PROGRAM JARINGAN PRIHATIN:PERMOHONAN BANTUAN GOLONGAN B40,CALON SPM & STPM 2021

PROGRAM JARINGAN PRIHATIN:PERMOHONAN  BANTUAN GOLONGAN B40,CALON SPM & STPM 2021

PROGRAM JARINGAN PRIHATIN

APA ITU PROGRAM JARINGAN PRIHATIN?

Ini adalah satu inisiatif kerajaan untuk mengurangkan beban yang ditanggung rakyat kerana terpaksa melanggan internet untuk tujuan pembelajaran atau pekerjaan dari rumah.

Program Jaringan Prihatin yang menelan belanja RM1.5 bilion bakal dimanfaatkan lapan juta penduduk daripada kumpulan berpendapatan rendah B40.

Antara yang menjadi perhatian adalah bagi mengurangkan beban kewangan rakyat dalam mendapatkan kemudahan internet apabila setiap orang akan menerima RM180 untuk dibelanjakan.

Ia boleh digunakan untuk perbelanjaan langganan internet atau menampung sebahagian kos pembelian telefon bimbit baharu.

Ditambah pula sumbangan RM1.5 bilion daripada pihak industri kepada golongan sasaran sama.

Macam cara nak TEBUS RM300/RM180 Program Jaringan Prihatin?

SENARAI PROGRAM JARINGAN PRIHATIN 2021

Golongan isi rumah B40, calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di seluruh negara akan berpeluang menikmati kemudahan Internet yang lebih baik melalui pelbagai inisiatif yang bakal dilaksanakan oleh Kerajaan pada suku pertama tahun 2021 nanti.

Berikut adalah senarai Program Jaringan Prihatin yang bakal dilaksanakan:

  • Enam syarikat telekomunikasi iaitu Celcom,Digi,Maxis,U Mobile,Telekom Malaysia(TM) dan TIME akan menawarkan capaian WIFI percuma di kawasan umum di 130 Program Perumahan Rakyat(PPR) terpilih di seluruh negara akhir bulan April 2021.
  • Waktu operasi semua Pusat Internet Komuniti(PIK) akan dilanjutkan iaitu dari pukul 9:00 pagi sehingga 9:00 malam
  • Kerajaan dengan kerjasama pihak industri juga akan melaksanakan program subsidi Jaringan Prihatin untuk golongan B40 seperti yang diperuntukan dalam Belanjawan 2021.Program ini bermula pada Mac 2021 dan melibatkan peruntukan kredit telekomunikasi bernilai RM180 seorang (RM15 sebulan) atau subsidi bagi menampung sebahagian kos pembelian peranti pintar kepada golongan B40.Rujuk BANTUAN B40 RM180:LANGGAN INTERNET/PEMBELIAN TELEFON BIMBIT BARU
  • Kemudahan data 1GB Percuma yang terdahulunya akan tama pada 31 Disember 2020 akan dilanjutkan sehingga bermula program subsidi Jaringan Prihatin.
  • Syarikat-syarikat telekomunikasi juga akan memperkenalkan tawaran pakej Pakej Data Khas SPM/STPM 2021 sehingga tamat peperiksaan pada akhir 2021.Pakej ini dijangka akan ditawarkan mulai 6 Januari 2021 dan maklumat lanjut boleh didapati di lama web MCMC dan syarikat perkhidmatan telekomunikasi masing-masing.


PAKEJ DATA KHAS SPM/STPM 2021

Satu kemudahan kepada calon-calon SPM,STPM  untuk menikmati kemudahan internet.

Berikut adalah senarai kemudahan yang disediakan dalam PAKEJ DATA KHAS SPM/STPM 2021:

Lima syarikat telekomunikasi iaitu Celcom,Digi,Maxis,U Mobile dan Telekom Malaysia(TM) akan menawarkan kemudahan pas data prabayar pada harga RM20 untuk 15GB bagi tempoh 30 hari bermula 6 Januari 2021.

Program Learning From Home(LFH) oleh syarikat YTL telah dilanjutkan sehingga berakhirnya peperiksaan SPM dan STPM. Melalui LFH,pakej percuma dan kad SIM juga ditawarkan kepada para pelajar diseluruh negara.Para pelajar daripada golongan B40 juga boleh memohon untuk mendapatkan telefon bimbit secara percuma.

Lima syarikat telekomunikasi iaitu Celcom,Digi,Maxis, Telekom Malaysia(TM) dan YTL masing-masing melanjutkan kelas-kelas dalam talian percuma mereka. Senarai kelas dalam talian percuma anjuran syarikat-syarikat telekomunikasi berkenaan adalah seperti berikut:

PROGRAM JARINGAN PRIHATIN

SOALAN LAZIM

Betul ke ada penambahbaikan Program JaringanPrihatin?

Betul,bantuan kredit telekomunikasi menerusi subsidi program jaringan PRIHATIN untuk isi rumah yang mempunyai anak bersekolah akan ditambah baik kepada RM300 bagi pembelian telefon pintar atau peranti baharu.

Berapa kadar Program JaringanPRIHATIN bagi yang mempunyai anak bersekolah?

RM300

Berapa kadar Program JaringanPRIHATIN bagi yang tidak mempunyai anak bersekolah?

RM180

Adakah semua penerima BPR layak menerima bantuan ini?

Ya

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sila rujuk dan layari portal MCMC :https://www.mcmc.gov.my/

 

Tags: #APA ITU PROGRAM JARINGAN PRIHATIN? #kelas dalam talian percuma anjuran syarikat-syarikat telekomunikasi #Kemudahan Data 1GB dilanjutan #kemudahan pas data prabayar pada harga RM20 untuk 15GB bagi tempoh 30 hari #kredit telekomunikasi bernilai RM180 seorang (RM15 sebulan) #PAKEJ DATA KHAS SPM/STPM 2021 #PROGRAM JARINGAN PRIHATIN #Waktu Operasi Pusat Internet Komuniti(PIK) Dilanjutkan #WIFI PERCUMA KAWASAN PPR

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    CANCEL SUBSIDI JARINGAN PRIHATIN:CARA BATAL & PILIH TELCO LAIN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCANCEL SUBSIDI JARINGAN PRIHATIN:CARA BATAL & PILIH TELCO LAIN Jika anda telah
    PENDAFTARAN PROGRAM JARINGAN PRIHATIN B40:BANTUAN RM300 PERANTI,RM180 DATA
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPENDAFTARAN PROGRAM JARINGAN PRIHATIN B40:BANTUAN RM300 PERANTI,RM180 DATA Macam mana nak tebus
    CARA TEBUS RM300/RM180(PENAWARAN KREDIT SUBSIDI):PROGRAM JARINGAN PRIHATIN B40
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA TEBUS RM300/RM180(PENAWARAN KREDIT SUBSIDI):PROGRAM JARINGAN PRIHATIN B40 Kepada golongan B40,anda boleh
    1. author

      Shaiful azahari bin shaharuddin6 months ago

      Program jaringan prihatin:permohonan bantuan golongan B40

      Reply
    2. author

      AZILA ANAK JALIMIN5 months ago

      Permohonan bantuan Golongan B40

      Reply
    3. author

      Barry herry4 months ago

      PROGRAM JARINGAN PRIHATIN:PERMOHONAN BANTUAN GOLONGAN B40,CALON SPM & STPM 2021″

      Reply
    4. author

      Azmie Riman3 months ago

      PROGRAM JARINGAN PERIHATIN: Permohonan Bantuan Golongan B40

      Reply
    5. author

      Mohd Khairul mohd2 months ago

      PROGRAM JARINGAN PRIHATIN:PERMOHONAN BANTUAN GOLONGAN B40,CALON SPM & STPM 2021

      BAGAIMANA?

      Reply
    6. author

      Aznida2 months ago

      Program jaringan prihatin

      Reply
    7. author

      Amran bin zakaria2 months ago

      PROGRAM JARINGAN PRIHATIN:PERMOHONAN BANTUAN GOLONGAN B40

      Reply
    8. author

      TutySardi2 months ago

      “PROGRAM JARINGAN PRIHATIN:Permohanan Bantuan Golongan B40,Calon spm & stpm 2021”

      Reply
    9. author

      NUR LIYANA BINTI RAMLEE2 months ago

      CARA TEBUS RM300/RM180(PENAWARAN KREDIT SUBSIDI) :PROGRAM JARINGAN PRIHATIN B40

      Reply
    10. author

      Noor Burhanuddin2 months ago

      Cara tebus
      RM300/RM180 B40
      JARINGAN SUBSIDI PRIHATIN B40

      Reply
    11. author

      Masnuyah salim2 months ago

      Cara memohon bantuan jaringan prihatin b40..

      Reply
    12. author

      Xiinong2 months ago

      Permohonan program jaringan prihatin

      Reply

    Leave a reply "PROGRAM JARINGAN PRIHATIN:PERMOHONAN BANTUAN GOLONGAN B40,CALON SPM & STPM 2021"