Program myGIG:CARA DAFTAR & PERMOHONAN
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) hari ini melancarkan Program myGIG sebagai pendekatan strategik menyokong belia dalam ekosistem ekonomi gig pasca-COVID-19.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata program itu merupakan produk sulung Kerjasama Rentas Kementerian yang ditawarkan kepada belia menggunakan platform sedia ada di bawah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) iaitu eRezeki dan GLOW menjadi myGIG Servis dan myGIG Digital Freelance.
APA ITU myGIG Servis
APA ITU myGIG Digital Freelance
Program ini merupakan sinergi Kerjasama Rentas Kementerian yang diusahakan oleh KBS dalam usaha membantu kumpulan belia meningkatkan potensi diri serta mengoptimumkan perkembangan ekonomi gig menjadi salah satu sumber meningkatkan pendapatan.
Pelaksanaan program ini juga mendapat kerjasama padu daripada MDEC dan Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam aspek penyediaan sistem dan platform serta promosi kepada belia sehingga ke peringkat akar umbi.
Program myGIG:CARA DAFTAR & PERMOHONAN
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melancarkan portal khas bagi memudahkan belia mendapatkan maklumat pelbagai program dan inisiatif diperkenalkan kerajaan kepada golongan berkenaan.
Layari laman sesawang http://ebelia.iyres.gov.my yang diwujudkan bagi memudahkan belia memperoleh maklumat berkaitan pelbagai inisiatif dan program yang diperkenalkan oleh 14 kementerian di bawah satu bumbung.
DAFTAR eBelia
Untuk daftar pada laman ebelia layari http://ebelia.iyres.gov.my/register
Anda perlu mengisi Maklumat Pendaftaran Profil Belia untuk daftar pada laman ini.
LOG MASUK eBelia
Untuk log masuk pada laman ebelia layari http://ebelia.iyres.gov.my/login
APA ITU SISTEM eBelia
Portal ini menyediakan pelbagai maklumat berkaitan peluang dan penciptaan pekerjaan termasuk keusahawanan dan ekonomi gig, peluang latihan dan kemahiran, selain peluang dana dan kemudahan kerajaan kepada golongan belia di negara ini.
Sistem eBelia di bawah IYRES akan menjadi titik mula sinergi ini sebelum proses migrasi dan transformasi sepenuhnya ke dalam sistem portal baharu yang sedang dibangunkan termasuklah single sign-on ke sistem-sistem oleh agensi kerajaan yang lain.
Pihak KBS sedang memuktamadkan pelbagai inisiatif untuk golongan belia menerusi kerjasama dengan beberapa kementerian termasuk Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Kementerian Wilayah Persekutuan.
Baca tentang PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN PENJANA GOLONGAN BELIA & PENGANGGUR
Tags: #APA ITU myGIG Digital Freelance #APA ITU myGIG Servis #APA ITU SISTEM eBelia #DAFTAR eBelia #LOG MASUK eBelia #Program myGIG:CARA DAFTAR & PERMOHONAN
Nurul Hidayu binti Ahmed shapiai10 months ago
Permohonan untuk ibu tunggal