UJIAN GENIUS@PINTAR UKM1 2024(Pencarian Murid Pintar & Berbakat)

UJIAN GENIUS@PINTAR UKM1(Pencarian Murid Pintar & Berbakat)

UJIAN GENIUS@PINTAR UKM1

 

Kepada pelajar atau murid yang berkelayakan atau bernakat ingin memasuki Pusat Genius@Pintar UKM, anda seharusnya menyertai ujian asas terlebih dahulu iaitu Ujian Genius@Pintar UKM1 yang diadakan secara dalam talian. Disini kami kongsikan sedikit perincian ujian ini, semoga membantu.

 

APA ITU UJIAN GENIUS@PINTAR

Ujian Genius@Pintar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diperkenalkan bagi mencari murid yang pintar dan berbakat di seluruh Malaysia bagi memasuki Pusat Genius@Pintar UKM. Tujuan mengambil ujian bagi mengenal pasti dan dikembangkan bakat akademik mereka menerusi program yang dijalankan di pusat ini.

 

KURIKULUM PUSAT GENIUS@PINTAR

Berikut adalah merupakan Kurikulum (compacting curriculum) yang digunakan di Pusat Genius@Pintar iaitu:

  • Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
  • Kursus Advance Placement (AP)
  • Kursus Tahun Satu Universiti seperti Aljabar Linear dan Kalkulus
  • Pembelajaran bahasa antarabangsa (Bahasa Jerman, Bahasa Jepun, Bahasa Arab, Mandarin dan Bahasa Korea).

Kepada murid yang menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam akademik dibenarkan menjalani program pecutan pembelajaran (Accelerated Learning Program) yang melibatkan 3 jenis pecutan iaitu:

  • Pecutan berdasarkan topik subjek-subjek tertentu
  • Pecutan berdasarkan subjek
  • Pecutan gred

 

SYARAT KELAYAKAN PUSAT GENIUS@PINTAR

Bagi murid yang berminat ingin memasuki puast GENIUS@Pintar UKM perlu melepasi syarat kelayakan berikut:

  1. Lulus Ujian UKM1
  2. Lulus Ujian UKM2 serta Menyertai dan berjaya menamatkan program Perkhemahan Cuti Sekolah dan
  3. Lulus ujian UKM3.

 

TARIKH UJIAN GENIUS@PINTAR

Ujian UKM1 yang diadakan secara dalam talian (online) bermula 1 Februari 2024 hingga 15 Jun 2024.

 

TATACARA KEMASUKAN PUSAT GENIUS@PINTAR

Berikut adalah merupakan tatacara bagi kemasukan:

  • Ujian UKM 1 diadakan pada 1 Februari sehingga 31 Mei setiap tahun bagi murid di Malaysia berumur 8 hingga 15 tahun.
  • Ujian UKM1 hanya boleh dijawab sekali sahaja dalam tahun semasa dan jika terdapat akaun palsu yang dicipta untuk menjawab semula ujian, murid akan disenarai hitam dan digugurkan kelayakan menduduki ujian UKM2.
  • Murid yang melepasi skor kelayakan akan ditawarkan menduduki ujian UKM2 untuk ujian saringan kedua.

 

CARA PERMOHONAN UJIAN GENIUS@PINTAR

Sekiranya murid yang berminat boleh membuat permohonan seperti berikut:

  1. Layari laman web ujian UKM1: http://ukm1.permatapintar.ukm.my/
  2. Pada menu utama klik Ujian UKM1
  3. Masukkan no kad pengenalan dan klik seterusnya
  4. Isi maklumat murid dengan lengkap dan klik Daftar Pelajar Baru
  5. Jawab ujian tersebut sehingga tamat.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai ujian Genius@Pintar, UKM, sila merujuk laman laman rasmi UKM di pautan https://www.ukm.my/geniuspintar/

 

ARTIKEL LAIN

LOGIN DELIMA KPM 2023(Lupa Password ID Log Masuk Guna Aplikasi)

 

2 thoughts on “UJIAN GENIUS@PINTAR UKM1 2024(Pencarian Murid Pintar & Berbakat)”

Leave a Comment