PROGRAM FOOD BANK MALAYSIA,ANDA LAYAK?

Program Food Bank Malaysia

Program Food Bank Malaysia adalah usaha kerajaan meringankan kesan kenaikan kos sara hidup dan mengurangkan pembaziran makanan di kalangan rakyat Malaysia.

Ia antara inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selepas diterajui Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Selain itu,ia satu inisiatif untuk mengumpul makanan yang dihasilkan daripada peruncitan, perhotelan dan restoran, untuk diagihkan lebihan makanan untuk golongan kurang berkemampuan.

Siapakah golongan sasar Program Food Bank Malaysia?

1. Penerima yang terdiri daripada isi rumah berpendapatan kurang RM930 sebulan dan berdasarkan maklumat eKasih

2. Rumah kebajikan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menempatkan anak yatim dan warga emas

3. Isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah B40.

4. Ketua isi rumah (KIR) di bawah paras garis kemiskinan di seluruh negara

5. Golongan kurang bernasib baik seperti gelandangan

6. Penuntut institusi pengajian tinggi awam

Berikut adalah kebaikan program Food Bank Malaysia :

1. Mewujudkan struktur pengurusan lebihan makanan lebih tersusun.

2. Membantu industri peruncitan yang mana program ini dapat mengatasi pembaziran makanan

3. Dapat menyelamatkan lebihan makanan sejak ia dilaksanakan.

4. Boleh menjimatkan perbelanjaan pembelian makanan, dan secara tidak langsung meningkatkan pendapatan boleh guna untuk perkara penting lain

5. Meringankan kesan kenaikan kos sara hidup

Bagaimanakah Pelaksanaan  Program Food Bank Malaysia ?

Program Food Bank Komuniti

Makanan dan barangan dikumpulkan, kemudian diedarkan seminggu sekali kepada kumpupan sasaran di zon yang ditetapkan.

Program Food Bank Siswa

Program ini dijalankan melalui dua kaedah iaitu Food Pantry dan Central Kitchen di kampus universiti.

1. Food Pantry adalah ruang simpanan makanan kering yang dikendalikan oleh persatuan pelajar.

Pelajar yang berkelayakan boleh mengambil makanan berdasarkan jadual yang ditetapkan.

2. Central Kitchen pula mengedarkan barangan makanan bermasak kepada pelajar.

Senarai Universiti Awam yang telah berjaya dilancarkan Program Food Bank Siswa:

 

Senarai Universiti Awam
Universiti Malaya (UM)
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh branch in Pulau Pinang
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Cheras branch in Kuala Lumpur
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam branch in Selangor
Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Universiti Utara Malaysia (UUM)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Tags: #B40 #FOOD BANK MALAYSIA #KPDNHEP #Program Food Bank Siswa #Universiti Awam

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE Maklumat terkini tentang
    BAYARAN GKP 2.0 BERMULA 30 NOVEMBER
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBAYARAN GKP 2.0 BERMULA 30 NOVEMBER Kepada yang telah membuat permohonan GKP
    CHECK KWSP GUNA NOMBOR IC(NOMBOR AHLI KWSP)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCHECK KWSP GUNA NOMBOR IC(NOMBOR AHLI KWSP) Berdasarkan situasi sekarang,ramai ahli KWSP
    SEMAKAN PERMOHONAN GKP 2.0 BERMULA 27 NOVEMBER
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSEMAKAN PERMOHONAN GKP 2.0 BERMULA 27 NOVEMBER Kepada yang telah membuat permohona
    1. author

      Zainab binti Isa6 months ago

      Saya sekeluarga amat memerlukan bantuan kerana telah terputus bekalan makanan. Pendapatan suami terjejas dengan tanggungan 4 anak yg masih kecil. Mohon pihak tuan pertimbangkan.

      Reply

    Leave a reply "PROGRAM FOOD BANK MALAYSIA,ANDA LAYAK?"