PROGRAM LATIHAN PENJANA KERJAYA

PROGRAM LATIHAN PENJANA KERJAYA

PROGRAM LATIHAN PENJANA KERJAYA

Menyediakan latihan semula (reskilling and upskilling) termasuk program place and train yang berdasarkan keperluan majikan dan pekerja yang diambil di bawah PenjanaKerjaya.

SYARAT PROGRAM LATIHAN PENJANA KERJAYA

Senarai syarat program latihan di bawah PenjanaKerjaya adalah seperti berikut :

  1. Majikan yang mengambil pekerja (kecuali perantis) di bawah PenjanaKerjaya layak memohon untuk menjalani latihan semula atau peningkatan kemahiran (re-skilling & upskilling) berdasarkan keperluan pekerjaan atau industri berkenaan;
  2. Senarai kursus latihan yang diperakukan oleh PERKESO akan disenaraikan secara terperinci di laman sesawang penjanakerjaya.perkeso.gov.my dan akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa; dan

iii. Kadar yuran latihan maksimum RM4,000 bagi seorang pekerja yang diambil di bawah PenjanaKerjaya.

TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN PENJANA KERJAYA

Program Latihan di bawah PenjanaKerjaya dibuka untuk permohonan mulai 1 Julai 2020.

CARA MAJIKAN MEMBUAT PERMOHONAN PROGRAM LATIHAN PENJANA KERJAYA

Cara majikan untuk membuat permohonan kursus bagi pekerja di bawah Program Latihan ini adalah seperti berikut :

Majikan boleh memilih kursus yang tersenarai di bawah Program Latihan PenjanaKerjaya di laman sesawang penjanakerjaya.perkeso.gov.my serta perlu mendapat kelulusan atau pengesahan daripada PERKESO.

Kepada fresh grad, ini CARA FRESH GRAD 2020 DAPAT KERJA DENGAN MUDAH

SENARAI  KURSUS YANG DITAWARKAN DIBAWAH PROGRAM INI

Berikut adalah senarai  kursus yang ditawarkan :

Hanya kursus yang telah diluluskan oleh PERKESO dan tersenarai di bawah PenjanaKerjaya sahaja yang ditawarkan.

SIAPA YANG PERLU MEMBUAT PERMOHONAN

Majikan perlu mengemukakan permohonan latihan berdasarkan keperluan pekerja yang diambil di bawah insentif ini.

TEMPOH PROGRAM LATIHAN

Tempoh latihan di bawah PenjanaKerjaya adalah bergantung kepada jenis kursus yang merangkumi soft skill, hard skill, transferable skill, occupation – specific dan hybrid yang tidak melebihi 30 hari.

TINDAKAN MAJIKAN/PENYEDIA LATIHAN SELEPAS MEMBUAT PEMILIHAN KURSUS

PERKESO akan membuat pengesyoran kelulusan dan mengeluarkan ‘guarantee letter’ untuk dibekalkan kepada penyedia latihan.

Penyedia latihan adalah bertanggungjawab untuk mengemukakan semua dokumen seperti bukti kedatangan dan lain-lain bagi tujuan pembayaran kepada penyedia latihan tersebut.

Majikan adalah bertanggungjawab untuk memastikan pekerja mereka mengikuti kursus sehingga selesai.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Pegawai Perkhidmatan pelanggan PERKESO di talian 03-8091 5300 / 1-300-22-8000 atau emel kepada [email protected]

 

4 thoughts on “PROGRAM LATIHAN PENJANA KERJAYA”

Leave a Comment