 hingga 17 Julai 2020 (hari bekerja) dari jam 9:00 pagi hingga jam 4:30 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do.

Bilakah tarikh tutup permohonan program ini?

Tarikh tutup permohonan ialah pada 19 Julai 2020 jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Bilakah tarikh keputusan permohonan program ini akan dimaklumkan?

Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan dalam portal eSILA di alamat https://esilav2.jpa.gov.my/ pada Oktober 2020. Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam portal berkenaan.

Tags: #PROGRAM DERMASISWA B40 TAHUN 2020 #PROGRAM DERMASISWA B40 TAHUN 2020 : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN #PROGRAM DERMASISWA B40 TAHUN 2020 ONLINE

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    SKIM BANTUAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM(UA)/POLITEKNIK(Anak-Anak Veteran ATM)
    SKIM BANTUAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM(UA)/POLITEKNIK(Anak-Anak Veteran ATM)   APA ITU JABATAN HAL
    BANTUAN KHAS COVID 19 NADMA:SEMAKAN PERMOHONAN & BORANG BANTUAN KHAS COVID 19 RM100 SEHARI
    BANTUAN KHAS COVID 19 NADMA:SEMAKAN PERMOHONAN & BORANG BANTUAN KHAS COVID 19 RM100
    SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPk:BORANG PERMOHONAN & SEMAKAN BANTUAN
    SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPk:BORANG PERMOHONAN & SEMAKAN BANTUAN   Untuk makluman,Majlis Agama Islam
    MySPR SEMAK:SEMAKAN MAKLUMAT PENGUNDIAN (Check Tempat Mengundi & Saluran)
    MySPR SEMAK:SEMAKAN MAKLUMAT PENGUNDIAN (Check Tempat Mengundi & Saluran)   APA ITU MySPR
    1. author

      NURUL ASYIQIN BINTI MARIJAN1 year ago

      apa yg saya dpt kalau diterima program b40 dermasiswa ini

      Reply
    2. author

      NARANIN A/L MUNIYANDY11 months ago

      Semakan keputusan dermasiswa 20
      2020MATHURAN A/L NARANIN. 20020403100875

      Reply
    3. author

      Muhammmad ed5 months ago

      Saya mohon telefon yes.
      Blh dpat x

      Reply

    Leave a reply "PROGRAM DERMASISWA B40 TAHUN 2020 : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN"